Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts

10 October 2014

8 Perkara Bertentangan Dengan Islam Dalam Majlis Perkahwinan


Aku buat semua 8 perkara tersebut semasa majlis aku. korang buat tak? berapa? 
Rasa memang tak suka dengan kebodohan aku. Dah kata tak nak, ada pula yang nak. Bila niat nak jaga hati orang memang kita pun mendapat share dosa tu sama. Astaghfirullahalzaim.. 

Semoga lepas ni adik2 ku sayang tak payah la buat apa yang menjadi kesalan aku sekarang ini ye. Inilah gunanya ilmu. Bila dah ada ilmu jangan tak amalkan. Bila tak amalkan jadi macam akak ini lah. Mudah sangat nak ikut-ikut orang. Kan best kalau kita boleh zip mulut orang. heeeeeee 

Sebenarnya semua atas kita. Tak payah nak cover kebodohan kita dengan menyalahkan orang lain. Ok akak......

Korang baca tau. Membaca amalan mulia. Baca yang baik-baik, dapat pahala.. Ketahuilah 8 Perkara Bertentangan Dengan Islam Dalam Majlis Perkahwinan. Bakal bakal pengantin watch out.

Esok-esok, Cik Aina punya wedding biar sederhana dan memudahkan. InshaaAllah.



03 June 2014

Kejap je dah dua tahun kahwin..

My Superman
01062012-01062014
Alhamdulillah.. dah 2 tahun usia perkahwinan.. 
Semoga perkahwinan setahun dua jagung ini berkekalan hinggga ke akhirat, 
syurga yang kekal abadi. 
Aamiin..

Dua tahun usia perkahwinan,  Allah permudahkan urusan kita untuk membina keluarga bahagia bersama kurniaanNya. Milik bersama tahun pertama+kedua = seorang puteri, Nur Aina Nasuha binti Mohd Hafiz, sebuah rumah di Perak (tak sabar nak hidup bersama Abang di bawah satu bumbung, mode PJJ sejak kahwin. waaa~ belum rezeki hidup sama-sama), dan banyak lagi kurniaanya.. tapi yang ni paling nampak ketara. so share yang ni je. Walau tak banyak yang terlihat oleh mata kasar tetap Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.. Yang paling penting bukan sekadar kebendaan yang terlihat, sebenarnya ia adalah ketenangan dan keberkahan rumahtangga yang dibina. InshaaAllah. Mohon pada Allah swt agar rumahtanggaku ini mendapat keberkatan, rahmah dan mawaddah dariNya. Sepertinya juga kepada rumahtangga sekalian yang membaca entry ini. Aamiin.

Sekian.
let me be me

20 July 2012

Photoghaper Review



OK Based on my past experience with my wed photographer, it was eeeeww~ mungkin salah aku juga sebab terburu² cari photographer, xbetul² tengok artwork dorang. So part photographer tu memang bukan rezeki kami la kot. Tapi tetap Alhamdulillah, ada juga beberapa keping gambar y menjadi dan cantik. Photographer aku ni pun team budak² baru belajar so padan la hasil kerja dorang boleh dikatakan at begginer stage. Maafla Rancy Photographer, korang ok~ cuma banyak lagi kena diperbaiki in order to fullfill customer requirement. Chayoook!!!

putripuzzle : let me be me

10 July 2012

Doa Pengantin Baru


Album : Samudra Kasih Nasyid Penyejuk Hati
Munsyid : Tarbawi
http://liriknasyid.com

Barokallahu laka wa baroka alaika
Wa jama'a bainakuma fii khaiir

Ridho Allah telah diraih
Seusai usaha yang dijalani
Dengan niat untuk Ilahi
Ujian hdup dihadapi

Barokallahu laka wa baroka alaika
Wa jama'a bainakuma fii khaiir
Berkah dari Allah senantiasa hadir
Barokallahu laka wa baroka alaika
Wa jama'a bainakuma fii khaiir
Selamat menempuh hidup baru

Saling sabar dan bermaafan
Bersahaja serta pengertian
Qur'an dan sunnah menjadi pedoman
Moga bahagia hingga ke syurga

Barokallahu laka wa baroka alaika
Wa jama'a bainakuma fii khaiir
Berkah dari Allah senantiasa hadir
Barokallahu laka wa baroka alaika
Wa jama'a bainakuma fii khaiir
Selamat menempuh hidup baru

putripuzzle : let me be me

18 June 2012

Wedding Day [Hafiz&Haniz]


Assalamualaikum..
Baru sempat nak upload gambar sekitar majlis penikahan dan persandingan kt rumah aku di Kem Briged Tengah, PGA Cheras. Tarikh pernikahan pada 1 Jun 2012 bersamaan 11 Rejab 1433H dan tarikh persandingan pada 2 Jun 2012 bersamaan 12 Rejab 1433H. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Bersyukur sangat, now dah jadi isteri yang sah kepada Mohd Hafiz b. Sairzali. I love him very much.

wali oleh bapak, En. Jaafar b. Hj. Md. Sidek
dapat mas kahwin - nak beli ape ea?~
cantik x make up ni? 
Make-up ni by Kak Hazlia Ramli. Kalau suka make-up dia, boleh contact tuan badan ye. Dia beroperasi (secara freelance) sekitar KL/Putrajaya/Selangor/Negeri Sembilan. I like, simple tp menyerlah ok. ops~ terangkat bakul sendiri plak. hehehe..

outdoor foto kami ni blur² je. xtaw nak pose ape. 
Pesanan pada korang yang nk buat outdoor fotoshot ni, pandai² la nak posing ea. penat tau buat outdoor ni. penat nak senyum. hehehehe

untuk melihat gambar yang lain sila ke fb aku ea. Haniz Jaafar. TQ

Sekian.
putripuzzle : let me be me

04 June 2012

Petua Membelai Suami



1. Suami sentiasa mengidamkan belaian isteri. Tangan isteri mengurut manja kaki yang lenguh atau sekadar mengusap belakang atau lengan ketika menonton televisyen sudah membuatkan suami berasa sangat disayangi.

2. Belai rambut suami ketika dia sedang beristirehat, atau jika rajin carikan uban yang ada. Sudah pasti lembut hati suami dan akan timbul rasa kasih sayang yang mendalam terhadap isteri.

3. Tengok-tengokkan jari jemari suami, adakah kukunya bersih dan sudah dipotong rapi? Bagaimana keadaan kulit suami? Kalau kering sapukan losyen, kalau pening urutkan kepala. Pastikan suami dijaga rapi dari hujung rambut hingga hujung kaki.

4. Jangan menganggap dengan melakukan perkara begini akan menjatuhkan taraf isteri atau merasakan si suami perlu tahu menjaga diri sendiri. Tentu sekali mereka tahu menjaga diri tetapi dengan memanjakan suami cara ini akan menjadikan suami anda terasa seperti seorang yang sangat istimewa. Pasti dia akan begitu menghargainya.

putripuzzle : let me be me

01 June 2012

Just Married

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah.. majlis perkahwinan aku dah selesai, aku selamat menjadi isteri kepada Mohd Hafiz b. Sairzali. Bersyukur sangat. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui apa y terbaik utkku. Aku harap perkahwinan ini kekal hingga ke akhirnya penuh dgn kasih sayang dan keberkatanNya. Aamiin.

Terima kasih kepada semua y sudi hadir ke majlis perkahwinan kami.

putripuzzle : let me be me

14 March 2012

Kata-kata Selembut Kata Cinta

APABILA Allah inginkan kebaikan kepada sebuah rumah tangga, maka dberikannya kelembutan dalam interaksi dan komunikasi sesama anggotanya. Itulah petanda yang sangat ketara dan dapat dirasai bukan sahaja oleh mereka tetapi bagi orang lain yang melihatnya.

CINTA dan kasih sayang umpama mentari, cahayanya boleh dilihat oleh sesiapa sahaja yang punya mata. Bersyukur jika kelembutan itu ada dalam rumah tangga kita, kerana itu petanda kebaikan berada bersama kita.

“Orang yang dijauhkan dari sifat lemah LEMBUT, maka ia dijauhkan dari kebaikan.” (HR. Muslim)

Malangnya, kini semakin sering terdengar betapa kelembutan itu semakin hilang. Tutur kata yang kasar, bahasa yang kesat dan suara yang tinggi sudah semakin lumrah di antara suami isteri.

Mengapa suami ku suka membentak? Mengapa sejak akhir-akhir ini isteri ku sudah mula menjerit-jerit? Suaranya menjadi tinggi, bahasanya menjadi kesat sekali, mengapa? Itulah antara keluhan yang samada diluahkan atau dipendamkan dalam sebuah rumah tangga.

Ah, betapa manusia semakin lupa bahawa sifat lemah-LEMBUT itu bukan sahaja diperlukan di dunia, bahkan diperlukan di akhirat. Syurga itu disedikan untuk mereka yang lemah LEMBUT dalam sikap dan tutur kata. Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda: 

♥ ♥ “Mahukah aku kabarkan kepada kalian tentang orang yang diharamkan dari neraka atau neraka diharamkan atasnya? Yaitu atas setiap orang yang dekat (dengan manusia), lemah LEMBUT, lagi memudahkan.” (HR. Tirmidzi)

Mengapa frekuensi suara pasangan suami isteri boleh meninggi? Mana bisikan CINTA dan luahan rasa yang mendayu-dayu seperti mula-mula dahulu? Mengapa suara dinyaringkan padahal jarak fizikal antara mereka begitu hampir? Ya, mengapa perlu menjerit dan membentak pada hal mereka cuma duduk bersebelahan? Apakah telinga sudah tuli atau lidah kehilangan tenaga untuk berkata-kata?

Jawabnya mudah, itu semua kerana HATI telah menjauh. Walaupun jasad masih dekat, jeritan, bentakan dan herdikan diperlukan apabila dua HATI sudah menjarak. Justeru, hanya jeritan nyaring sahaja mampu merentasi jarak dua HATI yang telah jauh itu!


Berbeza jika CINTA masih ada dan menyala-nyala. Ketika itu dua HATI masih berpadu. Satu bisikan sudah cukup untuk memperdengarkan dan didengari. Jarak CINTA masih sangat hampir. Cuba bayangkan sepasang suami isteri yang asyik dilamun CINTA, suara mereka berbicara hanya didengar oleh mereka berdua. Justeru, ‘alat komunikasi’ yang sebenarnya bukan gajet-gajet teknologi tetapi HATI.

HATI adalah alat komunikasi yang sangat canggih dengan syarat HATI itu bersih. Cuba lihat bagaimana cara orang-orang soleh berkomunikasi dengan Allah lewat doanya. Suaranya perlahan, LEMBUT, mendayu-dayu, merayu-rayu, penuh rasa harap dan malu.

Firman Allah:
♥♥♥ “Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang LEMBUT. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.” (Al-A’raf 55-56)

Dan itulah jua asas dan teras komunikasi Allah dengan hambaNya. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم: 

“Sesungguhnya Allah adalah Dzat Yang Maha LEMBUT yang mencintai kelembutan dalam seluruh perkara.” (HR. Al Bukhari dan Muslim). 

Oleh kerana itulah nama-nama Tuhan sangat rapat dengan sifatNya yang Maha LEMBUT- Ar Rahman, Ar Rahim, Al Latif, Al A’fu, Al Ghafar dan lain-lain.

Perlu diingat, komunikasi bukan hanya menggunakan telinga dan mulut, tetapi menggunakan mata dan HATI. Kita perlu memandang orang yang sedang berdepan dengan kita. Jangan hanya kata-kata kita tujukan kepadanya. Pandang dengan kasih sayang. HATI itu jendela bagi HATI. Justeru, pertautan mata bermakna pertautan HATI. Bahasa mata dan HATI inilah yang dikenali sebagai bahawa rasa. Itulah bahasa sejagat yang mempunyai nada dan melodi yang sangat harmoni.

Mata sangat diperlukan dalam komunikasi CINTA. Oleh itu pandanglah mata pasangan kita, lalu berbicaralah dengan mata dan kata-kata, pasti HATI kita dan dia akan bertaut … Ya, sekiranya di HATI kita berdua masih ada CINTA.

Namun, jika kita tidak mampu lagi merenung matanya, dan bicara kita hanya dengan kata-kata dan telinga, itu petanda CINTA sudah terguris. 

♥ ♥ ♥ ♥ “Sesungguhnya sifat lemah LEMBUT itu tidak berada pada sesuatu melainkan dia akan menghiasinya (dengan kebaikan). Sebaliknya, tidaklah sifat itu dicabut dari sesuatu, melainkan dia akan membuatnya menjadi buruk.” (HR. Muslim)

Pasti ada yang tidak kena di mana-mana. Cuba lihat orang yang berbohong, cuba amat-amati orang yang khianat, dan telitilah sikap orang yang benci, mereka tidak akan mampu menatap mata orang yang mereka bohongi, khianati dan benci. Maka begitulah bila mata tidak turut serta dalam komunikasi antara suami dan isteri, salah seorang atau keduanya, besar kemungkinan sudah terguris hatinya!

Cuba baca sejarah Rasulullah yang agung. Bagaimana baginda berbicara dengan sesiapa sahaja di hadapannya. Matanya, gerak tubuhnya, bahasanya begitu meyakinkan. Orang yang menjadi teman bicaranya rasa dihargai, disayangi dan diberi perhatian. Bila baginda berpaling, baginda memalingkan keseluruhan badannya (bukan hanya mukanya).

Nada suaranya LEMBUT kecuali apabila menyampaikan nasihat tentang neraka dan ancaman-ancaman dosa. Matanya merenung penuh kasih. Baginda bukan hanya menghantar mesej pakej komunikasinya sepadu dengan rasa kasih-sayang, empati, dan CINTA. 

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ “Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah LEMBUT terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari sekelilingmu.” (Ali Imran: 159)

Para suami dan isteri, contohilah HATI Rasulullah yang penuh CINTA, insyaAllah akan lembutlah suara dan harmonilah kata-kata. Meskipun peribadi baginda terlalu tinggi untuk didaki, tidak mengapa … jika kita sekadar mampu meniru ‘di hujung kuku’.

Cuba hayati nasihat Rasulullah ini. Anggaplah Rasulullah sedang mengingatkan kita ketika baginda menasihati isterinya: 

♥ ♥ ♥♥♥♥“Wahai A’isyah, sesungguhnya Allah itu Maha LEMBUT, Dia mencintai sikap lemah LEMBUT. Allah memberikan pada sikap lemah LEMBUT sesuatu yang tidak Dia berikan pada sikap yang keras dan juga akan memberikan apa-apa yang tidak diberikan pada sikap lainnya.” (HR. Al-Bukhari)

Tidak ada insan lain yang paling berhak mendengar suara CINTA dan bahasa kasih kita melainkan pasangan kita! Jangan berikan pada insan lain, sebelum kita berikan kepada suami atau isteri kita. Jika tidak, HATI pasangan kita akan ‘lari menjauh’ walaupun mungkin tubuh badannya masih sebumbung dengan kita. 

♥ ♥♥♥ ♥ “Maka disebabkan rahmat dari Allah lah kamu berlaku lemah LEMBUT terhadap mereka, sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.” (Ali Imran: 159)

Janganlah memperdengarkan jeritan jika bisikan sudah mampu didengar. Bahasa adalah jiwa bangsa – maksudnya, bahasa itu boleh menggambarkan jiwa. Walaupun sifat HATI tidak ketara tetapi kata-kata akan membuka rahsia. Jika HATI baik, tutur kata menjadi LEMBUT, bahasa menjadi indah dan nadanya menjadi merdu. Jika HATI jahat, tutur kata menjadi keras, bahasa menjadi kasar dan nadanya menjadi celaru.

Kita hanya merosakan diri sendiri dengan bahasa yang kasar berbanding orang yang kita tujukan kata-kata itu. Bahasa yang kasar datang daripada kebencian. Sesungguhnya kebencian itu akan merosakkan diri sendiri berbanding dengan orang yang kita bencikan. Sebaliknya jika bahasa kita baik, itu datang dari rasa CINTA. Dan CINTA akan memberi kebaikan kepada diri sebanyak mana yang akan diterima oleh orang yang kita cintai!

Dalam Al-Quran ALLAH memerintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata LEMBUT kepada Firaun seperti mana firman-Nya dalam surah Thaha ayat 44:

♥♥♥ ♥ “Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah LEMBUT, mudah-mudahan ia ingat atau takut”. Ya, para Rasul wajib menebarkan rasa kecintaan bukan kebencian.

Oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda: 

♥ ♥♥♥ “Sesungguhnya Allah adalah Maha LEMBUT lagi mencintai kelembutan. Dia memberikan pada sifat kelembutan yang tidak diberikan kepada sifat kekerasan, dan tidak pula diberikan kepada sifat-sifat yang lainnya.” (HR. Muslim)

CINTA mampu kembara merentasi ruang dan masa. CINTA adalah soal HATI yang tidak mampu dipisahkan oleh jarak dan zaman. CINTA boleh melangkaui dimensi dan generasi. Justeru kita boleh mencintai Allah, yang tidak menyerupai sebarang makhlukNya. Kita boleh mencintai Rasulullah yang hidup ribuan tahun yang lalu. Kita boleh mencintai para sahabat dan para ulama silam yang tidak hidup sezaman dengan kita.

Itulah ajaibnya CINTA. Ia adalah satu kekuatan yang sangat luar biasa kerana ia bertapak di HATI, yakni ‘raja’ dalam kerajaan diri manusia. Apabila ada CINTA, kita boleh berkomunikasi dan berintraksi walaupun dengan alat-alat perhubungan yang terhad. CINTA menimbulkan kemahuan yang sangat kuat dan bertenaga. Namun, apabila tidak ada CINTA … segalanya akan lesu dan kaku. HATI hilang keinginan, hasrat dan tenaga untuk berkomunikasi dengan tulus, telus dan harmoni.

Bila kita kehilangan bahasa dalam bercinta, itulah petanda CINTA itulah yang sebenar telah hilang! Tanpa CINTA kita kehilangan makna, sedangkan makna itulah yang melahirkan bahasa… Bukankah makna CINTA itu hadir dulu di dalam jiwa, kemudian barulah lahir ungkapan, aku CINTA pada mu!

Sumber: http://genta-rasa.com/2011/12/20/kata-kata-selembut-rasa-cinta/
putripuzzle : let me be me

29 February 2012

Hand Tied for Wedding Day


Semalam lagi aku dah 'usha' hand tied/bunga tangan ni. Sekadar buat inspirasi di hari bahagia... kalau xde aral dapatla sejambak. huhuhu... ape pun, aku mmg suke tgk bunga² yg warna oren. Pendapat peribadi menyifatkan bunga berwarna oren ini nampak tegas, aktif, terang dan nyata tapi pada y sama tetap nampak ayu dan lembut.  Kononnya macam personaliti aku ler. Berbanding warna merah yg lebih bersifat dominan, nampak lebih garang tapi pada yg sama tetap jugak mengekalkan sifat keayuan..

Gabungan pelbagai warna bunga ros. Cantik sekali. ♥


Di hari bahagia, InsyaAllah~


Mungkinkah ianya sesuai dgn persalinan oren aku nanti? Rasenye xsesuai sbb akan 'overshadow' baju aku plak. Better cari bunga warna light² sikit kan. Berangan je aku, xpe. Kita tunggu ape kesudahan angan² ni.. lagi 3 bulan semua akan terjawab. insyaAllah


putripuzzle : let me be me

17 February 2012

Taat Si Isteri kepada Si Suami


1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 
ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

putripuzzle : let me be me

27 January 2012

Persiapan Raja Sehari - Tangga 2

huhu~ sekejap je masa berlalu.. dah nak masuk 2 bulan jadi tunangan org..
Persiapan so far so good. Ade murah rezeki. Alhamdulillah. Allah swt permudahkan rezeki orang berniat baik; membina masjid..

1) Dewan & Katering
dewan dah tempah
katering, ayah akan carikan

2) Pelamin
dah bayar deposit

3) Busana Pengantin
    -- Baju Sanding (dah booking)
    -- Baju Nikah (dah pegi tempah)

4) Kad Kahwin & Bunting
dah tempah

5) Fotografi (otw)

6) Door Gift (pepandai sendirila nak sediakan, ngee~)

7) Dokumen untuk berkahwin
Selain daripada borang nikah, anda perlu menyediakan beberapa dokumen dokumen penting yang perlu disertakan sekali semasa menghantarkan borang nikah anda. Berikut adalah satu senarai semak dokumen dokumen penting yang anda boleh ikuti bagi warganegara Malaysia sahaja ok :

a. SALINAN KAD PENGENALAN
b. SALINAN KAD PENGENALAN 2 ORANG SAKSI
c. SALINAN SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN (Diiktiraf oleh JAKIM / JAIS / JAWI / JAIN).
d. SALINAN BORANG PERMOHONAN 1C (Jika permohonan nikah luar daerah / Negeri / Negara ).
e. SURAT PENGESAHAN MASTAUTIN PEMOHON DARIPADA PENGHULU / KETUA KAMPUNG /NAZIR MASJID / PENGERUSI JKKK / PENGERUSI J / K PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN.
f. BORANG KELULUSAN BERKAHWIN / SURAT KEBENARAN BERKAHWIN BAGI LELAKI.
URAT PERAKUAN / PENGESAHAN / AKUAN SUMPAH NIKAH IBUBAPA (Jika perempuan anak sulung atau wali adalah abang lelaki yang sulung).
g. SURAT WAKALAH (Jika Wali tidak dapat hadir semasa akad nikah).
h. SURAT PERAKUAN / AKUAN SUMPAH KEMATIAN WALI (Bapa).
i. SURAT ATAU KAD PERAKUAN ISLAM DAN SALINANNYA. (Jika pemohon Saudara Baru).
j. SURAT KELULUSAN DARI KAGAT / PDRM. (Jika pemohon anggota Tentera / Polis).
k. SURAT PERAKUAN CERAI / KEMATIAN PASANGAN DAN SALINANNYA. (Jika pemohon Janda).

putripuzzle : let me be me

29 December 2011

Menjadi Suami yang Baik


1) Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2) Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3) Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.

4) Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

5) Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

6) Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?

7) Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

8) Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

9) Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

10) Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

11) Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

12) Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

13) Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuaratmenarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

14) Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

15) Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.

16) Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumahtangga terancam.

17) Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera
18) Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18) Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19) Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri.

20) Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri.

21) Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

22) Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

23) Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

24) Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

25) Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

26) Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

27) Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.


28) Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

29) Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

30) Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

31) Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

32) Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

33) Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka, endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

34) Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

35) Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

36) Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiapperbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

37) Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

38) Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

39) Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

40) Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

41) Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

42) Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

43) Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

44) Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

45) Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

46) Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

47) Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

48) Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

49) Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

50) Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

51) Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

52) Urus stres dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

putripuzzle : let me be me

23 December 2011

Busana Pengantin

Hurm.. pening la nak pikir nak come out with baju y macam mane time bersanding nanti.. banyak jugak design y cantik² n kalau boleh tu nak je pakai baju y macam model² nih pakai.. mmg boleh tapi kos die, jgn cakap lah... huhuhu.. 

Baju ala-ala jubah~


cantik baju ni. berkenan aku tgk. huhu
y ni pun cantik. ade butang kat tengah tu..

Pening² sangat wat pe ntah. macam nak masuk majalah pengantin ni an. hahaha.. aku ikut jela mane y ade kat butik pengantin tu, janji sesuai n tunang aku suka, sejuk mata die memandang. hehe.. 


Yang penting, nanti die mesti pakai baju y macam ni, aku suke tgk. baru lah betul² raja sehari. an~ Hasilnye, macam perkahwinan Siti Nurhaliza & Dato K. boleh x?! hahaha~ sangat berangan ok. hehehe.. SS aje.

Bile Siti n Dato K nak dapat baby ea?~
Sekian...
putripuzzle : let me be me

20 December 2011

Kursus Kahwin 2011

Kursus Kahwin 
Tarikh : 17-18 Dis 2011
Tempat : Mahligai Firdaus, Setiawangsa 
No. Telefon : 0342604329/0342533864
No. HP : 0122943040/0126346533

**Kalau nak mendaftar kursus kahwin hello² je no. di atas ye exspecially thse y di sekitar Lembah Kelang.. TQ.

My Friends n I
 Best je cari tempat jejauh utk berkursus kahwin an.. actually saje je join si Mira n si Afieq. Lagipun aku mmg kene pergi kursus kahwin tu as persiapan pre-wedding la kan. Aku pun join jelah n ajak si Farhana. Nasib la  Farhana pun nak berkursus kahwin so bertemanlah aku, xdela terasa sgt lone rangernye. hihi..

Bergaye Hana Tajima that day. hihi
Banyak juga input y aku dapat melalui kursus ni. Penceramahnye pun boleh tahan kelakor n sgt mendidik. Alhamdulillah. Ade beberapa topik y diberi penekanan dalam kursus ni. Berikut adalah topik² y aku dah khatam. InsyaAllah...

1- Ahlak & Hubungan dlm Keluarga (Ustazah Wan Ngah)
2- Prosedur Pra-Perkahwinan ( )
3- Perkhidmatan Runding Cara di JAIS (Ustaz Alias)
4- Komunikasi Suami Isteri (Ustaz Amir)
5- Pengurusan Sumber Keluarga (En. Sani)
6- Pengurusan Stress & Konflik / Pengurusan Kesihatan (En.Sani)
7- Akidah & Ibadah dlm Rumah Tangga (Ustazah Nurul Huda)

putripuzzle : let me be me

13 December 2011

Hari Pertunanganku..

Hari y aku tunggu² dah tiba.. time to change my status as a fiancee to somebody. Alhamdulillah. Now, yes I am. A fiancee to Mohd Hafiz bin Sairzali. I do love him very much even before I am not.. hum.. Its 'jodoh', as it happened..

on My E-Day ♥
That day, aku relax jer. so far so good. Happy. Suddenly time nak make up black out la plak. Sian my mak andam, Kak Lia. Kepanasan di situ. huhu. Tapi Alhamdulillah, semua under cover. By the time siap make up, elektrik pun ada semula. ngam² about 1 p.m.. ok. Bermulalah perbincangan dan perjanjian dua keluarga di ruang tamu rumah aku...

Selesai perbincangan, nenek Abg Hafiz sarungkan cincin ke jari manis ku. wah, excited kot!! ops~ sgt xayu ok (control²) hihi~ Cincin disarung, Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Aku kini bergelar tunangan si dia. Semoga hubungan kami kekal ke jinjang pelamin dan ke akhirnya. Amin. Kawan² doakan ye...

Hantaran pihak lelaki
Hantaran pihak perempuan
Ini je hantarannye. Time nikah sanding nanti dah xperlu nak pening pikir hantaran. No more. dah berabis utk pertunangan so time nikah come out with simple hantaran je.  Tu pun if ade modal lebih. hihi~ ya, seperti y dipersetujui. :)

Berakhir bulan November, Si Dia pulang ke Sarawak. So I'm all alone. Waiting for the M-Day plak. hihi~ dah sibuk survey butik pengantin area KL/Selangor n area Selama/Kulim/BM. If ade tempat y menawarkan pakej perkahwinan y best, sila info ea. TQ :) ♥

Can't wait for next level. InsyaAllah. 

putripuzzle : let me be me

21 November 2011

Persiapan Raja Sehari - Tangga 1

Alhamdulillah. Aku bersyukur y tak terhingga kepada Ya Rabb y mendengar rintihan aku, kesedihan aku di masa y lalu ada hikmahnya. kini aku bahagia dgn kasih sayangnya di samping bimbingan dan peringatanMu.
Ok, I am ready for it. 

Till now, macam banyak masa lagi tapi sebenarnya xpun. lepas pertemuan kali ni, pertemuan seterusnya adalah hari y paling penting dalam hidup aku dan dia. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami. Memandangkan dia di Sarawak, dan segala preparation di semenanjung adalah menjadi tanggungjawab aku untuk buat keputusan~ Aku memohon agar pilihan y bakal aku buat adalah y terbaik untuk hari bahagia kami nanti. Amin.

Aku tak impikan majlis y grand pun, cukuplah bersederhana tapi meriah dan apa y dirangcang semua berjalan dgn lancar dan sempurna. Macam² dah bermain kat kepala otak aku ni. Macam² nak buat. Y paling pasti, aku xsabar nak jadi queen of the day. 
hahahaha ( gedik ! ! ! )

Sekian..

putripuzzle : let me be me

17 November 2011

Bagaimana Menyayangi Seseorang


1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu hubungan
berdasarkan perasaan, ia hanya akan gagal karena perasaan senantiasa berubah dari masa ke kemasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sebenarnya seorang yang istimewa dan biarkan dianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia karena sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya karena dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sekali kali mencoba untuk mempermainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan membuat alasan supaya dia menerima cinta anda karena kelak, yang akan anda dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia karena dia telah cukup sempurna semenjak anda mulai terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Senantiasa berbaik sangka padanya, jika kita juga menginginkan begitu darinya . Pastikan anda akan senantiasa memperlakukan diri anda pada tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apalagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya karena selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, niscaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa alasan. Dia bukan hanya akan menangis kecewa dan kemudian meneruskan hidupnya seperti biasa, ketahuilah bahwa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, mendapatkan hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda peroleh setelah anda berjaya menyayanginya hingga akhir hayat. 

Ketahuilah, dia memilih anda adalah karena dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha dengan segala upaya untuk memenangkan cintanya, maka dengan itu haruslah anda juga berusaha untuk terus mencintai dirinya apapun keadaannya

putripuzzle : let me be me

04 October 2011

Darjat Seorang Isteri

1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:
"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, " Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah..

**Dimanakah kita?

putripuzzle : let me be me

03 October 2011

My Buddy's Wedding

Selamat pengantin baru to Syuhada & Syazwan. Semoga kekal hingga ke akhir hayat. Ameen. Suke dan gembira sangat tgk korg dah settledown. InsyaAllah, aku akan menyusul.

Tarikh akad nikah : 16 September 2011 (Jumaat)
--> Maaf xdapat datang hari ko akad, aku terpaksa kerja di luar kawasan.

Alhamdulillah, dapat attend Majlis Sambut Menantu kat rumah Wan. U're so beautiful my buddy. Congatulation once again. Wan pun segak. Korang mmg padan. :))


Ambil berkat dan seri pengantin sket.. hehe
Majlis ni simple je. Aku suke. Boleh wat rujukan utk preparation majlis aku plak.hehe. berangan. InsyaAllah, kali ni aku berangan y betul² punye.. yuhuuu~ Seram beb. Umur dah lanjut. hohoho~

putripuzzle : let me be me

22 September 2011

Wanita untuk Suami


Bila SUAMI balik rumah.... Dia jadi heran gler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut.

waaa... mana isteri ku...

Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.

fuuu.. lega..

“Awak sakit ke?” tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.“Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang..

lelaki tu pun berfikir...

Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no o
ne to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth…

hahaha... takde yg nak marah ku...

Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa...

Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.

Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar netapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukupker nak bayar gaji dia ..................................................................seumur hidup ??? 

ingat balik..

And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!!

SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU..
HARGAI MEREKA!!!!!

Dari ilham seorang lelaki.. “ Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburukburuk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan”

putripuzzle : let me be me