14 March 2014

Online Shopping

nak shopping? online kan aje-

Ok, Dua hari lepas aku gatai tangan buka ZALORA. Sudahnya ter`add to bag' kasut wedges EZRA. huhuuhu.. Memang ada niat nak beli kasut wedges tapi bukan pada masa tengah-tengah bulan macam ni kan Sendiri yang cari nahas. Tapi aku pandai jugak, beli yang paling murah ok. haaaa-

Was-was juga nak beli online ni, takut kena tipu. Bagi aku, banyak yang kena dipertimbangkan sebelum buat pembayaran tau. Apa yang paling penting adalah sistem kepercayaan kita pada syarikat/penjual tu. Kalau sistem kepercayaan tu positif, maka berbelanjalah kita.

Tinggi risiko beli online ni. Antaranya, barang tak kualiti, lebih mahal dari yang kat sedia kat kedai, barang lambat sampai, barang tak fit dengan mesurement kita dan macam-macam hal lagi. Paling sedih bila dah buat pembayaran tapi barang memang takkan sampai dan kita tunggu, punya tunggu, punya tunggu, sampai ke sudah. So far, tak pernah lagi experience this kind of situation. Of couse, tak mau la kena.. Sedih ok.

Tapi once barang tu sampai dan memenuhi citarasa, barulah kita puas hati. Aku kan selalu teruja nak buka parcel. Tabiat sungguh. haaa- Nasib baik, hari ni order esoknya sampai. Thank you Zalora. Next time boleh repeat order lagi. hohoho-


Balik rumah wassup dengan hubby cakap tadi terbeli kasut dan sudah ter`short' duit poket. Hubby bagi soalan tricky kat aku, "berapa RM kasut tu?, aku balas" murah je, RM 41." murah kan~ terus hubby kata, "takpa lah anggap je kasut tu abang belanja, esok abg pam kat akaun sayang ok".. sejuk hati aku dengar.. hehehehe.. Kalau mahal mungkin tak da harapan hubby nak belanja kan. Aku tak mengharap pun tapi dah rezeki, kuterima seadanya. Alhamdulillah. 

To hubby, thank you very much. I love you forever. InshaaAllah.

Sekian.
let me be me

09 March 2014

Pray For MH370

Pesawat Boeing 777 MH370 KL-Beiging hilang

Tragedi 8 Mac 2014, pesawat MAS MH370 KL-Beiging yang membawa bersama 239 orang, lost contact dgn menara kawalan penerbangan KLIA. HILANG HIlang, hilang... tak tau kat mana. Wallahualam. Mulanya macam tak percaya, mungkin ia satu gurauan. Rupanya memang betul-betul kejadian. Aku baru nak happy sebab baru lepas azab menjawab soalan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat kat Maeps tengah hari tu. Mood terus bertukar bila dapat berita ni. Sedih sangat. 

Inilah ketentuanNya. 
Kehebatan ciptaan  manusia tak mampu tandingi ciptaan Allah swt.
Keinginan manusia tak mampu tandingi keinginan Allah swt.
KUNFAYAKUN..

Selagi pesawat tak ditemui, jangan berhenti berharap dan teruskan berdoa. Harapan aku, semoga kita temui pesawat tu secepat mungkin dan semua nyawa dapat diselamatkan. Banyak-banyak kita bertaubat, berzikir, berselawat dan banyakkan bersedekah. Jauhkan diri dari menyebarkan spekulasi di media-media dan sebagainya. Doakan keluarga yang terlibat dalam kejadian ni tabah menghadapi ujian dariNya. 

Allah beri ujian kepada kita tanda rahmatNya. Kita renungkanlah hikmah disebalik kejadian ini. Sama-sama muhasabah diri. Semoga dengan itu, Allah permudahkan urusan mencari dan menyelamat pesawat yang hilang itu. Aamiin.

Sekian.
Let Me Be Me

02 March 2014

Membuka Akaun Tabung Haji

nasib baik tak ramai orang

Sekarang ni aku tengah MC chickenpox, dan je chickenpox tu kering aku lari la pergi buka akaun Tabung Haji untuk diri sendiri dan anak kesayangan, Si Aina. Heee- Dah lama niat nak buka akaun Tabung Haji tapi baru hari ni terlaksana impian tu. Alhamdulillah dipermudahkan.

Dalam perjalanan teringat plak tentang dokumen yang diperlukan untuk buka akaun Aina is sijil kelahiran dia. Aku tinggal Sijil Lahir Aina kat pejabat. Jadi terpaksa la pergi ambil. Masuk pejabat dengan harapan tak de orang akan perasan kehadiran aku kat situ, sebab malas nak soal jawab dengan kawan-kawan berkenaan percutian chickenpox aku ni. Masuk je Pejabat memang sorang pun tak perasan kehadiran aku. Wah, macam perompak professional plak aku rasa. Masuk pejabat curi dokumen dan terus cabut keluar. haaaa- Makbul doa aku.

Sekarang masalah nak ke Cawangan Tabung Haji pula. Dah kebetulan di Ampang, aku redah la kawasan ni cari cawangan Tabung Haji. Alhamdulillah, sampai juga di lokasi yang dituju. Allah permudahkan sebab aku memang no idea tentang lokasi cawangan Tabung Haji kat Ampang ni. Jalan pun redah je. Tup tup jumpa depan mata. Bestnye perasan ni, Parking plak betul-betul depan pintu masuk. Elok je ada orang keluar masa tu kan. Port baik punye. Alhamdulillah.

Ambil borang, isi dengan lengkap, ambil nombor giliran dan tunggu.. 
Proses nak buka akaun mudah saja. Cuma perlukan IC (untuk dewasa) /Sijil Lahir (untuk yang tak da IC lagi) dan isi borang buka akaun baru yang terdapat di semua cawangan Tabung Haji. Nilai minimum untuk buka akaun pula serendah RM10.

Buka akaun dan dapat tabung bangunan Tabung Haji. Suke sangat. Semestinya, habuan Aina la ni.

Balik rumah dengan hati yang girang. Alhamdulillah, ni baru perasaan buka akaun. Bila tabungan dah capai nilai matang dan dah boleh jejak ke Tanah Suci mengerjakan haji, rukun islam kelima tu lagi la girang, bersyukur tak terhingga gamaknye. Inilah perasaan aku. Harapan semoga masa itu tiba di takdirku. Aamiin.

p/s : kawan-kawan yang dah buka akaun dari kecil untungla. Aku ni dah tua baru nak buka akaun. Apa pun, tiada yang terlambat kan. Asal niat kita baik. Allah akan permudahkan jalannya. Jom ramai-ramai menanamkan niat nak buat haji di samping membuat pelaburan dalam akaun Tabunng Haji. OK, Smart choices!!!