14 March 2014

Online Shopping

nak shopping? online kan aje-

Ok, Dua hari lepas aku gatai tangan buka ZALORA. Sudahnya ter`add to bag' kasut wedges EZRA. huhuuhu.. Memang ada niat nak beli kasut wedges tapi bukan pada masa tengah-tengah bulan macam ni kan Sendiri yang cari nahas. Tapi aku pandai jugak, beli yang paling murah ok. haaaa-

Was-was juga nak beli online ni, takut kena tipu. Bagi aku, banyak yang kena dipertimbangkan sebelum buat pembayaran tau. Apa yang paling penting adalah sistem kepercayaan kita pada syarikat/penjual tu. Kalau sistem kepercayaan tu positif, maka berbelanjalah kita.

Tinggi risiko beli online ni. Antaranya, barang tak kualiti, lebih mahal dari yang kat sedia kat kedai, barang lambat sampai, barang tak fit dengan mesurement kita dan macam-macam hal lagi. Paling sedih bila dah buat pembayaran tapi barang memang takkan sampai dan kita tunggu, punya tunggu, punya tunggu, sampai ke sudah. So far, tak pernah lagi experience this kind of situation. Of couse, tak mau la kena.. Sedih ok.

Tapi once barang tu sampai dan memenuhi citarasa, barulah kita puas hati. Aku kan selalu teruja nak buka parcel. Tabiat sungguh. haaa- Nasib baik, hari ni order esoknya sampai. Thank you Zalora. Next time boleh repeat order lagi. hohoho-


Balik rumah wassup dengan hubby cakap tadi terbeli kasut dan sudah ter`short' duit poket. Hubby bagi soalan tricky kat aku, "berapa RM kasut tu?, aku balas" murah je, RM 41." murah kan~ terus hubby kata, "takpa lah anggap je kasut tu abang belanja, esok abg pam kat akaun sayang ok".. sejuk hati aku dengar.. hehehehe.. Kalau mahal mungkin tak da harapan hubby nak belanja kan. Aku tak mengharap pun tapi dah rezeki, kuterima seadanya. Alhamdulillah. 

To hubby, thank you very much. I love you forever. InshaaAllah.

Sekian.
let me be me

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana menyokong blog ini.
Keep in touch ya..
:)