Pesawat Boeing 777 MH370 KL-Beiging hilang |
Tragedi 8 Mac 2014, pesawat MAS MH370 KL-Beiging yang membawa bersama 239 orang, lost contact dgn menara kawalan penerbangan KLIA. HILANG HIlang, hilang... tak tau kat mana. Wallahualam. Mulanya macam tak percaya, mungkin ia satu gurauan. Rupanya memang betul-betul kejadian. Aku baru nak happy sebab baru lepas azab menjawab soalan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat kat Maeps tengah hari tu. Mood terus bertukar bila dapat berita ni. Sedih sangat.
Inilah ketentuanNya.
Kehebatan ciptaan manusia tak mampu tandingi ciptaan Allah swt.
Keinginan manusia tak mampu tandingi keinginan Allah swt.
KUNFAYAKUN..
Selagi pesawat tak ditemui, jangan berhenti berharap dan teruskan berdoa. Harapan aku, semoga kita temui pesawat tu secepat mungkin dan semua nyawa dapat diselamatkan. Banyak-banyak kita bertaubat, berzikir, berselawat dan banyakkan bersedekah. Jauhkan diri dari menyebarkan spekulasi di media-media dan sebagainya. Doakan keluarga yang terlibat dalam kejadian ni tabah menghadapi ujian dariNya.
Allah beri ujian kepada kita tanda rahmatNya. Kita renungkanlah hikmah disebalik kejadian ini. Sama-sama muhasabah diri. Semoga dengan itu, Allah permudahkan urusan mencari dan menyelamat pesawat yang hilang itu. Aamiin.
Sekian.
Let Me Be Me
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana menyokong blog ini.
Keep in touch ya..
:)