nasib baik tak ramai orang |
Sekarang ni aku tengah MC chickenpox, dan je chickenpox tu kering aku lari la pergi buka akaun Tabung Haji untuk diri
sendiri dan anak kesayangan, Si Aina. Heee- Dah lama niat
nak buka akaun Tabung Haji tapi baru hari ni terlaksana impian tu.
Alhamdulillah dipermudahkan.
Dalam perjalanan teringat plak tentang dokumen yang diperlukan untuk buka akaun Aina is sijil kelahiran dia. Aku tinggal Sijil Lahir Aina kat pejabat. Jadi terpaksa la pergi ambil. Masuk pejabat dengan harapan tak de orang akan perasan kehadiran aku kat situ, sebab malas nak soal jawab dengan kawan-kawan berkenaan percutian chickenpox aku ni. Masuk je Pejabat memang sorang pun tak perasan kehadiran aku. Wah, macam perompak professional plak aku rasa. Masuk pejabat curi dokumen dan terus cabut keluar. haaaa- Makbul doa aku.
Sekarang masalah nak ke Cawangan Tabung Haji pula. Dah kebetulan di Ampang, aku redah la kawasan ni cari cawangan Tabung Haji. Alhamdulillah, sampai juga di lokasi yang dituju. Allah permudahkan sebab aku memang no idea tentang lokasi cawangan Tabung Haji kat Ampang ni. Jalan pun redah je. Tup tup jumpa depan mata. Bestnye perasan ni, Parking plak betul-betul depan pintu masuk. Elok je ada orang keluar masa tu kan. Port baik punye. Alhamdulillah.
Ambil borang, isi dengan lengkap, ambil nombor giliran dan tunggu..
Proses nak buka akaun mudah
saja. Cuma perlukan IC (untuk dewasa) /Sijil Lahir (untuk yang tak da IC lagi) dan isi borang buka akaun baru yang terdapat di
semua cawangan Tabung Haji. Nilai minimum untuk buka akaun pula serendah
RM10.
Buka akaun dan dapat tabung bangunan Tabung Haji. Suke sangat. Semestinya, habuan Aina la ni. |
Balik rumah dengan hati yang girang. Alhamdulillah, ni baru perasaan buka akaun. Bila tabungan dah capai nilai matang dan dah boleh jejak ke Tanah Suci mengerjakan haji, rukun islam kelima tu lagi la girang, bersyukur tak terhingga gamaknye. Inilah perasaan aku. Harapan semoga masa itu tiba di takdirku. Aamiin.
p/s : kawan-kawan yang dah buka akaun dari kecil untungla. Aku ni dah tua baru nak buka akaun. Apa pun, tiada yang terlambat kan. Asal niat kita baik. Allah akan permudahkan jalannya. Jom ramai-ramai menanamkan niat nak buat haji di samping membuat pelaburan dalam akaun Tabunng Haji. OK, Smart choices!!!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana menyokong blog ini.
Keep in touch ya..
:)