28 June 2014

Selamat Menyambut Ramadhan 1435H


Bulan Ramadhan dah tiba.. Malam ni tak dapat berterawih di masjid. 
Taking care my baby at home. Sooner, InshaaAllah..
Rindu terawih tadarus moreeeey!!!

24 June 2014

Selamat Hari Lahir Suamiku

Hari ni hari lahir hubby.
Semoga abang jadi suami yang terbaik, anak yang soleh dan muslim yang sejati. 
Semoga bertambah rezeki dan dipermudahkan urusan dunia akhirat.
Semoga abang bahagia bersama sayang dan anak kita.. 
Bahagia bersama keluarga dan mereka yang abang sayangi.
I love you so much.

Sekian. 
let me be me

Kata Hikmah #7 Because I'm a woman


Selalu berperasaan macam ni...
Selalu cakap kat hubby,

Contoh;
Wifey : hari ni nak keluar la. tapi sebenarnya tak tau nak keluar pergi mana....
Hubby : nak pergi mana?
Wifey : pergi mana-mana la. janji keluar jejalan. senang je jawab
Hubby : blur,  ok~

Ok, alkisahnya...
Nasib baik hubby layankan je wife dia ni.
Because I'm a woman...
Mohon bersabar sampai ke akhirnya ye hubby..
ILYSM..

Sekian.
let me be me

23 June 2014

Kalkulator Pencen Kerajaan

http://imej.spa.gov.my/Kalkulator/
Gambar contoh

Lamanya aku nak pencen. Ok, redha. 
Ini yang aku nak sangat dulu. Any how, Alhamdulillah. 

Nak tau bila korang pencen, boleh klik image di atas atau di SINI.

Sekian.
let me be me

20 June 2014

Fidyah bagi yang tak mampu berpuasa di bulan Ramadhan


Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.

Hasil bayaran fidyah akan dimasukkan ke dalam akaun Amanah Fidyah dan Kaffarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sebelum urusan pengagihan kepada fakir miskin dalam bentuk beras dan bekalan makanan dilaksanakan.

Hukum Fidyah

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

Prosedur Membayar Fidyah di MAIWP

Perkiraan dan bayaran fidyah boleh dibuat di Baitulmal Bangunan Daruzzakah secara tunai atau melalui cek/pos berdaftar atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin.

Sebab-sebab Dikenakan Fidyah

1.    Uzur menunaikan puasa wajib
Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.

2.    Perempuan hamil
Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

3.    Ibu yang menyusukan Anak
Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.

4.    Orang yang telah meninggal dunia
Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

5.    Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)
Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

Taksiran Fidyah

(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = FIDYAH

Kadar Bayaran Fidyah

Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).

Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 2012, secupak beras bersamaan dengan 567.5 gram dinilai dengan kadar RM1.75.

Contoh:

Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:

RM1.75 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM15.75.


#Sekalipun boleh bayar fidyah, orang yang kategori no.5 tu patutlah usaha untuk ganti puasa sebelum tiba bulan puasa. Jangan sebab ada makan free, sanggup tak puasa/buka puasa. Haru-haru... nak dekat2 puasa kan orang selalu buat makan2 untuk sambut Ramadhan. Bertanggungjawablah atas urusan Allah swt. Wallahualam.

Sekian.
let me be me

19 June 2014

Tips buat suami, cara bercinta dengan isteri

sumber google

Harap hubby baca ni semua. Agak kurang kasih sayang ye sebab currently hubby on off.. kejap jauh kejap dekat kejap jauh balik.. macam tu lah. Takdir hidup pjj. Isteri kenalah faham situasi/keadaan suami kalau ini takdirNya. Saling faham-memahami ye. Stop complaining as selfreminder!! <3 br="">

R E D H A. 
InsyaaAllah ada hikmah di sebalik ujian ini.
Wallahualam.

Sekian.
let me be me

Anak oh Anak #Memori setahun bersama Aina!!!


#Aina pada hari kelahirannya. Lepas 9 jam macam tu, mulut Aina macam berbuih putih. Terus ibu risau sangat. Mungkin sebab ibu cuba bagi Aina susu tipu. Ngoks betul ibu masa tuh. Maafkan ibu nak Ibu risau Aina kelaparan. Jadi ibu bagi Aina susu tipu. Masa tu ibu tak terpikir langsung nak bagi susu ibu kat Aina.. So sorry ibu blur. Nasib baik Aina tak apa-apa. Ibu tak boleh nak jalan sakit pedih tapi disebabkan ibu takut apa-apa jadi kat Aina ibu gagahkan diri bawa Aina jumpa misi kat kaunter. Menahan sakit ibu jalan sambil bawa Aina. Alhamdulillah Aina tak pape, Misi pun tak marah ibu. Nasib misi tak tau apa yang ibu dah buat kat Aina malam tu. After awhile, misi datang cek Aina lagi. Misi suruh ibu susukan Aina. Jadi ibu pun cuba susukan anak ibu ni for the first time. Alhamdulillh, Aina anak yang pandai. Laju Aina minum susu ibu. Mungkin Aina lapar sangat kan. Ibu happy sangat masa tu. Sayang Aina.


#Aina pada hari ketujuh. Masa ni ibu dah kuat sikit. Aina pula behave sangat. Kurang meragam. Rasanya tak meragam langsung sejak lahir. Alhamdulillah. Syukur pada Allah sebab kurniakan ibu anak yang baik macam Aina. Aina tak kuat menangis macam Hani. Tak tau sebab apa Hani menangis je. Ibu ingat baby semua macam tu. Alhamdulillah anak ibu tak. Kalau nak susu atau lampin penuh baru Aina bunyi. Ibu lagi rindu nak dengar suara Aina menangis adalah. Sampai kadang ibu risau, Aina ok ke tak ni. Sebab baik je dok diam. Alhamdulillah. Sayang Aina.


#Aina 1 bulan. Masa ni ibu try angkut Aina pakai carrier. hehe.. ibu tak sabar nak bawa Aina jalan pakai carrier ni. Selalu ibu tengok orang pakai bawa baby dorang. hee- Comel je Aina cenonet dalam tu. Tenggelam-. Bila dah masukkan Aina dalam tu, ibu bawa Aina ronda-ronda kat rumah. Ibu excited lebih ok. haaa- Masa ni jugak, ibu bawa Aina fly bersama Atok dan Nenek untuk bercuti seminggu ke Kuching, Sarawak. Tinggal dengan Abi sementara ibu habiskan cuti bersalin. Dapatlah sebulan lebih dok kat Kuching. Puas kita jalan dengan abi, atok dan nenek Aina. Abi bawa kita keliling daerah Kuching ni. Jalan tak ingatlah. Ibu happy sebab Aina behave dan sabar je dengan cuaca panas, kereta pula aircond gila. Ibu takut Aina tak selesa, Aina nangis.. tapi Aina tak pun. Cool je. Sangat bersabar anak ibu ni. Alhamdulillah. Aina anak yang baik. Sayang Aina.


#Aina 2 bulan. Masa ni kita tunggu Abi balik kerja. Kita nak pergi Giant Batu 10 dan beli juadah berbuka. Alhamdulillah, senang ibu jaga Aina. Ibu pun dah abis pantang 44 hari. Ibu fokus dekat Aina dan abi je sekarang sambil feeling-feeling suri rumah sepenuh masa. Heaven.. Atok dan nenek dah balik KL. Kita berjimba dengan abi jelah jawabnya. hee.. Sayang Aina.


#Aina 3 bulan. Masa ni kita on the way ke Klang. Abi tinggal kat Kuching. Kita jejalan dengan atok dan nenek je. Bosan kan dok rumah Aina. Alhamdulillah ada atok dan nenek yang sudi bawa kita jalan-jalan. Pandai aina duduk dalam car seat. Macam faham je kita nak jalan jauh kan. Masa kat rumah saudara kat Klang tu, dorang heran tau tengak Aina diam je baik je. Pastu mula cakap, "budak-budak ni kalau kecil-kecil diam, baik, esok besar nakal, banyak ragam". Ada ke cakap macam tu. Doakan yang bebaik sudah. Kan- Tak sukalah pemikiran macam tu. Apa pun kata mereka, ibu doakan anak ibu ni jadi anak yang solehah yang akan memimpin ibu dan abi ke syurga. InshaaAllah. Sayang Aina.


#Aina 4 bulan. Masa ni Aina main dengan Cik Luloi. Tetiba Aina ada rambut kan.. Comel sangat. haa puji anak sendiri!! Ni kerja Cik Luloi la ni. Suka sangat gebek Aina. Ibu pun tak macam tu tau. Kalau dapat anak nanti ntah macam mana pula gaya anaknye ye. hehehe.. Ok. abaikan. Masa ni juga Aina dah pandai pegang botol air sendiri, dah pandai geguling meniarap, pandai potpet potpet sikit. Bersembang apa ibu pun tak faham. ibu layankan aje. Alhamdulillah. Sayang Aina.


#Aina 5 bulan. Masa ni ibu pakai tudung, lepas tu Aina kacau-kacau ibu, Jadi ibu pun terus ambil serkup kepala Aina dan shawl ibu bagi Aina pakai tudung juga. Suka tak? Macam suka je sebab Aina tak buka balik pun, elok je pakai mcam tak rimas pun. Bertahan sampai ibu yang takut Aina rimas pakai tudung tu. Aina Aina.. Mudah-mudahan tudung jadi sebati dengan Aina bila Aina dah besar nanti. Jaga aurat ye nak. Aamiin. Bila dah 5 bulan badan Aina dah kuat sikit. Dah boleh merangkak. Laju. Gigi pun dah tumbuh dua batang kat bawah. Pertama kalinya Aina jatuh katil. Ibu minta maaf sangat. Ibu lupa Aina dah pro bab geguling ni. Waaa.. Nenek marah ibu kaw kaw sebab cuai jaga Aina. Janganlah jadi pape kat Aina kemudian hari. Maafkan ibu. Apa pun, ibu doakan Aina membesar dengan sihat ceria dan jayanya. Aamiin. Sayang Aina.


#Aina 6 bulan. Bila dah 6 bulan Aina pun dah boleh duduk sendiri. Masa ni ibu bawa Aina ke Klinik Batu 9 untuk check up dan cucuk 6 bulan. Kita pi dengan Abi. Alhamdulillah abi balik jadi boleh teman Ibu dan Aina pergi check up. Ibu pejam mata bila misi nak cucuk Aina. Ibu takut tengok jarum panjang tu. Nasib baik Aina kuat. Aina nangis kejap je. Aina tak nak ibu risau kan. Tapi ibu tau Aina sakit kan kena cucuk tu. Kesian anak ibu.  Sayang Aina.



#Aina 7 bulan. Masa ni kita kat Aeon Big Wangsa Maju dengan atok dan nenek. Baru lepas pekena nasi arab kat Setapak. Ibu ingat nak beli kasut kat Aina. Tapi ibu tak tau nak beli yang mana satu. Last sekali benda lain yang ibu beli untuk Aina. Haih la. Memang ibu ni tak fokus bab shopping. hee~ Gigi Aina makin banyak. Tumbuh lagi dua batang kat atas. Comel je gigi susu Aina. Aina dah pandai nak berdiri sendiri. Dah pandai meragam tak tentu pasal. Dah pandai nak manja dengan ibu, nenek dan dengan yang lain mungkin. Tak pe, ibu ok. Ibu tau anak ibu sedang nak membesar jadi ibu layankan aje. Sayang Aina.

#Aina 8 bulan. Aina baru bangun tido. Hari ni dah sehari Aina bertindik telinga. Cantik. Suka ibu tengok. Ibu tindik telinga Aina awal sebab orang asyik kata Aina baby boy je. Mungkin sebab rambut Aina lambat tumbuh. Harap lepas ni dorang alert sikit. Dari Aina dalam perut, orang dok kata Aina baby boy. Dah keluar pun sama. Memang ibu agak geram kat depa tu semua. Tapi takpe. Janji ibu sayang Aina ketat-ketat. My princess. Sayang Aina.


#Aina 9 bulan. Masa ni Mak Teh Aina dok mengajar tutorial nak pakai turban ala-ala Yuna. Jadi Aina yang jadi modelnya. Comel ngat haih.. hehe Gigi tumbuh lagi 2 batang kat atas. Dah boleh makan makanan yang agak solid. Sayang Aina.


#Aina 10 bulan. Masa ni Aina baru bangun tido jugak. Ibu sesiap nak p kerja. Sempat ibu gayakan Aina shawl ibu. Saja nak duga Aina. Rimas ke tak. Okla. Nanti ibu beli tudung khas untuk Aina ye. Aina dah pandai berjalan. Jalan-jalan jatuh. Comel je tengok Aina usaha untuk berjalan. Alhamdulillah. Sayang Aina.


#Aina 11 bulan. Masa ni kita odi Tesco Kajang. Aina tak sabar-sabar nak minum vitagen. Aina nangis kuat bila ibu tak nak bagi vitagen. Belum sempat ibu bayar tau. Malu ibu, semua orang tengok. Harap Aina tak buat macam ni dah lepas ni. Aamiin. Aina jalan makin laju. Siap tolong nenek mengemas. Alhamdulillah, anak ibu membesar dengan jayanya. Sayang Aina.

#Aina 12 bulan. Masa ni ibu sidai baju kat luar. Aina macam biasa teman ibu sidai baju kat situ. Bajet nak ibu angkat keluar la tu. heee- Bila dah 12 bulan Aina makin pandai mengemas, explore race dalam rumah, pandai nak merap, manja dengan semua orang dan kuat makan. Semua pun nak makan. Pantang tengok orang makan apa semua nak jugak. Aina Aina.. Alhamdulillah tanggal 10.5.2014 Aina genap setahun. Sayang Aina.

Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. 
Sepanjang bersama Aina, dia anak yang baik. mudah tidur, mudah makan, mudah dibawa berjalan ke mana-mana, mudah nak jaga, semuanya mudah. Tak banyak fussy macam baby yang lain. Alhamdulillah. Allah tahu abi Aina jauh. Jadi Allah mudahkan semua untuk ibu jaga Aina. Wallahualam. Abi pun banyak missed perkembangan Aina. Balik kejap-kejap je. Tak pelah, Janji abi pun sayang Aina ketat-ketat. We all love you. Jadi anak yang solehah ye. Pimpinlah tangan ibu dan abi menuju ke syurga yang kekal abadi. Ibu doakan yang terbaik untuk Aina. Aamiin.

Sekian.
let me be me

18 June 2014

Resepi Ais Krim Oreo

gambar cedok kt FB
At first, sorry sbab gambar tak clear. Gambar cedok je. Nanti akan ku upload gambar ais krim sendiri je. Tunggu buat dulu la. Ni cedok sesiap sebab senang nak rujuk bila angin buat ais krim melanda. hehehe 

Jom sama-sama try buat. 
Simple je kot, tapi ntah ape rupa ais krim ku nanti. huhu

Bahan-bahan dan cara membuatnya

1) - setengah tin susu pekat (ikut kemanisan masing2)
- 1 1/2 gelas susu cair (ikut kecairan @ kepekatan yang dikehendaki)
- 1 sudu ovalette (pastikan halal)
- sedikit esen vanilla
blendkan sampai gebu.

2) gaulkan hasil yang di blend dengan biskut oreo (vanilla) yang dah dihancurkan.

3) masukkan dalam peti ais. (freezer)

Pastu boleh makan dah. Humm, macam senang je nak buat. Ok wajib try.

Sekian. 
let me be me

17 June 2014

Pergi mamak je tosai-tosai dan tosai lagi.. haaa

sumber ig liza hanim

Ini tosai. Aku suka makan tosai. Kalau ke mamak je mesti tosai, tak kira pagi petang siang malam. ntah~ bapak yang ajar. Kalau tak aku takkan terjebak dengan tosai nih. 

Kalori tosai 320kl. Bajet-bajetlah nak makan selalu ye Cik Puan Aniz. Heeee~

Sekian.
let me be me

16 June 2014

Alhamdulillah, Being Me 2014 (Darkness to Light)


Last Saturday, berpeluang ikut serta ke sister conference, Being Me 2014 Empowering Muslimah tema Darkness to Light. Seawal 7.30 pagi, Abang faizal , Sis Aqma serta Kak Chik dan Nya datang pick up kat rumah. Kawan-kawan lama tak jumpa. Dekat 2 tahun ok. Alhamdulillah gathering balik kita sempena event ni. I'm a happy girl. 


Hari tu memang hari menggayakan jubah. Semua peserta pun pakai jubah. Hanya minoriti je yang pakai baju kurung/seluar etc. Ada juga yang non-muslim datang join tau. Conference ni terbuka kepada semua wanita di dunia tanpa mengira agama dan bangsa. Worldwide conference.


Ini adalah antara isi kandungan conference dan barisan speakers. Best. Semua bes. Semua bagi input dan impak pada pemikiran aku ni. Alhamdulillah. Semoga kita jadi orang yang lebih memahami Islam dan diberi kekuatan untuk mengamalkannya 100% dalam kehidupan. InshaaAllah. Barisan speakers bukan calang-calang orang tau. Paling suka Sheikh Assim Al-Hakeem. Best. Beliau adalah Imam Masjid di Jeddah. Alhamdulillah beliau sempat doakan untuk para peserta. Kami aamiin dengan semangat. Tenang. Air mata kadang tu macam air sungai mengalir. Malu je. heee-


Ramai yang hadir. Penuh dewan. Ada artis juga tau. Fafau, Ummie Nazirah, Shasha Saidin, Mizz Nina dan mungkin ramai lagi. Yang ni yang nampak, yang tak nampak. Wallahualam. Conference ni seharian, habis about 10pm. Alhamdulillah solat sesiap kat PICC, balik solat Isyak then terus ketiduran. Alhamdulillah. Hari yang penuh dengan Ilmu.


Sekian.
let me be me

Servis tampal kasut


Kasut kesayangan. hee. Ini hadiah dari hubby jadi haruslah kesayangan. Last week hantar kasut ni ke servis tukang kasut. Minta tampalkan tapak baru. Sayang nak buang sebab insole kat dalam tu ok lagi. Jadi ke tukang kasut kita. 

 Alhamdulillah tukang kasut did great job. Tapak pun nampak tahan lama tak macam tapak yang sekali dua pakai terus haus. Ada kan tapak yang macam tu. Jadi sebelum nak servis pastikan kita tanya dan tengok dulu material yang tukang kasut ni akan guna untuk tampal tapak kasut kita tu.

 Last time hantar dua tahun lepas, servis RM 10 je. Sekarang dah naik harga, RM 15. Tukang kasut ni di Taman Putra, Ampang. Mungkin juga bergantung pada kawasan dan banyak mana kena tampal. Wallahualam.

Tempat korang berapa pula harga servis tampal kasut ni?

14 June 2014

Lawatan ke Kilang Mamee Chef Di Melaka

gambar paspot bersama manee monster
Alhamdulillah diberi peluang untuk turut serta dalam lawatan ke Kilang Mamee Chef di Melaka bersama 60 peseta yang terdiri daripada bloggers serta peminat Mamee Chef yang terdiri dari pelbagai rangkaian komuniti sosial media. Kami berkumpul di Mamee Double Decker Subang Jaya untuk menaiki bas ke lokasi kilang berkenaan.
wayang time.. layan sampai habis.. hee
Sepanjang perjalanan kami layan beberapa siri filem Fast and Furious. Happening. Handsome man Paul Walker. Sayangnya dah meninggal. Huuu~

geng macheser united pun layan produk mamee, hebat noh-

Setibanya di sana, kami berkumpul di hadapan kilang untuk merakam gambar kenangan peserta lawatan ini. Kemudian kami bergerak ke Mamee Galeri untuk refreshment dan mendengar taklimat ringkas mengenai latar belakang syarikat Mamee Double-Decker oleh Pengurus Pemasaran, Sham Mee. 

Sham Mee memaklumkan merujuk kajian yang dilakukan oleh Kantar WorldPanel, 5.47 juta pengguna isi rumah di Malaysia menggunakan produk keluaran Mamee Double-Decker dan produk yang paling mendapat sambutan ialah mee segera Mamee Chef yang telah mencatatkan pembelian  sebanyak 4.2 juta pengguna isi rumah. Terbaik kan.. Mestilah!! Mamee Chef nyum nyum nyum.. Sedap sangat tau. Kalau tak rasa lagi, pergilah dapatkan di pasaran dengan segera. Pasti puas hati berbanding mee segera yang lain. InshaaAllah.

iklan komersil mi tarik Mamee Chef
Mamee Double-Decker juga telah melaburkan sejumlah RM 80 juta dalam teknologi mesin perkilangan berdasarkan teknik La Mian untuk menambahbaik rasa dan kekenyalan mee yang dihasilkan di kilang.

billboard mi tarik di Kilang Mamee Chef Melaka
Dato’ Chef Ismail juga turut bekerjasama untuk menghasilkan resepi yang terbaik untuk produk mee segera Mamee Chef. Tengok siap jadi duta lagi. Aku dah rasa perisa kari laksa dan perisa tom yam thai. Rasanya seperti makan masakan di rumah. Bahan-bahannya segar dan terdiri daripada herba dan rempah. Mamee Chef juga membekalkan bahan penambah perasa di setiap paket yang terdiri daripada pelbagai perisa untuk melazatkan lagi Mamee Chef seperti udang, bite-sized tofu, cendawan shitake dan sayuran.


Yang penting produk keluaran Mamee Double-Decker ini Halal. Mamee Chef telah mendapat pengiktirafan dari Halalan Toyibban, Halal Industry Development Corperation berdasarkan pencapaian Mamee Double-Decker mengekalkan amalan piawaian kualiti dan kebersihan dalam proses menghasilkan produk-produknya. Jadi gunakan tanpa was-was ya. Heee-

Mamee Double-Decker dan Mamee Chef juga telah mendapat beberapa pengiktirafan dalam dan luar Negara. Antaranya ialah:-


•    Mamee Chef Curry Laksa rated Top 10 Best Instant Noodles in the world for 2014  oleh www.theramenrater.com
Theramenrater.com telah merasa pelbagai jenis mee segera di seluruh dunia. Kemudian dia akan memberi pendapat dan menilai mee segera tersebut.  Dia berasal dari US dan telah merasai dan menilai lebih 1,200+ pelbagai mee segera di seluruh dunia. Mamee chef telah disenaraikan dalam 10 senarai mee segera yang terbaik di dunia berdasarkan penilaian yang terbaru dilakukan pada tahun 2014.

•    Putra Brand Awards Bronze Recipient 2014 di bawah kategori Produk Makanan
Pengguna juga telah mengiktiraf produk Mamee Double-Decker melalui anugerah yang diadakan setiap tahun di bawah penganjuran Association of Accredited Advertising Agents Malaysia (4As)

•    Frost and Sullivan Malaysia Excellent Awards Recipient
Ia dinilai berdasarkan inovasi dan amalan produk yang terbaik dalam proses pembungkusan makanan di Malaysia. Anugerah Trofi Frost dan Sullivan ini telah dianugerahkan sebanyak dua kali kepada Mamee Double-Decker. Tahniah Mamee Double-Decker.

demonstrasi cara membuat mi tarik

Semasa taklimat kami menyaksikan pertunjukan membuat mee tarik oleh Pakar La Mian dan cara-cara memasak perencah kari laksa. Kaedah La Mian ini sangat terkenal di negeri China dan Mamee Chef adalah satu-satunya produk yang menggunakan teknik ini di Malaysia.

Kemudian kami dibawa untuk melawat kilang pembuatan Mamee Chef. Kami diberi penerangan oleh En. Eng tentang peringkat-peringkat pembuatan Mamee Chef. Terdapat 9 peringkat bermula dengan melakukan proses yang dikenali sebagai mixing, rolling, slitting, steaming, cutting, seasoning shower, frying, cooling dan akhir sekali pembungkusan.

Nasi Ayam Jonker Walk House
Setelah lawatan itu, kami beredar untuk menikmati makan tengah hari. Kami dimaklumkan menu itu didatangkan khas dari Restoran Mamee Jonker House, Melaka yang popular dengan Nasi Ayam Mamee Jonker House. Sedap. Nyum nyum. Nasi itu berbentuk bulat, unik dan lebih dikenali dengan panggilan nasi kepal. Selain Nasi Ayam kami juga disajikan dengan sate serta kek coklat dan kek teh hijau sebagai pencuci mulut. Kami juga mencuba Mamee Chef Curry Laksa. Semua sedap dan lazat. Laju aku makan sebab lapar wei. Pagi tadi tak sempat makan berat, makan ringan-ringgan aje. Haaa-

Di samping melawat Kilang Mamee Chef, kami juga melawat Mamee Jonker House di Jonker Walk, Melaka. Mamee Jonker House terdiri daripada restoran ala kopitiam, kedai produk Mamee dan cenderamata, Mini Muzium Galeri Mamee Double Decker, Colour My Mamee Chef Cup dan Monster Kitchen. 

Sesi mewarna cup Mamee Chef.
my custom made Mamee Chef Cup. cantikkan?! minta puji~
Kita boleh melakukan pelbagai aktiviti keluarga seperti mengunjungi Mini Muzium Galeri Mamee Double Decker, menghias dan mewarna serta memilih bahan perasa untuk Mamee Chef Cup dan menyertai Monster Kicthen untuk membuat noodles cakes yang tersendiri. Best kan. Macam-macam aktiviti boleh dilakukan dengan hanya mengunjungi tempat ini. Rasa tak mau keluar. Lagi-lagi bila bau masakan dari dapur terbuka Mamee Chef. Hehehe-


Di sini kita boleh pilih perasa mengikut cita rasa kita. Fun-fun session.


Monster Kichen ini sesuai untuk seisi keluarga berusia enam tahun ke atas. Aktiviti yang menyeronokan terutama bagi kanak-kanak. Maklumat lanjut lanjut tentang boleh rujuk ke laman web rasmi www.mamee.com atau hubungi Mamee Jonker House di alamat  No. 46 & 48, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka atau hunbungi nombor telefon 06-2867666 ini. Nanti nak bawa anak-anak pula dating sini. Mesti mereka suka. InshaaAllah. 

Jom kita ke Mamee Jonker House.
Tempat wajib dilawati jika berkunjung ke Melaka.
Hip hip horeeeyy!!

Sekian. 
let me be me

13 June 2014

Giveaway Puasa RM50 by SueAKGoGeous

http://sueakgogeous.blogspot.com/2014/06/giveaway-puasa-rm50.html

Ok, done follow blog + google plus, gambar dan backlink pun dah taruk. Next, jom buat entry tentang pengalaman puasa di bulan Ramadhan pula. 

Pengalamannya, pada suatu malam, lepas terawih, nak balik rumah pak sedara. Masa tu jalan ramai-ramai dengan cousins. Sekali masa nak lalu kat jambatan, ada orang bergayut kononnya hantulah kat pokok tu. siap bungkus degan kian pelikat. Aku terkejut beruk, terus menjerit dekat nak histeria. Cousins aku semua bantai gelakkan aku. Adui, sakit hati betul dengan budak nakal tu. Aku ni memang penakut, memang jadi bahanlah malam tu. Spoil mood ok. Ni kisah pengalaman yang pahit bittersweet bagi aku. huh. Pengalaman manis masa bulan Ramadhan pun banyak. Next time la aku cerita. hehehe- 

Apa pula pengalaman korang...?
Kalau terlanjur nak cerita apa kata join GA ni,. Mana tau ada rejeki.
GOOD LUCK!!!

Sekian.
let me be me

12 June 2014

Hari-hari Mamee Chef, selagi tak abis stoklah!!


stok Mamee bagi. Alhamdulillah, rezeki. Murah rezeki Mamee Chef lepas ni. 
InshaaAllah.
 

Perisa Mamee Chef Tom Yam dan Mamee Chef Kari Laksa. Both are my favourite.
Rasa dia exactly masakan di rumah. 
Cubalah try rasa nanti. 
nyum nyum nyum...  

Sekian,
let me be me