Hari ni memang tekanan bebal lain macam ye. Kalau ukur muncung ni adalah dalam 3cm macam tu. muncung tak? haaa~
Nak share sikit, kalau jadi bos jadilah bos kesayangan staf ye.
Jangan jadi macam sesetengah bos yang fussy lebih dari big bos dan kerjanya hari-hari mencari kesalahan staf. Bila bab kerja semua nak betul ke dia dan suka merumitkan sesuatu perkara yang jalan kerjanya sesimple ABC tetapi dia akan menjadikan kerja itu ABC to Z kemudian bila bermasalah patah balik ke jalan kerja ABC. benggang tak golongan perlaksana yang kena buat banyak kerja dan sia-sia tu?~ Sabar jela.. hari ni hari Jumaat, mungkin Allah nak bagi pahala lebih. Wallahualam.
Wahai sekalian pembaca,
jadilah bos kesayangan staf. Nak jadi bos kesayangan staf bukannya susah pun. Dengar pendapat staf dan kaji selidik dulu sebelum menghukum. Lagi, belajar cara menegur kesalahan staf dengan hikmah bukan main serkap jarang dan b**i buta. Cakap baik-baik, orang putih kata softspoken- Tak jatuh pun kredibiliti sebagai bos kalau kita berlemah lembut. Lagi dihormati adalah. Ni tak cakap macam petir nak ambil nyawa, pastu tegur pula depan orang ramai. Memang staf akan hilang rasa hormat kat bos tu. No doubt. Nak bertegas biarlah kena cara dan gayanya. Kena banyak belajar lagi bos..
Hurm, rasanya bos yang bermasalah selalu di kalangan bos wanita yang masih belum berkahwin walau telah lanjut usia/veteran. Pendek kata, andartu. Panjang tak kata apa- heee~ Ada tak yang pernah mengalami masalah dengan bos jenis ni? tapi yela, tak semua bos yang andartu ni bermasalah, hanya sebahagian kecil sahaja. Wallahualam.
Layan gambar katak ni kejap bagi hilang bebal tu..
Katak lucu.. huahuahua~ eeee. geli. hahaha
Sekian.
let me be me
tak suka dengan bos yang tak kenal staf bawahannya... buli dan tak hormat kita ni...
ReplyDelete#terima kasih sudi join... blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/06/senarai-url-blog-5.html
u're welcome..
ReplyDeletebettul tu. kita ni bukan jenis yang suka kona2 bila bos dah mcm tu mmg sakita hati la kita.. harap bos spesis ni berubah la. jgn aniaya org. aamiin.