Haaa~
Aku sendiri memang tak suka perokok. Baik lelaki mahupun perempuan. Merokok membahayakan nyawa manusia. Wahai perokok sedarlah hakikat ini.
Alhamdulillah orang yang aku sayang dah berjaya berhenti rokok sepenuhnya and I'm really proud of him, Introduce you my hubby. En. Hafiz Sairzali.
Hubby mula berhenti merokok secara mengejut dan sepenuhnya pada bulan puasa tahun lepas. 2013. Sebenarnya sebelum kahwin dulu 2012 aku dah cakap kat hubby please no cigarette while you around me dan seangkatan dengannya. No no no.. Sikit pun tak suka bau rokok ni. Sejak kahwin banyak kali juga hubby kantoi. Aku meradang la bila hubby kantoi kan. Sekali slowtalk, sekali ceramah plus mengamuk potpetpotpet bagai. Lastly penat sendiri-
Tapi aku tau hubby faham dan cuba sedaya upaya untuk berhenti merokok. Lagipun hubby bukan jenis perokok tegar, tak tegar kot sebab 2-3 batang je sehari, exspecialy lepas makan/lepas masuk toilet. haaa- So mungkin agak mudah nak berhenti merokok. Wallahualam.
Kalau hubby kantoi aku mesti denda hubby suruh dia nyatakan 100 keburukan merokok. Dia pun nyatakan lah satu persatu. Aku tolong kira.. sampai seratus. Biar hubby sedar malapetaka yang dia sedang undang dalam diri dan keluarganya.
Kadang mereka sedar tapi masih nak like rokok. Aku jadi blur dan ape nih?!
Aktiviti ni fun. Korang boleh cuba try nanti ye...
R A H S I A-
yang boleh jadi berhenti merokok dengan mengejut ini ialah hubby sendiri yang sanggup nak cabar diri sendiri dan meletakkan rokok tu haram di sisi agama Islam dan haram pada dirinya. Pengumuman dibuat di hadapan rakan-rakan yang rapat dengannya kira geng lepak hisap rokok lah kot pada malam pertama terawih tahun lepas ye. Hmm, jadi sejak pengumuman haram rokok oleh diri sendiri dibuat olehnya, hubby terus tetap hidup bahagia tanpa rokok di sisinya. Tanpa aku nak cek-cek bau mulut dia lepas keluar toilet lagi kan.. heeeee- Sayang huby ketat-ketat.
Alhamdulillah.
see nothing imposiblle once you setting up your mind.
Ketahuilah rokok itu H A R A M.
Sekian.
let me be me
peluang terbaik kepada perokok tegar...
ReplyDeleteTerima kasih ya anis share link tu.. Saya berharap kempen anti merokok ni menjadi viral di Malaysia dan seterusnya di dunia terutamanya umat Islam..
ReplyDeleteAda satu komen sy terima:
"Kalau rokok tu haram, kenapa tempat saya bekerja (di Majlis Agama) ada pak2 ustaz, ada orang majlis agama yang merokok?"
Anis ada jawapan?
ustaz2 di sekolah sy dulu pun macam tu.. kuat pula tu merokoknya. ada sorg ustaz saya tu dah meninggal sebab barah tau.
ReplyDeletehmm.. yela, ape nak heran ustaz2 pun manusia biasa kan.
wallahualam.
hai.. nak nasihatkan asben..masuk telinga kanan kuar telinga kiri.. tp jijah ttp berdoa moga dia behenti merokok
ReplyDelete