Showing posts with label muslimahconference. Show all posts
Showing posts with label muslimahconference. Show all posts

16 June 2014

Alhamdulillah, Being Me 2014 (Darkness to Light)


Last Saturday, berpeluang ikut serta ke sister conference, Being Me 2014 Empowering Muslimah tema Darkness to Light. Seawal 7.30 pagi, Abang faizal , Sis Aqma serta Kak Chik dan Nya datang pick up kat rumah. Kawan-kawan lama tak jumpa. Dekat 2 tahun ok. Alhamdulillah gathering balik kita sempena event ni. I'm a happy girl. 


Hari tu memang hari menggayakan jubah. Semua peserta pun pakai jubah. Hanya minoriti je yang pakai baju kurung/seluar etc. Ada juga yang non-muslim datang join tau. Conference ni terbuka kepada semua wanita di dunia tanpa mengira agama dan bangsa. Worldwide conference.


Ini adalah antara isi kandungan conference dan barisan speakers. Best. Semua bes. Semua bagi input dan impak pada pemikiran aku ni. Alhamdulillah. Semoga kita jadi orang yang lebih memahami Islam dan diberi kekuatan untuk mengamalkannya 100% dalam kehidupan. InshaaAllah. Barisan speakers bukan calang-calang orang tau. Paling suka Sheikh Assim Al-Hakeem. Best. Beliau adalah Imam Masjid di Jeddah. Alhamdulillah beliau sempat doakan untuk para peserta. Kami aamiin dengan semangat. Tenang. Air mata kadang tu macam air sungai mengalir. Malu je. heee-


Ramai yang hadir. Penuh dewan. Ada artis juga tau. Fafau, Ummie Nazirah, Shasha Saidin, Mizz Nina dan mungkin ramai lagi. Yang ni yang nampak, yang tak nampak. Wallahualam. Conference ni seharian, habis about 10pm. Alhamdulillah solat sesiap kat PICC, balik solat Isyak then terus ketiduran. Alhamdulillah. Hari yang penuh dengan Ilmu.


Sekian.
let me be me

22 May 2014

Being ME 2014 Muslimah Conference - Darkness to Light (Jom join~)



Alhamdulillah, terbuka hati nak join dan sempat beli tiket early bird. Heee- Nasib baik Kak Aqma ajak pergi event ni. Semoga sama-sama bermanfaat. InshaaAllah. Jom ramai-ramai sertai event Being Me Muslimah Conference anjuran kali ke-3 oleh Mercy Mission World yang akan diadakan pada 14 Jun 2014 bertempat di PICC, Putrajaya.

Maklumat lanjut tentang event boleh rujuk di Fanpage FB Being Me dan jika berminat, boleh dapatkan tiket di sini. Kalau join event, hello-hello ye. Boleh kita kawan-kawan. Ok, jumpa di sana. InshaaAllah. :)

Sekian.
let me be me