Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

03 July 2014

Skuad nak open table oii

#iklan, 
lama juga tak post entry. mood tak de. haaa- nak blogwalking pun malas. alkisahnya... 
ok then, welcome back to me-

Back to our topic,
semalam skuad aku create event, bos (skuad aku) dari UK nak open table kat Athmosphere 360 KL Tower Ahad minggu depan. Belanja berbuka puasa bersama skuad-skuadnya. Best dengar ada orang nak belanja buka puasa ni. Boleh bawa anak-anak dan pasangan. Lagilah best kan


Bertambah rezeki ko, skuad. Semoga Allah berikan ganjaran yang setimpal untuk niat baik ko tu. Aku, tak pasti lagi dapat pergi ke tak. Kena bincang dengan hubby aku dulu. Dia tengah berkursus. Harap tak de aral pada hari yang berkenaan sebab aku nak gather dengan ahli mesyuarat pintu aku masa kat Sri Serapi tu. ngeee~
Siapa yang memberi makan (saat berbuka) untuk orang yang puasa, maka dia mendapat pahala seperti pahala orang yang diberi makannya itu tanpa dikurangi sedikitpun dari pahalanya. (HR At-Tirmizy, An-Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaemah).

Kalau aku kaya nak jugak open table cam gini.. Dah tak kaya aku open table cara tak kaya lah.. Means tak payah nak tunggu kaya baru nak open table/bersedekah. Sama-samalah kita berlumba-lumba beramal di bulan Ramadhan yang mulia ni. Semoga sama-sama bermanfaat.

Sekian. 
let me be me

28 June 2014

Selamat Menyambut Ramadhan 1435H


Bulan Ramadhan dah tiba.. Malam ni tak dapat berterawih di masjid. 
Taking care my baby at home. Sooner, InshaaAllah..
Rindu terawih tadarus moreeeey!!!

20 June 2014

Fidyah bagi yang tak mampu berpuasa di bulan Ramadhan


Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.

Hasil bayaran fidyah akan dimasukkan ke dalam akaun Amanah Fidyah dan Kaffarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sebelum urusan pengagihan kepada fakir miskin dalam bentuk beras dan bekalan makanan dilaksanakan.

Hukum Fidyah

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

Prosedur Membayar Fidyah di MAIWP

Perkiraan dan bayaran fidyah boleh dibuat di Baitulmal Bangunan Daruzzakah secara tunai atau melalui cek/pos berdaftar atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin.

Sebab-sebab Dikenakan Fidyah

1.    Uzur menunaikan puasa wajib
Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.

2.    Perempuan hamil
Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

3.    Ibu yang menyusukan Anak
Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.

4.    Orang yang telah meninggal dunia
Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

5.    Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)
Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

Taksiran Fidyah

(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = FIDYAH

Kadar Bayaran Fidyah

Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).

Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 2012, secupak beras bersamaan dengan 567.5 gram dinilai dengan kadar RM1.75.

Contoh:

Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:

RM1.75 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM15.75.


#Sekalipun boleh bayar fidyah, orang yang kategori no.5 tu patutlah usaha untuk ganti puasa sebelum tiba bulan puasa. Jangan sebab ada makan free, sanggup tak puasa/buka puasa. Haru-haru... nak dekat2 puasa kan orang selalu buat makan2 untuk sambut Ramadhan. Bertanggungjawablah atas urusan Allah swt. Wallahualam.

Sekian.
let me be me

08 August 2011

Aqua Pet at Uptown Shah Alam

6 Ogos 2011

Last week, aku n d geng outting.. Ain, Nurul n Puteri. Geng aku ni diimport dari Ipoh.. huhu.. Ipoh mali maa... For 2days niat tu nak shopping raya aje. 1st day dekat kul 4 petang baru aku dapat tangkap lokasi dorg ni. Ke Jalan Ipoh lajaknye dari tol Duta. xpela, 1st time Ain drive dari Perak ke KL an... hehe.. tapi aku pun pening nk detect lokasi dorg ni mula², sbb xbiasa pun dgn KL ni sebenarnye. yelaaa.. 'rajin' sgt drive. huh~

Dah jumpe Ain tu, Ain ajak ke Shah Alam. Katenye ade kawan nak banje buka pose. Aku on jela, kesian an Ain nak jalan ke sane, so Aku bawakan aje lah. Parking kereta Ain kt penginapan, IYC Cheras tu sekali ambil kunci bilik... then terus shoot ke Shah Alam. Sampai ke Shah Alam, kitorg lepak kat AQUA PET Batu 3. Tempat keje kawan Ain. Makan² kat D'Teratak, best jugakla makanan die.. lapor kan. 



Then after makan, wat part time jap kat kedai tu... saksikanlah.. hohoho


After wat part time ni... kitorg shoot ke Uptown Shah Alam. Kat sane pun ade Aqua Pet branch. Kitorg dah kat uptown tu, shopping ler. Pengeluaran wang aku pun boleh tahan yer.. abis lah RM100 kat uptown tu aje. huhu.. tu pun berkire² tarik wet. huh~ 

Last Shot kt Uptown. Taken by Abi. TQ eyh !!
cont.. to I-CITY Shah Alam.

putripuzzle : let me be me

31 July 2011

Rambang Mata at Nilai 3

Sabtu petang, dalam pukul 4ptg mcm tu, my family and I went to Nilai 3. Syiok~ Rambang mata mak naks~ hehe. . Baju² barang² hiasan rumah, kain², langsir n so on, sangat memberangsangkan pengeluaran wang y berlebihan. naseb la xbawak banyak wang. Adalah sikit!!~ saki baki gaji bulan lepas..   
aneka reben
cadar pengantin, hmmm~
Actually temankan my akak je, dia nak cari barang² buat hantaran. cadar pengantin.. aku plak, bersabar je n survey² harga n barang² utk buat barang hantaran aku juge. yelah, sambil menyelam minum air kan. xde la sia² je aku memenatkan diri menapak tawaf seNilai 3 tu. huhu.. ok, now dah clear everything, next time datang lagi terus sambar ape y berkenaan. yeay~ can't wait ouh!!!

sebahagian barang² hiasan hantaran y dibeli.
Tema wane ungu.. semua pun nak ungu, kakak la.. pening jugak nak membayangkan hantaran y akan disiapkan nanti n of course la aku y kene buat. sebab bab² memperkosah bende² kraf ni aku mmg champion. kate mak aku lah. hehehe~

Pemerhati, Pengkritik y berjaya.
Tu lah keje mak n adik aku. org sibuk pilih² n cari² barang, dorg tengok aje then komen tu komen ni.. aku, layankan aje lah. at the end, siap semua, sedar xsedar dah kul 9mlm. Ape lagi, cabut terus la. then lepak kat kedai makan atas bukit PGA, terbaik. putripuzzle : let me be me

Bulan Ramadhan 1432H


Bulan Ramadhan tiba lagi. Bulan terakhir dalam kaendar Islam. Berebutlah berbuat amal di bulan y mulia ni. Semoga segala amal ibadah kita diterima olehNya. InsyaAllah. Same² ea.. :))


Di kesempatan ni. niz nak mengucapkan SELAMAT BERPUASA pada semua muslimin dan muslimat.. Semoga kita dapat menjalani hari² di bulan puasa, bulan ramadhan ni dgn sebaiknye. Jangan ketinggalan utk berterawih, bersahur.. Bukan selalu dapat berbuat demikian kan. Kemeriahan lebih terasa bila tiba bulan puasa saja. So don't missed it.


Dan sempena ni juga, niz nak minta maaf dgn semua y mengenali diri niz.. if ade terkasar bahasa terguris perasaan dgn ucapan/perbuatan sedar r xsedar.. niz minta maaf banyak² dari korang. Segala kesalahan semua, terguris perasan niz, or else.. niz dah xsimpan dlm hati. biarkan semua berlalu pergi bersama masa² lalu. y baik jadikan teladan, dan y xbaik jadikan sempadan. Segala kebaikan datng dariNya, dan segala kekurangan adalah dari Niz sendiri as I'm not perfect. . . Maafkan saya.


putripuzzle : let me be me