Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

20 June 2014

Fidyah bagi yang tak mampu berpuasa di bulan Ramadhan


Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.

Hasil bayaran fidyah akan dimasukkan ke dalam akaun Amanah Fidyah dan Kaffarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sebelum urusan pengagihan kepada fakir miskin dalam bentuk beras dan bekalan makanan dilaksanakan.

Hukum Fidyah

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

Prosedur Membayar Fidyah di MAIWP

Perkiraan dan bayaran fidyah boleh dibuat di Baitulmal Bangunan Daruzzakah secara tunai atau melalui cek/pos berdaftar atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin.

Sebab-sebab Dikenakan Fidyah

1.    Uzur menunaikan puasa wajib
Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.

2.    Perempuan hamil
Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

3.    Ibu yang menyusukan Anak
Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.

4.    Orang yang telah meninggal dunia
Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

5.    Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)
Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

Taksiran Fidyah

(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = FIDYAH

Kadar Bayaran Fidyah

Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).

Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 2012, secupak beras bersamaan dengan 567.5 gram dinilai dengan kadar RM1.75.

Contoh:

Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:

RM1.75 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM15.75.


#Sekalipun boleh bayar fidyah, orang yang kategori no.5 tu patutlah usaha untuk ganti puasa sebelum tiba bulan puasa. Jangan sebab ada makan free, sanggup tak puasa/buka puasa. Haru-haru... nak dekat2 puasa kan orang selalu buat makan2 untuk sambut Ramadhan. Bertanggungjawablah atas urusan Allah swt. Wallahualam.

Sekian.
let me be me

05 May 2014

7 Kelebihan Solat


1-Kunci penerimaan semua amal ibadat.

2-Mendatangkan ketenangan, menguatkan iman, memutihkan wajah dan menyejukan mata.

3-Allah SWT menurunkan rahmat, mendatangkan rezeki, nikmat terjaga dan menghapuskan dosa.

4-Penyubur keimanan yang terbaik.

5-Penawar kepada segala penyakit nafsu syahwat.

6-Menghapuskan segala kejahatan, menmbahkan pahala dan meningkatkan kedudukan di sisi Allah SWT.

7-Menjaga solat menjauhkan kita daripada sifat orang-orang Munafiq dengan Allah SWT.

Sekian. let me be me

14 April 2014

Keluarga R.O.T.H.S.C.H.I.L.D

Siapa Rothschild?

Keluarga Rothschild dari apa yang aku faham melalui pembacaan di media massa ialah sebuah keluarga berbangsa Yahudi yang menguasai ekonomi dunia zaman sekarang. Banyak bank-bank dunia di bawah pengaruhnya. Lagi, keluarga ni penyumbang terbesar kepada tertubuhnya negara Israel. Mereka juga ahli illuminati. Banyak lagi pengaruh Rothschild dalam dunia antarabangsa.

klik untuk besarkan imej
Ada yang mengaitkan keluarga Rothschild sebagai sekutu Dajjal. Siap ada buku yang diterbitkan khas untuk mengupas konspirasi antara Dajjal dan keluarga misteri ini. Menarik kan. Seram tu wajib la. Kalau berminat nak beli cuba dealing dengan Syarikat Adam. Kat kedai buku biasa tak pasti la ada ke tak buku ni, nanti nak try usha tengok Macam best je kan buku-buku gini. Buat mata terbeliak sat baca. Antara teori dan realiti, lu pikir lah sendiri. 


Err..
Lately selalu tergoogle tentang fitnah dajjal ni. Seram ok. Rasa dunia ni tak lama dah nak kiamat. Bersediakah aku menghadapinya? Bersediakah kita menghadapinya? Astaghfirullahalazim. Takut dengan fitnah Dajjal, amalkan baca doa ni ye.


Berbalik daripada kisah keluarga Rothschild, mula-mula tadi google tentang Nabi Khidir je tapi macam mana ntah boleh terbaca tentang Rothschild ni kat blog Before It's News. Artikel tu pula ada kaitan dengan MH370. Macam ada kebenaran je dalam berita tu. Wallahualam. Baca jela sebagai pengetahuan. Tak rugi tak untung. Apa pun, semoga bermanfaat.

Sekian.
let me be me

10 January 2013

Islam Benci Pembaziran



Pembaziran diambil dari kalimah Bahasa Arab iaitu daripada asal kata "Bazzara, Yubazziru, Tabzira" yang bermaksud membazir atau boros. Manakala dari sudut istilah syarak pula membawa maksud sesuatu yang dikeluarkan pada jalan yang bukan hak (kebenaran).

Ibnu Mas'ud menjelaskan bahawa pembaziran adalah perbuatan menafkahkan (mengeluarkan) atau menggunakan harta pada jalan maksiat yakni tidak pada jalan yang diperintahkan oleh Allah dan tidak berlandaskan tuntutan Sunnah Rasulullah.

Manakala Ibnu Kathir pula mentakrifkan pembaziran sebagai perbuatan mensia-siakan nikmat Allah kepada perkara-perkara maksiat yang melanggar perintah Allah.

Islam amat melarang umatnya melakukan pembaziran sehinggalah Allah menyifatkan orang-orang yang suka membazir itu sebagai saudara syaitan. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang melakukan pembaziran-Mu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." (Surah al-Isra':27)


Allah Taala menggariskan panduan kepada manusia dalam soal makan dan minum supaya tidak berlaku pembaziran. Firman-Nya yang bermaksud: "...dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang berlebih-lebihan." (Surah al-A'raf:3 1)

Dalam masyarakat Islam kita, perbuatan membazir ini berlaku dalam pelbagai keadaan. Pembaziran berlaku bukan sahaja dari sudut makan minum, malah yang lebih parah lagi ialah dari sudut pembaziran masa dan umur.

Jika pembaziran dari sudut makan minum tu dapat kita lihat dengan terbuangnya makanan dan minuman ke dalam tong sampah, tetapi pembaziran dari sudut masa dan umur (usia) pula seringkali tidak kira sendiri kerana tidak dapat dinilai dengan mata kasar.

Namun perlu kita fahami bahawa segala nikmat termasuk nikmat masa, usia, harta, ilmu, tubuh badan dan sebagainya akan disoal dan dipertanggungjawabkan oleh Allah ke atas kita di akhirat kelak.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidak akan berganjak dua tapak kali manusia pada hari kiamat sehinggalak dia disoal tentang empat perkara. Mengenai umurnya kemanakah dihabiskan umurnya? Mengenai ilmunya, apakah yang sudah dilakukan dengan ilmunya? Mengenai hartanya, dari sumber manakah dia perolehi dan jalan manakah dia belanjakan? Dan tentang tubuh badannya, apakah yang telah dia lakukan?" (Hadis Hasan Sahih riwayat Tirmizi)

Orang yang mengerti nilai waktu tidak sanggup membiarkan waktunya habis dengan percuma, tetapi dipenuhi dengan amal-amal yang berguna kerana dia sedar waktu itu adalah umurnya. Berlalulah waktu tanpa sebarang pengisian yang baik bererti sia-sialah umurnya itu. Pepatah Arab ada berkata: "Waktu itu sangat berharga, maka jangan engkau habiskan kecuali untuk sesuatu yang berharga juga."

Pembaziran masa sering berlaku jika kita tidak bijak menguruskannya. Terdapat segelintir di kalangan masyarakat kita yang suka menghabiskan masa dengan sia-sia. Bagi yang bekerja, mereka kadang-kadang mencuaikan masa dan sengaja melengahkan tugas atau kerja yang diberikan kepadanya. Tidak merancang tugasan, agihan tugas yang tidak sistematik, menyerahkan tugas kepada orang yang bukan ahlinya dan sikap pekerja sendiri yang tidak bermotivasi serta tidak mementingkan nilai masa adalah antara faktor yang menyumbang ke arah pembaziran masa.

putripuzzle : let me be me

09 April 2012

Ujian Semasa Pertunangan

sebijik macam cincin aku. suke !!
Pertunangan adalah selangkah sebelum menujunya pernikahan.. Kita kadang2 hanya faham ungkapan bertunang hanya semata mengikut adat, betul ke? tetapi hakikatnya ada tujuan yang ingin dicapai. Iaitu salah satunya proses mengenali dan memahami bakal pasangannya dan latar belakangnya sblm dikahwini. Selain itu ia juga bertujuan sebagai persediaan sblm melangkah ke alam pernikahan.

Takrifan ulama dari mazhab Shafie (Umairah): Pertunangan adalah menyentuh (mengemukakan) pernikahan daripada orang yang diambil kira dengannya. Dari takrifan Ulama dari mazhab Maliki (Hatab) pula: Pertunangan adalah satu ungkapan untuk menyeru kepada pernikahan dan apa-apa yang berlaku dari perbualan.

Daripada takrif pertunangan di atas dapatlah kita ketahui bahawa pertunangan ini adalah satu perjanjian di antara dua pihak (pihak lelaki dan pihak perempuan) untuk melangsungkan perkahwinan.

Tapi di sebalik ungkapan pertunangan, kerap benar kita mendengar cerita mengenai dugaan bertunangkan? benarkah bila bertunang banyak dugaan? Rasanya ya, tapi kenapa? Itu semua muslihat dan tipu daya syaitan. secara saintifiknya memang tidak masuk akal orang yg bertunang ni byk ujian, tetapi secara fitrahnya memang benar! sbb nye,disitu lah lubang2 utk syaitan menyesat dan merosakkan niat baik sebuah ikatan pertunangan itu. Dan mengapa pula syaitan nak rosakkan? Sebab supaya kita tidak mendekati jalan ibadah kepada Allah (jauh dari niat sebenar asal pertunangan). Oleh itu, syaitan sering menghasut dan mengoda agar hubungan itu rosak dan putus. Ayat dibawah merungkaikan janji Iblis kepada Allah utk menyesatkan umat manusia:

Iblis berkata: “Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menjadikan daku sesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalan-Mu yang lurus (Shirat al-Mustaqim). Kemudian aku datangi mereka dari hadapan mereka, dari belakang mereka, dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.” [al-A’raaf 7:16-17]

‘Tipu daya syaitan amat halus sekali. Kadangkala melalusi perasaan,emosi, keinginan,tanggapan dan sebagainy.nauzubillah..mg dihindarkan.. Ayat ini,kita blh tgk bagaimana carany syaitan menggoda dan menyesatkan manusia. Dari mana arah sekalipun (macamana cara sekalipun) mereka sentiasa akan berusaha..apa yang kita mampu lakukan,cubalah sentiasa berdoa dan berusahalah menjga hubungan kita denganNya..’

Ketika bertunang ni, byk pula peluang2 syaitan utk merosakkan kita.kdg2 kita tertanya2 mengapa aku jadi begini dan begitu.’Semuanya gara-gara bisikan syaitan yg tidak henti2′.Dalam keadan sedar atau tidak sedar kita akan melalui keadaan sedemikian. Melalui pengamatan umum , kemungkina antara dugaan yang akan berlaku ketika bertunang.
  1. Emosi diri yang tidak terkawal. Perkara yang kecik akan menjadi besar, sikit2 terasa hati sehinggakan blh mengundang pergaduhan terjadi.
  2. Gangguan dari pihak ke-3. Jika sebelum bertunang, tiada siapa yang mendekati anda atau pasangan anda, namun bila da bertunang ni, tiba2 anda menjadi perhatian.susah tu..
  3. Masalah berkaitan kewangan. Anda dan pasangan asyik2 tidak dapat menyimpan duit. Duit ntah dibelanja ke mana.
  4. Pengurusan hal perkahwinan juga boleh menimbulkan masalah. Anda ingin begini, tunang anda plak inginkan begitu. kan itu memeningkan kepala..sekecil2 benda pun blh merumitkan..
  5. Tiba2 anda seperti tidak bersedia ingin berumah tangga. Perasaan ragu2 timbulla,tiba2 malas la fikir pasal kahwin, byk sgt bendanya.
  6. Godaan nafsu sendiri. Dah bertunang bukan maksud dah dibolehkan melakukan benda yang bukan2.
Harapnya kepada bakal2 tunang di luar sana bersedialah utk menghadapi ujian tika mana ia datang. Tapi bukan itu saja,  bersedialah juga dari aspek segalanya, fizikal dan juga mental. Nak menikah ni bukan suka2, bukan tangkap muat, bukan bersahaja, tetapi perlulah bersandarkan kepadaniat dan objektif yg diredhai..Yang paling penting, jgn lupa bersedialah dari aspek rohani kerana ia yang akan menjadi perbandingan keutuhan sebuah institusi rumahtangga itu nanti… wallahualam.. 

edited by putripuzzle : let me be me

Sedekah Amalan Mulia

Bersedekahlah, maka hartamu akan dijaga Allah. 


Rasulullah saw bersabda, "Ketika berada di tanah lapang, ada seseorang yg tiba-tiba mendengar suara di awan yg mengatakan, 'airilah kebun si fulan'. kemudian, awan itu bergerak hingga sampai pada kebun si fulan dan mencurahkan airnya di sana. Sejenak, orang itu memperhatikan keadaan di sekitarnya. tiba-tiba dia melihat seorang lelaki yg memindahkan air itu dengan sekop. orang itu kemudian bertanya kepada laki-laki tersebut, "tuan, siapakah nama anda?". Lelaki itu menjawab, "nama saya fulan". --nama yg dia dengar dari awan saat berada di tanah lapang tadi--. orang itu kemudian melanjutkan pembicaraannya dengan lelaki itu, "tadi saya mendengar suara memerintahkan pada awan ini untuk mengairi kebun tuan. Sebenarnya apa yg anda lakukan dgn kebun ini?". lelaki itu menjawab, "saya sangat memperhatikan segala sesuatu yg dihasilkan dari kebun ini. dari hasil pertanian kebun ini, saya bahagikan kepada tiga bahagian : sepertiga saya sedekahkan, sepertiga saya gunakan untuk nafkah keluarga saya, dan sepertiga lagi saya gunakan untuk menyuburkan kebun ini". (HR Muslim)


Pesanan kepada diri sendiri dan yg lain, jangan berkira, kedekut xkena tempat, dan marilah kita amalkan sikap terpuji ini ya. InsyaAllah. 

putripuzzle : let me be me

13 March 2012

Makna bacaan Al-Fatihah

klik pada gambar utk visual yang lebih jelas
untuk solat lebih khusyuk, baguslah kita tahu makna ape y kita sedang baca dalam solat terutamanya surah Al-Fatihah. Selamat beramal. 

 putripuzzle : let me be me

22 January 2011

Sembahyang Solat Hajat

Sebaik-baik waktu sembahyang hajat adalah pada waktu tengah malam. Ini bersesuaian dengan Sabda Rasulullah saw apabila di soal oleh Abu Zar al-Ghiffari r.a. yang ertinya : “Solat malam yang manakah lebih afdal? 



Jawap baginda : “Di waktu separuh malam atau jauh malam, tetapi sayangnya amat sedikit yang melakukannya”

Cara Sembahyang sunat Hajat berikut di ambil dari riwayat Wuhaib bin Ward;

1. Lafaz Niat: Erti Niat : Sahaja aku sembahyang sunat hajat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.



2. Takbiratul Ihram beserta niat.
3. Membaca Al Fatihah, ayat Kursi dan Surah Al-Ikhlaas di dalam rakaat yang pertama dan di dalam rakaat yang kedua.
4. Sesudah memberi salam, sebelum berubah tempat, sujud pula sekali serta membaca doa di bawah kemudian pohonlah apakah hajat anda. Insya’Allah makbul. Jika solat 12 rakaat, sujud di luar solat ini di lakukan sesudah selesai 12 rakaat itu.

putripuzzle : let me be me