03 April 2014

Thank You Allah

Hujung bulan Mac aku dapat berita baik dari SPA. Alhamdulillah dapat pelarasan gaji permulaan dengan mengambil kira perkhidmatan yang lepas. Walaupun pergerakkan gaji tu tak banyak mana tapi masih disyukuri sebab aku tak jangka permohonan tu akan diluluskan memandangkan permohonan yang aku hantar tu tak lengkap mana pun. Tapi jika dah rezeki dan takdirNya dapat juga la rezeki ni ke aku. Alhamdulillah. Thank you Allah. Masa mula-mula nak buat permohonan ada orang kata aku tak boleh buat permohonan tu sebab dokumen tak cukup, tak da laporan penilaian prestasi tahunan (lnpt), tak da laporan kewangan tahunan masa kerja lama dan macam-macam lagi la. Tapi bagi aku tu semua kerja Allah, aku tak putus asa ok. teruskan juga dengan hantar permohonan. Kalau tak dapat aku anggap tak da rezeki je dan aku tak menyesal sebab aku dah cuba dulu. Biar gagal setelah mencuba daripada gagal ssebelum mencuba. Alhamdulillah usaha, doa dan tawakal ku padaNya tak sia-sia. Happy!!!

*Kalau kawan-kawan nak buat penetapan gaji permulaan juga, boleh go through FAQ dan guidelines dari SPA ni.

Penetapan Gaji Permulaan   
         
1.     Bolehkah seseorang pegawai yang sedang berkhidmat dan dilantik ke dalam skim perkhidmatan yang lain memohon untuk penetapan gaji permulaan, jika gaji yang diterima dalam skim perkhidmatan yang baru didapati kurang daripada gaji dalam jawatan terdahulu?
Boleh, namun begitu ianya tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Bagi permohonan pegawai yang sedang berkhidmat di sektor awam, penetapan gaji permulaan adalah tertakluk kepada Peraturan 25(7), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012] dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2013 - Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum - Maksimum Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia (http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2013/pp022013a.pdf).          
         

2.     Bolehkah seseorang pegawai yang mempunyai pengalaman sebelum dilantik ke jawatan tetap perkhidmatan awam, memohon untuk penetapan gaji permulaan dan peraturan apakah yang diguna pakai?
Boleh. Bagi permohonan pegawai yang mempunyai pengalaman relevan di sektor awam dan swasta, penetapan gaji permulaan adalah tertakluk kepada Peraturan Peraturan 25(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012] dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2013 - Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum - Maksimum Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia.      
   
3.     Dokumen apakah yang diperlukan untuk memperakukan seseorang pegawai dalam urusan penetapan gaji permulaan?
Dokumen yang diperlukan untuk Penetapan Gaji Permulaan adalah:

Bagi Pegawai yang mempunyai Pengalaman Sesuai Di Sektor Awam:
  •     Surat permohonan pegawai melalui Ketua Jabatan;
  •     Pengiktirafan daripada Ketua Jabatan mengenai pengalaman di sektor awam bersesuaian dengan     senarai tugas dan tanggungjawab jawatan yang disandang sekarang;
  •     Senarai tugas jawatan terdahulu yang diakui sah oleh Ketua Jabatan;
  •     Senarai tugas jawatan sekarang yang diakui sah oleh pegawai yang bertanggungjawab dan Ketua Jabatan;
  •     Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang lengkap dan telah dikemaskini;
  •     Surat iringan dari Kementerian/Jabatan;
  •     Salinan Kenyataan Perkhidmatan semasa di jawatan kontrak/sementara/tetap di Badan Berkanun yang lengkap dan dikemas kini;
  •     Salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi satu tahun;
  •     Salinan Lesen Memandu (bagi jawatan pemandu);
  •     Salinan sijil/diploma/ijazah pegawai berkenaan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan;
  •     Salinan surat tawaran pelantikan tetap; dan
  •     Surat daripada Ketua Jabatan yang mengesahkan pegawai bertugas sebagai pegawai kontrak/sementara.

Bagi Pegawai yang mempunyai Pengalaman Sesuai di Sektor Swasta:
  •     Surat permohonan pegawai melalui Ketua Jabatan;
  •     Surat pengesahan majikan asal (swasta) pegawai mengenai jawatan, senarai tugas dan tanggungjawab serta tempoh perkhidmatannya di sektor swasta;
  •     Senarai tugas jawatan sekarang yang diakui sah oleh pegawai yang bertanggungjawab dan Ketua Jabatan;
  •     Pengiktirafan daripada Ketua Jabatan mengenai pengalaman di sektor swasta bersesuaian dengan senarai tugas dan tanggungjawab jawatan yang disandang sekarang;
  •     Salinan kelulusan iktisas atau separa iktisas yang dimiliki oleh pegawai bagi menentukan tempoh pengalaman yang boleh diambilkira;
  •     Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang lengkap dan telah dikemaskini;
  •     Surat iringan dari Kementerian/Jabatan;
  •     Senarai tugas di sektor swasta yang diakui oleh majikan swasta;
  •     Salinan penyata KWSP/Borang Penyata Gaji Pekerja Swasta (EA) yang diakui sah;
  •     Salinan surat tawaran jawatan yang diakui sah; dan
  •     Resume pegawai yang mengandungi nama, nombor kad pengenalan, jawatan bagi lantikan tetap, kelayakan akademik, nama syarikat, jawatan, tempoh mula dan akhir bertugas serta senarai tugas jawatan lantikan tetap.

Senarai semak bagi urusan Penetapan Gaji Permulaan boleh diperolehi melalui pautan berikut: http://www.spa.gov.my/Portal/ePengisian/Senarai_Semak_Urusan_Perkhidmatan

Good Luck!!
Sekian. let me be me

8 comments:

  1. Baru hantar permohonan pelarasan gaji
    Andai ada rezeki, dapatlah nanti. (Harapnya adalah rezeki itu. Hehe)

    ReplyDelete
  2. Sis, ada contoh surat tak?

    ReplyDelete
  3. salam jumaat.
    terima kasih di atas perkongsian maklumat ini.
    jika tidak keberatan, boleh tak saya dapatkan contoh surat permohonan tersebut?

    ReplyDelete
  4. Salam..status penetapan gaji permulaan ni boleh semak online x? klu boleh mcm mana?
    Lagi satu brapa lama urusan ini ada jawapan?(tempoh urusan dr hantar surat permohonan smpai ke keputusan)

    Terima kasih..

    ReplyDelete
  5. Salam..status penetapan gaji permulaan ni boleh semak online x? klu boleh mcm mana?
    Lagi satu brapa lama urusan ini ada jawapan?(tempoh urusan dr hantar surat permohonan smpai ke keputusan)

    Terima kasih..

    ReplyDelete
  6. ASSALAMUALAIKUM?

    boleh ke beri sy contoh surat penetapan gaji permulaan?

    emel kpd sy: fairusznur@yahoo.com

    terima kasih

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.. boleh ke bagi contoh surat penepatan gaji permulaan/ contoh surat permohonan pelarasan gaji berdasarkan pengalaman seperi yg puan lakukan.. Jika tidak keberatan mohon jasa baik puan untuk email kan kepada saya di alamat ernie.erien@gmail.com

    ReplyDelete

Terima kasih kerana menyokong blog ini.
Keep in touch ya..
:)