Sejak akhir-akhir ni kekejaman Israel, tentera zionis terhadap rakyat Palestin di Gaza semakin tidak terkawal. Sungguh keseluruhan umat Islam ini sedang diuji. Bantulah mereka, bantulah mereka walau hanya dengan sepotong doa. Semoga Allah memberikan kemenangan kepada umat Islam yang ditindas terutama di Bumi Palestin.
Sila baca sejarah Bumi Palestin di sini. Semoga kita lebih mengenal dan memahami apa yang sedang berlaku di dunia akhir zaman ini. Wallahualam.
Aku tak dapat bayangkan jika hal ini terjadi pada negara kita Malaysia. Mampukah kita menghadapi ujian seberat ini? Melihat gambaran di kejauhan sahaja hati ini sangat pilu dan sayu apabila melihat anak-anak kecil dibunuh sewenang-wenangnya, kediaman dimusnahkan tanpa sebab dan pelbagai lagi kekejaman yang seakan di pandang enteng oleh masyarakat dunia kini. Tidakkah kita sedar tentang perjuangan di Bumi Palestin?
Bantulah anak-anak ini untuk mempunyai masa depan yang lebih cerah pada masa akan datang. Anak Palestin adalah tanggungjawap kita umat Islam di seluruh dunia. Inilah hakikatnya. Marilah kita sama-sama beri bantuan semampunya kita. InshaaAllah. Jika ingin membantu dari segi kewangan, boleh salurkan bantuan melalui akaun tabung-tabung kebajikan berikut-
Wahai
orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian
daripada rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari
yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi
persahabatan yang akrab dan tidak ada lagi syafaat. Dan orang-orang
kafir itulah orang-orang yang zalim.
AlQuran, Surah Albaqarah Ayat254
Semoga sumbangan tanda kasih kita dapat membantu perjuangan di Bumi Palestin dan dapat meringankan beban penderitaan yang ditanggung oleh rakyatnya. Aamin.
Sekian. let me be me
sedih tgk,nk nangis
ReplyDeletemasa google gambar gaza lagi sedih.. ni baru sikit gambarnya.... kejam betul zionis kan.. humm.. dunia akhir zaman...
Delete