18 April 2014

Kursus Latihan Kebakaran

Semalam seharian hadap Kursus Kebakaran di auditorium. Menarik, ngeri dan blur. haaa- Yang menariknya ada sesi `Table Top'. Senario kejadian kebakaran direka oleh penganjur dan peserta kursus yang terpilih diberi peluang untuk menjalankan pelan tindakan kebakaran berdasarkan tindakan/pengetahuan mereka. Aktiviti itu dijalankan selepas selesai sesi ceramah oleh Pengerusi Pasukan Penyelamat Hospital, Dr. Ridzuan dari Jabatan Kecemasan, Hospital Ampang dan Penasihat Tetap Keselamatan Hospital, En. Khairul dari Jabatan Bomba, Pandan Indah. 

Kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Kecemasan, Hospital Ampang ini mempunyai beberapa objektif seperti berikut;
  1. Menyediakan program kesedaran mengenai langkah-langkah keselamatan bagi kebakaran di Hospital Ampang selaras dengan Program Kualiti Akreditasi dan ISO.
  2. Membentuk pasukan pencegahan kebakaran yang terdiri dari kakitangan Hospital Ampang dalam bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan bencana dalaman.
  3. Menyelaraskan latihan kebakaran dari semasa ke semasa di Hospital Ampang
  4. Mengenalpasti dan memperbaiki kelemahan pada pelan Hospital Ampang yang sedia ada.
Peserta di Table Top melibatkan anggota klinikal, pengurusan dan sokongan seperti keselamatan dan RadiCare
Pelan Tindakan Kebakaran dan Bencana Hospital Ampang.

hasil perbincangan di Table Top

Best sangat dapat peluang join kursus ni. Penyampaian penceramah, Dr. Ridzuan dan En. Khairul sangat mencuit hati dan baik. Rasanya aku dah dapat adapt dengan pelan tindakan hospital. Tak lagi blur macam sebelum ni. Bayangkan jika berlaku kebakaran di hospital, bagaimana dengan pesakit? Bagaimana kita hendak bertindak? Inilah yang diberi penekanan sekiranya kejadian sedemikian berlaku. Selain sesi table top, sesi pemadam api juga diadakan untuk memupuk keberaniaan peserta berhadapan dengan api dan menunjukkan cara memadam api dengan betul. 


Terima kasih kepada penganjur. Dimaklumkan juga kursus ini akan kerap diadakan di hospital agar semua anggota Hospital Ampang ambil maklum mengenai Pelan Tindakan Kebakaran dan Bencana ini.

Nombor kecemasan yang penting di sekitar Ampang-
Bomba Pandan Indah : 03-92746253
Polis Ampang Jaya : 03-42524866

Sekian.
let me be me

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana menyokong blog ini.
Keep in touch ya..
:)