17 April 2014

Perli. Perlu ke?

Tajuk ni punca dari hubby. Malam tadi berborak dengan hubby cakap pasal cita-cita dia dalam kerjaya sekarang. Dia nak capai certain level sebelum bersara. Ok, aku menyokong penuh. Yela, at the end aku tumpang senang juga kan. Alhamdulillah sejuk hati dengar hubby cakap macam tu. hee~ Aku pun nak juga capai something dalam kerjaya aku kan. InshaaAllah.

Back to our topic, 
Perli, perlu ke?

Ikut aku, jenis straight foward. Tak puas hati, sembur je. Tengok keadaan juga la. Antara sembur dengan telan je. Nak perli-perli orang memang tak pandai. Bajet nak perli mesti tersasar. Kadang orang yang nak diperli tu tak faham pun. haaa- Boleh dikatakan satu kelemahan juga kot sebab bila main sembur je mesti akan buat orang tak senang dengan kita.

Kadang-kadang rasa tak puas hati akan timbul bila orang ambil kesempatan terhadap kebaikan, kelebihan, kecekapan kita dalam melaksanakan sesuatu tugas. Kalau jadi hal yang macam ni hubby nasihatkan perli dalam ketawa. Macam mana tu? Best bila hubby cerita pengalaman dia perli rakan sekerja dan bosnya. Bukan hubby berkira nak buat kerja tapi dalam satu organisasi apabila seorang pekerja menonjol maka kebarangkalian dia akan dipergunakan oleh orang di sekelilingnya adalah tinggi. Jadi hubby kata slow and steady je.

Contoh, Ali cekap menggunakan komputer, maka setiap kerja berkaitan penggunaan komputer akan diserahkan kepada Ali walaupun hakikatnya kerja itu bukan di bawah tanggungjawab Ali. So kesian Ali kan. Kerja hakiki sendiri pun tak menang tangan nak cover, ditambah lagi beban kerja orang lain. Kesian. Kat sini perli dalam ketawa tu boleh mainkan peranan. Macam cakap kat bos, " kalau macam ni kerja sampai pencen pun takpa, kerja semua serah kat orang. hehehehe~"

Contoh lain----
ok, makan dalam tak. hahaha

Perlu ke tak perlu untuk memerli adalah atas diri sendiri. Kalau pandai tegur cakap baik-baik dan yakin orang itu boleh terima teguran dengan hati terbuka, ye silakan. Tapi kalau tak boleh terima teguran dengan cara tu, maka boleh try teknik memerli dalm ketawa ni. haaa- Yang penting kat sini, teguran itu biar berhemah. Jangan sampai rosakkan ukhwah yang terbina. Nak kerja lama lagi. Jadi jangan buat pasal dan cari pasal. Jaga-jaga ada yang memerhati, Yang Maha Esa.

Sekian.
let me be me

6 comments:

  1. Assalamualaikum, entry yang sangat menarik...teruskan usaha... =)

    ReplyDelete
  2. Asalammualaikum..Salam kenal..akak follow sini..jemput follow akak juga ye : http://ourshakleezone.blogspot.com

    Bg akak...no perli2 ni..akak suke cakap direct jer..he3x.. tp dengan cara berhemah. mcm tarik rambut dalam tepung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. suke peribahasa tu... heee- keep in touch kak.. :)

      Delete
  3. klu saye lak puan, depends.tapi, jarang la nak perli2..nak direct pon jarang. hidup sendiri je. tak puas hati,saye doa je.kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu la yang terbaik wani. doa!!! #selfreminder

      Delete

Terima kasih kerana menyokong blog ini.
Keep in touch ya..
:)