29 November 2016

Penantian di pengakhiran itu



Bismillahirrahmaanirrahim
Alhamdulillah 100x

Hubby dah dapat posting ke semenanjung. Cukup sudah 8 tahun berkhidmat kat Kem Penrissen,Kuching . Baliklah berkhidmat untuk isteri dan anak-anak pula. heeee

Hubby dapat post di UPM Serdang sebagai Jurulatih PALAPES. Macam mana agaknya rupa Abi jadi jurulatih. Semoga urusan Abi dipermudahkan kat tempat baru nanti. Aamiin.

Ibu happy sangat. Hanya mampu ucap Alhamdulillah. Sujud syukur hanya padaMu ya Allah.. Penantian 4 tahun lebiih ni sudah berakhir. 

Tepat pada masanya. 
Benar, perancangan Allah yang terbaik.

Lepas ni, kurang sikit tanggungjawab Ibu membesarkan anak-anak. Anak-anak dapat perhatian Abi nya juga. Alhamdulillah. Ibu boleh fokus 90%-100% dalam study Ibu.. 

Hikmah disebalik penantian. 
Semoga perkahwinan kami yang baru bermula ini akan kekal hingga ke syurga. #tilljannah

Nikmat Allah yang mana kamu dustakan...


1 comment:

Terima kasih kerana menyokong blog ini.
Keep in touch ya..
:)