Alhamdulillah..
Pada tarikh 20 Mei 2018 (Ahad) ibu selamat bersalin anak yang ketiga.
Nama diberi, Nur Aimi Natasha binti Mohd Hafiz. Bersalin di Hospital Serdang, Selangor secara normal dengan berat 3.65 kg. Terima kasih abi temankan ibu. tak pernah tak temankan ibu bersalin. You always be there for me. One of my strenght. 💓
Nur - Cahaya
Aimi - kesayangan/yang layak untuk dicintai
Natasha - Kesejahteraan/Kekuatan
Tak semua dapat peluang suami temankan masa isteri bersalin, jadi bersyukur. Walau pjj dgn suami masa mengandungkan Aina dan Aisha, ibu diberi peluang tu. Suami tak temankan tak bermakna suami tak sayang ye. Perancangan Allah sebaiknya.
Nur - Cahaya
Aimi - kesayangan/yang layak untuk dicintai
Natasha - Kesejahteraan/Kekuatan
Tak semua dapat peluang suami temankan masa isteri bersalin, jadi bersyukur. Walau pjj dgn suami masa mengandungkan Aina dan Aisha, ibu diberi peluang tu. Suami tak temankan tak bermakna suami tak sayang ye. Perancangan Allah sebaiknya.
Kelahiran kali ini istimewa dari yang pertama dan kedua kerana ibu dapat pengalaman bersalin di dalam bilik pembedahan. Ibu hampir bersalin ceaser sebab bukaan yang lambat ditambah bacaan ctg tak cantik dan baby Aimi hampir lemas.
Doktor cakap ibu kena lalui proses kelahiran secara pembedahan. Ibu redha.
Bila abi datang, abi mcam tak percaya, "perlu kena bedah ke sayang..?" ibu cakap dengan abi, "doktor cakap kena bedah, macam tu la nampaknya. Ye, rezeki baby lain-lain. kita redha ya..."
Mula-mula ibu takut, tapi positif. Orang lain ceaser, berjaya, elok, baik saja. Aku inshaaAllah mampu. Redha.
Jururawat hulur persalinan untuk ke bilik bedah. Ok, tukar.
Masa depan pintu pembedahan ibu rasa senak perut yang amat macam dah nak terberak sangat. Doktor terus cek lagi bukaan. Allah maha pengasih lagi maha pengetahui, rahim ibu dapat kembang dengan jayanya, dari 6cm terus ke 10cm, tak sampai 5 minit..
Rezeki- ibu dapat bersalin secara normal.
Terima kasih Allah.
Nur Aimi Natasha binti Mohd Hafiz |
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana menyokong blog ini.
Keep in touch ya..
:)