Showing posts with label bersalin. Show all posts
Showing posts with label bersalin. Show all posts

14 September 2018

Kelahiran Anak Ketiga

Alhamdulillah..

Pada tarikh 20 Mei 2018 (Ahad) ibu selamat bersalin anak yang ketiga. 

Nama diberi, Nur Aimi Natasha binti Mohd Hafiz. Bersalin di Hospital Serdang, Selangor secara normal dengan berat 3.65 kg. Terima kasih abi temankan ibu. tak pernah tak temankan ibu bersalin. You always be there for me. One of my strenght. 💓

Nur - Cahaya
Aimi - kesayangan/yang layak untuk dicintai
Natasha - Kesejahteraan/Kekuatan

Tak semua dapat peluang suami temankan masa isteri bersalin, jadi bersyukur. Walau pjj dgn suami masa mengandungkan Aina dan Aisha, ibu diberi peluang tu. Suami tak temankan tak bermakna suami tak sayang ye. Perancangan Allah sebaiknya.

Kelahiran kali ini istimewa dari yang pertama dan kedua kerana ibu dapat pengalaman bersalin di dalam bilik pembedahan. Ibu hampir bersalin ceaser sebab bukaan yang lambat ditambah bacaan ctg tak cantik dan baby Aimi hampir lemas. 

Doktor cakap ibu kena lalui proses kelahiran secara pembedahan. Ibu redha. 

Bila abi datang, abi mcam tak percaya, "perlu kena bedah ke sayang..?" ibu cakap dengan abi, "doktor cakap kena bedah, macam tu la nampaknya. Ye, rezeki baby lain-lain. kita redha ya..." 

Mula-mula ibu takut, tapi positif. Orang lain ceaser, berjaya, elok, baik saja. Aku inshaaAllah mampu. Redha. 

Jururawat hulur persalinan untuk ke bilik bedah. Ok, tukar.

Masa depan pintu pembedahan ibu rasa senak perut yang amat macam dah nak terberak sangat. Doktor terus cek lagi bukaan. Allah maha pengasih lagi maha pengetahui, rahim ibu dapat kembang dengan jayanya, dari 6cm terus ke 10cm, tak sampai 5 minit.. 

Rezeki- ibu dapat  bersalin secara normal. 
Terima kasih Allah.

Nur Aimi Natasha binti Mohd Hafiz


27 February 2013

Tips Mudah Bersalin

Surah An-Ambiyak (Doa Nabi Yunus)
Assalamualaikum,

Khasiat ayat ni kalau diamalkan, insyaallah segala kesulitan dapat diselesaikan dengan mudah sangat..saya memang rajin membaca ayat ni malah ianya juga menjauhkan kita dari terkena perbuatan sihir. sesapa yg susah hati, tkena buatan atau apa penyakit sekali pun, bagitau ayat ini dan rajin² ler baca ayat ni setiap masa.. memang miracle...saya dah test..bukan tipu tau..tapi memang betul. Disebabkan saya tak tau banyak ayat yang power, saya hanya hafal ayat ini sahaja. Alhamdulillah..memang power ayat ni. Sangat² miracle. InshaaAllah.

Doa Nabi Allah Yunus semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun...

putripuzzle : let me be me