Showing posts with label tips kurus. Show all posts
Showing posts with label tips kurus. Show all posts

20 August 2019

Menu Diet (1)

Tak senang nak kurus. Kena usaha sikit. Pelan-pelan kayuh kami pun. Cerita journey kurus kami boleh baca kat entry ni ok. Bukan la journey sangat pun, intro ja haa~

Kami share menu diet biashe-biashe sajo. Tak de la betul2 ikut diet nutrisi tepat sebab kami bukan pakar nutrisi. Agak-agak jela hehehe

Daging perap rempah berkasih sayang dengan sos cili kau jangan kedekut

Snacking wajib kat office. Badam, cheesnut dengan walnut.

Menu makan malam. 
Daging perap rempah beli kat Cosway dengan timun jepun mati, sos tinggal tak mati.

Lunch
Sempat bawa salad ja, pastu p cafe beli tempe ikan bilis. jadi la bat wrap tengah hari. haa

Air green tea ni wajib la pepetang bagi hilang dahaga gitew

Menu tengah hari kat kedai makan. nyum nyum nyum 👍

Telur separuh masak dengan lada dan garam sikit

Menu full satu hari

Keledek manis dan dada ayam gril, timun jepun dan salad

nasi, ayam gril, apple, timun jepun

breakfast malasan
roti wholemeal, timun jepun, telur halfcook

makan kat kedai, cari ikan bakar dengan ulaman sahaja, air kosong behind the scene

breakfast roti wholemeal, susu dan oren

yang ni dari ayamas. sedap wei. recommended. very healthy

menu paling malas untuk lunch hehehe
kobis bunga, telur rebus, salad, limau nipis

telur sebiji, sata ikan, salad, lada sulah

ikan siakap stim penuh masam manis kehidupan

ikan tenggiri gril, sayur tauge kot, salad, baby tomato, sos yogurt madu minyak bijan lemon. sedap oo

sup ayam suci murni

Baked bean, carrot & dada ayam gril, timun jepun fav ever untuk lunch. 
Breakfast halfcook egg.

Banyak lagi menu nak share ni, nanti kita share lagi. haa menu simple2 dan affortable.

07 February 2019

Weight Loss Challenges


Berat 69 kg

Salam kesedaran selepas berpantang dan masuk kerja baju semua sendat kat perut dengan paha.. buat mak stress level 9.5/10 huh. so mari lah berdiet secara serius ya.. 

sebenarnya ok lg boleh control stress tu tapi kebetulan ada pula weight loss challenge kat office ni, kita join juga la. Sebab seronok sikit ada kawan2 yang sama2 nak mengurus dan pantau gaya hidup sihat kita. haa

Alhamdulillah program wlc dapat gak turun 5.8 kg dalam masa 8 minggu. yahoo wei. harap boleh turun lagi target nak 53kg.. haa 

before wlc 65.1kg, after 59.3kg.
target 53kg,. sekarang BMI dan normal tapi sajala nak bagi lagi fit kan.. so lagi 6.3kg nak kena buang.. bertabahlah. heh..

cara aku diet takla extrem tak makan nasi ke apa.. kena kira kalori, suku-suku separuh juga. air minum banyak-banyak.. pastikan boleh membuang on time gitu.. bersenam mana sempat haa..

Sekian.

21 April 2014

Senaman Perut

Lately, sangat ketara kebuncitan perut ni. Jadi mulalah kelam kabut cari solutionnya. Sejak anak dara pun dah buncit tapi tak la ketara macam ni dan masih ada masa ke gym, jogging, hiking dan seangkatannya. Orang dah biasa aktif dengan riadah dan bila dah lama tak buat rasa something wrong somewhere. Tiba hari cuti, melekat dengan Cik Aina jadi kelaut lah semua aktiviti riadahku. Googling je cari solution, found out this image. Sumber goole dari web page Cikgu Fitness Kevin Zahri.

Macam best je kalau dapat join kelas Cikgu Kevin ni kan. InshaaAllah akan diusulkan kepada hubby. heee- 

Berikut apa yang aku tengah usahakan. Jangan hangat-hangat taihi ayam sudah. haaa- Senaman mudah kat dalam bilik pun boleh workout. Buat sekali last Saturday, pecah peluh mak nak. Penat dan sakit badan. hooo..Nampak sangat dah lama tak buat. Rasanya bagus buat kat open air lepas jonging seround dua dari terus jump to circut routine kot. haa, Mak dah salah teknik. hee- Takpe, ini baru permulaan. Lepas ni kena cuba cari masa buat kat Lake Valley ke, Taman Tasik Sri Permaisuri ke, Tasik Perdana ke.. huhuhu.. Ada hubby lagi best. Hubby memang otai bab macam riadah ni.Tak terikut kalau join hubby workout.



Setelah penat dan sakit satu badan ni, nampak juga la hasilnya. Jaga makan macam biasalah lepas ni. Semoga berjaya mengempiskan perut. hee-

Sekian.
let me be me

03 January 2013

10 Tips Diet Sihat

Mesti ramai di antara anda yang berazam nak kuruskan badan, kan? Tapi, untuk menguruskan badan anda ke tahap ideal, ia bukanlah semudah yang disangka. Anda perlukan komitmen untuk merealisasikannya. Berikan diri anda ruang, masa dan usah cepat berputus asa. Anda pasti boleh!

Kalau anda beriya-iya nak kuruskan badan, sebaik-baiknya usahakannya secara semulajadi. Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat sedikit, ianya pasti berbaloi.


Salah satu kebaikannya dapat anda lihat melalui kulit. Kulit akan kekal sihat dan tetap tegang sama seperti sebelumnya.

Justeru, terdapat 10 tips ringkas yang boleh anda amalkan demi mencapai impian tersebut iaitu:

1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.

Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.

2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.

Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.

3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.

Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.

5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.

6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

Sebagai contoh:

Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,
Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),
Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)
Minum petang (3.30 - 4.00 petang)
Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)

Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.

7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.

8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.

Sebagai contoh:

Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.

Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.

10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.

Semoga 10 tips kuruskan badan di atas dapat membantu anda kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal.

Selamat Mencuba!
p.s: Anda masih tak puas hati dengan cara menguruskan atau menurunkan berat badan di atas tadi?

p.p.s: Apakan daya, itulah saja yang termampu saya kongsikan di ruangan ini. Bagi penerangan lebih lengkap, anda boleh dapatkan cara kurangkan 5 kg dalam masa yang singkat yea.
putripuzzle : let me be me

23 November 2011

Di Sebalik Air Sejuk


1. Air sejuk yg hening dpt menolong pesakit insomnia yg sukar tido agar dpt kembali tido spt biasa.
2. Org yg tido dlm udara yg sejuk & bselimut utk mmanaskn tubuhnya adalh kombinasi yg baik utk mjaga kesihatan scara menyeluruh. 
3. Udara panas lebih mmudahkan penyebaran penyakit bjangkit krn bakteria lebih agresif & cpt mbiak dlm cuaca begini.
4. Liputan ais d Antartika & Artik adalah pengimbang dasar bumi yg sgt panas.
5. Kombinasi dlm bumi yg panas & luaran bumi yg sejuk adalh rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yg mengawal graviti & pergerakan bumi pd paksinya.
6. Ais @ air sejuk dpt mengembalikan memori @ sifat pelupa yg keterlaluan.
7. Dengan mengunyah ais anak kita dpt menguatkan giginya & benarkan mrk mkn aiskrim scara perlahan2 & bterusan sehingga batuknya hilang dlm masa bberapa jam krn dgn mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa 1 minggu utk mlegakan batuk secara total.
8. Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran & kepantasan pergerakan.
9. Ais amat dperlukan oleh mana2 atlit sukan dlm kcederaan yg x dsangka2kan.


10. Air sejuk @ aisi djadikan bahan perencat kpd kecederaan yg akut spt demam panas yg biasanya diidapi oleh bayi yg mpunyai potensi mhidapi penyakit sawan.
11. Air sejuk adalh terapi yg amat popular sbg penguat tulang yg tlah patah dgn syarat ia dbalut dgn kain hitam.
12. Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pd suhu yg tinggi @ yg tlh tkena panas cahaya matahari yg pastinya akan mganggu sistem deria pd kulit.
13. Air sejuk scara psikologinya amat dtakuti oleh pesakit yg mengalami gangguan jin @ dkuasai oleh unsur2 spiritual yg jahat.
14. Air sejuk mpunyai nada bunyi dlm tekanan rendah yg amat lembut lg harmoni.
15. Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.
16. Air sejuk akan mningkatkan sistem imun yg luar biasa sbg tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan & jangkitan.
17. Air sejuk mpunyai daya rangsangan yg boleh mengembalikan smangat org yg tlah hilang spt pengsan, gila @ koma utk kembali sedar..
18. Oksigen & hidrogen bersifat panas & ia menguasai bahagian perut. Adalah mjadi 1 kesalahan mmulakn amalan pemakanan d waktu pagi dgn unsur2 yg panas. Minumlah seteguk air sejuk d awal pagi krn ia akan menguatkan perut.

putripuzzle : let me be me