Showing posts with label VivaC. Show all posts
Showing posts with label VivaC. Show all posts

24 September 2012

Status FB yg Nonsense !!!

Salam all.. 

Hari ni, alhamdulillah.. setelah selesai semua kerja kat office, masih ada masa berbaki; so tetiba terus rajin la plak nk clean up CPU, kekemas dokumen, fail n folder² dlm PC ni an. dan kemudian terjumpa la print screen fb 'brainstroming' aku dulu, bulan 3/2012.. 'brainstroming' la sgt.. hihihi~ melayan emosi orang je sebenarnye. Setelah sekian masa berdiam diri, hari ni terpanggil² la plak utk respon tentang status Fb y bg aku sgt nonsense. Minta maafla kat empunya status if anda terperasan entry ni. Jangan marah taw.. ni sebagai iktibar bersama aje.

Ini antara luahan peribadi individu y salah faham dgn aku....

#jangan memain dgn aku, siap print screen bahan bukti lagi tu... hahahaha

Tapi aku rasa aku sgt cool time tu. sbb xde sbb utk aku melatah xtentu arah pun. Lagipun aku mengambil sikap y sgt rasional dan sgt berhati² dlm menjawab semua masalah salah faham antara aku dan beberapa individu y lain. Alhamdulillah, aku dapat bersabar tanpa mengeluarkan kata² y xbaik kpd individu² berkenaan dan masih dapat bersabar bila diri disalahertikan. humm.. aku xrasa semua org blh behave mcm aku dalam situasi masa tu. hakhakahak.. nk riak la plak.. astaghfirullahalazim...

Sebelum aku nak hurai lagi panjang, aku bagi sinopsis isu 'brainstroming' tu dulu ea.. supaya xde y salah faham... 

1st of all secara peribadi bagi aku tu masalah y sgt kecil. Boleh selesai dgn budi bicara dan xperlu kot keluarkan statement nonsense kat FB. (khas utk aku plak tu, agak²la kalau aku y engkau maksudkan? ke aku je perasan? ngeee~ tula post kat FB, sape nk perasan die punye pasal la kan.. so sekarang aku dah terperasan.. salah siapa? ) pikir²kanlah.... 

Kalau aku, punyala fikir berjuta² kali nak post status mcm tu.. bukan apa, takut orang chop aku seorang y emosional. Padahal, xde benda pun nak serabut²... atau FB diwujudkan sebagai medium meluahkan perasaan?!! humm...

Aku dapat detect masalah individu² ni berdasarkan printscreen FB tu & beberapa message antara kami. Bahan bukti kat message lagilah pjg lebar. xlarat nk printscreen.. sentap sgt hati bila baca. S.A.B.A.R je penawarnya....

1) Mungkin mereka bermasalahnya bila beranggapan orang lama (iaitu aku) cuba memecah-belahkan kelab (dulu xke aku turut membangunkan kelab, xke bodoh aku nak sia²kan usaha aku dulu? memang kelautan lah statment FB individu berkenaan..) 

2) Mungkin mereka bermasalahnya bila beranggapan orang lama (iaitu aku) cuba menggagalkan usaha murni / cuba merampas tahta? ingat aku ni GK (gila kuasa) sangat ke? hadap sgt ke pangkat y manusia bagi ni? 500% aku xfaham kenapa individu² berkenaan rasa sgt terancam dgn kewujudan aku? sumpah xde niat nak datang balik / nak come back ke ape... and buat kerja 'buang' orang mcm y dia nyatakan kt printscreen FB tu.. sumpah wallahi...

3) Individu ni cakap aku seorang y unmatured. Masa tu aku memang sedih giler dgn kenyataan dia kat FB tu. tapi aku banyak sabar. Aku sabar. Allah tahu aku sabar. Aku sikit pun xmelatah dgn statement dia tu. Biarlah Allah tahu apa y terbuku kat lubuk hati aku ni. Allah itu Maha Mengetahui.. Biar aku buruk di mata manusia, tidak dihadapannya. Wallahualam..

4) Pastu cakap lagi aku ni xpikir panjang bile buat keputusan... suka hati je nak stereotype aku ni jenis y macam tu, y macam ni.. kau lahirkan aku ke? kau kenal aku 100% ke?.. xkan... huhuhuhukhukhuk~

Tujuan aku panjang lebar karang entry ni bukan niat nak cari masalah dgn individu² berkenaan lagi. Aku cuma sharing apa telah berlaku dlm hidup aku. Andai individu² berkenaan terbaca entry aku ni, aku harap korang xcepat melatah. Aku dah maafkan korang, dan aku tahu, aku mungkin ada salah y aku xsedari dgn korang, so aku juga mohon diampunkan segalanya. Cukuplah apa y telah terjadi. Aku nak korang faham aku bukan seperti y korang sangkakan. Aku suka kedamaian dan ketenangan.

Sekian.
putripuzzle : let me be me

03 October 2011

Perletakan Jawatan

Tuan,

PERLETAKAN JAWATAN

Berdasarkan maklumat yang dirujuk di atas, saya Nurhaniza binti. Jaafar memangku jawatan Naib Setiausaha di Kelab Bermotor Perodua Viva Malaysia meletakkan jawatan yang akan berkuatkuasa pada 8 Oktober 2011. Sepanjang tempoh ini, saya akan menyerahkan semua tugas dan dokumen berkenaan kelab kepada setiausaha induk untuk tindakan selanjutnya.

2. Justeru itu, saya ingin memohon maaf sekiranya tindakan saya ini meninggalkan kesan ke atas kelab tuan, tujuan saya mengemukakan permohonan perletakan jawatan ini adalah disebabkan saya tidak mempunyai banyak waktu, minat dan komitmen untuk terus melaksanakan tugas dalam kelab. Saya amat berterima kasih di atas kesudian pihak tuan memberi tunjuk ajar dan membimbing saya selama ini.

Dengan itu, saya amat berharap kesudian pihak tuan memberi kerjasama di dalam permohonan ini.

Sekian, terima kasih


**surat dah serah. harap xde masalah lg lepas ni. everything should be as clear as crystal.

putripuzzle : let me be me

01 July 2011

Fun-fun at Genting Highlands

Last week on 25 Jun 2011 (Saturday), my friends (VivaC's ones) and I went to Genting Highlands for games at theme park. The day was awesome and I had so much fun. Its really make me feel good. Even I'm all 'alone'... I know someone is always be beside me. I love you.

Here's some photos that have been taken on the day.. =))

Space Shot oke..Best !!!
buaian ni, 2x aku layan... best juge !!
With Hana With Mr. Bear...
With Vivarians..
putripuzzle : let me be me

18 May 2011

JJ - with VivaC Perak

Tarikh : 14 Mei 2011 (Sabtu)
Lokasi 1 : Hutan Lipur, Ulu Kenas di Kuala Kangsar

Best sangat pergi ke Ulu Kenas.. rase semangat.. rase tenang... xde masalah.... Alhamdulillah. :)
Pergi dengan Azmie.. sebab Ain kene keje.. nasib la blh tinggal kat umah Ain. ingat nak stay rumah sis Aqma.. tapi sis kene temankan family die ke KL plak. xpela.. Pagi tu sarapan pagi dengan Azmie. Mee Kicap Salibin if xsilap.. sedap..

Aktiviti kt ulu kenas, mcm biasa dan seperti dirancang, mandi-manda dan bbq.. semua selera. terbaik. Abg Uni dgn Ain datang lambat. Lagi meriah bile dorg sampai. happy sangat. :)

On the way balik ke Ipoh kitorang kumpul kat Dataran Kuala Kangsar. After that, semua terus balik Ipoh. Aku, Nana n Hazizul je stay back kt Kuala kangsar (KK). Nana mengidam Cendol n Laksa KK... Sedap. Layan ah pepetang tu. TQ Nana bawa niz, Tq Hazizul banjer kitorg.. Next time banje lagi tau. hehehe..

Hazizul balik umh die je area KK, aku n Nana teruskan perjalanan ke Ipoh, n singgah kat office Shah.. Lepak dgn dorg kejap. Topik kedai kopi, "Yok lenjan Cameron Highlands"... Aku mmg nak g sangat².. terus jadi excited xsabor.. ahaha.. Abg Uni kate "if dorg xjadi pergi CH, Abg Uni tetap nak bawa aku ngan Ain ke sane" best la.. sayang Abg Uni.. hehe. TQ give me hope n make my day. :))

Tarikh : 15 Mei 2011 (Ahad)
Lokasi 2 : Cameron Highlands, Pahang

Kitorang gerak dari Ipoh jam 12.15pagi macam tu.. Aku tumpang Hazizul. "Bawa hati² ye Zul, Niz xkawen lagi.." hehe..ayat standart aku bile menumpang pakwe jiwa muda. takut dorg ber'F1' je on the way naik CH nanti. huhuhu.. Jalan ke atas agak seram.. aku nak temankan Zul tapi dah ngantuk sangat. mata dah xleh nak bukak. hanyutlah aku time tu.. harap Zul bawa dgn berhati²... n semua selamat sampai ke CH.

Lepak kat Tanah Rata, ada mamak kat situ so layan kan aje.. dalam kul 2-3pagi semua dah terbongkang dalam keta memasing. aku tido dgn Nana.. sejuk amat nih. Bagus kalau dapat tido kat hotel/inn ke.. xde la sejuk mcm tu kot. Xpela, semua pun tido dalam keta, layankan aje. bukan selalu. ngeh²..

Pepagi 1st place y kitorg pegi is Taman Agro. ada banyak strawberi, sayuran, kaktus dll.. makan sundae strawberi n layan walfer. mmg asyik !!mesti repeat lagi next time..

Then g shopping kat pasar pagi, meriah betul...mcm² ado. beli strawberi, souviner, sayur then balik. TQ Abg Uni banje gak Niz, xpela..taw banje ade makne kan.. hehehe..

Last place kat Ladang BOH tea. minum tea sambil rileks², port meja kitorg terbaik. betul² kt balkoni nye.. terbaik.. :))

At the end for the whole weekend, I just enjoy my self with VivaC Perak Crews.. TQ for everything. TQ for the smile.. nanti kite repeat lagi k.. Niz dah rindukan korang selalu ni...

putripuzzle : let me be me

12 April 2011

VivaC's 3rd Annual General Meeting

Lokasi : Institut Pertanian Serdang
Tarikh : 09 April 2011 (Sabtu)


Alhamdulillah..... usaha aku, Sis Wid, Op dan Taha semuanya berjalan lancar. Minta maaf jika ada kurang di mana² sepanjang berlangsungnye event ni.. That day, aku sangat² suka.

Tahun ni, turun pangkat as Naib Setiausaha Induk je. Sis Wid take over my last year position as Setiausaha Induk and she deserved it. She helps me a lot for the passed. I had learned much. Thank You Sis Wid. :))

Terima kasih for all vivac crew y hadir pada hari y berkenaan. Happy sangat dengan kehadiran korang. Harap dapat kumpul ramai² and jumpa lagi nanti. Nantikan kemunculan Family Day/Anniversary VivaC ke-4. huhuhu.. can't wait. 

putripuzzle : let me be me

22 February 2011

Make Over Sekejap

tak sangka pun akan di make over hari ni.. agak best and excited. pepagi dah sesiap on go beraktiviti ke Karnival Anggerik Mall.. 

~bersama kak kina dan dee~
sementara tunggu krew sampai, kami layan fotogedik... huhu

inilah hasil make over.. hihi
 not bad juga kan make up dari MARA"s Student ni.. TQ ye adik².. :)

putripuzzle : let me be me

20 December 2010

Kaki Motor Member's Day 2010

Salam 1 Malaysia...

hari semalam, xtau la nak gembira ke atau nak bersedih...
betul ek cakap orang tetua dulu..
kalau gembira sangat pastu mesti ada kesedihan. atau ianya hanya satu kebetulan?
story yang gembira dulu la k.....
semalam hari betul terisi dengan aktivit y berfaedah.. happy dgn kawan² sekelab... enjoy tgk drift.. enjoy meraikan kemenangan member y participate autoshow.. enjoy the goodies...
bersama kitty KureSya. menang gak ni...
Kereta viva yang menyertai autoshow kategori k-car extreme modification  menang 1st prize ok.
tahniah to owner. richard.
terror giler.. terpegun la kejap. hehe..
sangat enjoy k. sampai hampir tertelan habuk tayar.. yewks !!
inilah dia sang drifter. kawan si Afiq. muda lagi.. wah !! kecik² da terror drift kan.. fuh !!
antara aksi yang dipertontonkan. giler berani dak neo tu keluar tingkap, punya la nak menunjukkan betapa berskillnya sang drifter itu !! fuh !!

nak tengok gambar lebih lanjut boleh klik di sini.


hari tu memang best. tapi xbermakna kan kalo tak dishare dgn yang tersayang..............
semuanya sia-sia..............

putripuzzle : let me be me

16 December 2010

Geng JJ 2009


Geng JJ - perkenalan dari VIVAC.. mengeratkan siratulrahim.. suka duka bersama. hmm, kami tidak sempurna.. kami juga tidak mencari kesempurnaan pada diri yang bergelar manusia. harap semua pun bahagia dan happy sahaja. hidup dlm ketenangan dan kedamaian itu yang paling utama.


ada lagi gambarnye ni.. xsempat nk upload.. :)

JJ Wangsa Maju 2 - 17 Okt  2009 - Sabtu

putripuzzle : let me be me

10 November 2010

VIVAC

-event AFOS di Litar Sepang-
Event AFOS ni pada Bulan Mei/Jun (tak ingat daa) hmm,chare gak spect si Fai ni.. TQ bagi niz pinjam time panas terik tu. hee~ ok, di sekitar nampaknya di situ kelihatan payung VIVAC, kumpulan kereta ahli VIVAC, t-shirt VIVAC dan jangan tak tau, kelihatan di situ juga jam tangan PERODUA. hee~ 

Selaku setiausaha VIVAC, hmm~ banyak juga pengalaman yang mematangkan.. even perlantikan tidak dijangka, terima keputusan apa adanya. terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. Due date da nak dekat.. bulan 3 ni tamat la tempoh perkhidmatan. sedang cuba sedaya upaya untuk memperbaiki keadaan semasa kelab.  harap semuanya berjalan lancar. sama² doakan ye. Ameen..

In love with VIVAC forever.. 


putripuzzle : let me be me

20 October 2010

RAE - Radio Amateur Examination 2010

Assalamualaikum..

Baru selesai isi borang RAE. hmm, dalam keterpaksaan, ku relakan jua. harap tak sia-sia usaha orang sekeliling ku dan diriku sendiri.

Sape lagi nak join ambil exam ni, boleh download kat link ni ye.

Borang Permohonan RAE 

Sekian, terima kasih.

putripuzzle : let me be me

08 June 2010

VIVAC - Perkhemahan Perdana di Ulu Bendul --> Pendakian Gunung Angsi, Negeri Sembilan

Gunung Angsi (825meters) berjaya di tawan... Seramai 26 orang ahli VIVAC telah berjaya ke puncak Gunung Angsi pada 6 Jun 2010 (Ahad), jam 11.05 pagi :) i'm proud to be part of the team.. Go VIVAC!!!

20 May 2010

3rd VIVAC Anniversary - Desaru Damai Beach Resort, Johor

Mood : Excited + Happy

Salam ceria~
Good morning dan Selamat sejahtera kepada semua..


Kek Ulang Tahun Vivac ke-3
huhuhu.. xsabar nak holiday ke Johor.. Meraikan ulang tahun ke-3 penubuhan Kelab VIVAC di Malaysia. Mane nak cari baju ikut tema ni.. hmm, Tema pakaian formal,warna PUTIH + HITAM. Mesti semua pun hensem tampan ayu dan bergaya malam tu. huhu.. ape plak ghope ku kan.. hehe.. Pada follower yang berminat nk join, penyertaan masih dibuka hingga ke esok shj (21 Mei 2010/Jumaat). So confirm la cepat-cepat and membayor ler.. ekekeke~ Maklumat lanjut boleh refer ke Perodua Viva Kelab Malaysia.

Pejam celik dah dekat setahun ku dgn kelab ni. Daftar ahli premium masa Go Youth Kt Bukit Jalil. xsilap 25 Julai 2009. Precious moment has begun~ Sepanjang join kelab ni, byk gak la y ku dah belajar. Ttg data management, event management as well as personal development and friendship. Kenal ramai orang. Orang pun ramai kenal ku. secara xlangsung der~ hehe.. Terima kasih kat Abg Iqbal. He the one who bring me in to the club. Thanks a lot.. Terima kasih kepada semua yang telah memeriahkan hidup niz. Love all of you. Muah :)

Malam ni, cari baju y sesuai dan kelengkapan ke anniversary.. hmm nk pakai baju formal gaye ape ek.. kene surf nampaknye.. usha sikit tgk~ nak travel jauh ni, jangan la ada y terlupa bawak nanti.
  1. kosmetik
  2. berus gigi
  3. sabun + syampoo
  4. baju terjun laut (kalo ade peluang la)
  5. baju tido
  6. baju dinner
  7. baju balik
  8. baju santai
  9. kain sembahyang
  10. tuala
  11. kain batik
  12. bantal love
  13. selimut
    *ade lagi ke y terlupa nak list down~
Ok dah kot. Jumpe nanti kawan-kawan VIVAC. Nantikan kemunculan kami ok.. hehe.. Doakan perjalan konvoi kami selamat sampai ke destinasi. Ameen. :)
Can' wait~

15 November 2009

14 Nov 2009 - saturday

hari y sangat busy.. pagi2 lagi dah kua town..do girls stuff (shopping) n done -happy. evening..follow kak mai n d geng.. ask,zaidi n ali.. went to Majlis Mesra Belia Hulu Langat. dapat souvenir shawl n cd (girl rock 2) - happy.mlm.. g tasik permaisuri n mkn2 kt sup meletop.. ramai y turun..more then 30persons - x ep sgt. after mkn2, naik genting.. best tp xbest. sbb missing someone.. sad.