24 September 2012

Status FB yg Nonsense !!!

Salam all.. 

Hari ni, alhamdulillah.. setelah selesai semua kerja kat office, masih ada masa berbaki; so tetiba terus rajin la plak nk clean up CPU, kekemas dokumen, fail n folder² dlm PC ni an. dan kemudian terjumpa la print screen fb 'brainstroming' aku dulu, bulan 3/2012.. 'brainstroming' la sgt.. hihihi~ melayan emosi orang je sebenarnye. Setelah sekian masa berdiam diri, hari ni terpanggil² la plak utk respon tentang status Fb y bg aku sgt nonsense. Minta maafla kat empunya status if anda terperasan entry ni. Jangan marah taw.. ni sebagai iktibar bersama aje.

Ini antara luahan peribadi individu y salah faham dgn aku....

#jangan memain dgn aku, siap print screen bahan bukti lagi tu... hahahaha

Tapi aku rasa aku sgt cool time tu. sbb xde sbb utk aku melatah xtentu arah pun. Lagipun aku mengambil sikap y sgt rasional dan sgt berhati² dlm menjawab semua masalah salah faham antara aku dan beberapa individu y lain. Alhamdulillah, aku dapat bersabar tanpa mengeluarkan kata² y xbaik kpd individu² berkenaan dan masih dapat bersabar bila diri disalahertikan. humm.. aku xrasa semua org blh behave mcm aku dalam situasi masa tu. hakhakahak.. nk riak la plak.. astaghfirullahalazim...

Sebelum aku nak hurai lagi panjang, aku bagi sinopsis isu 'brainstroming' tu dulu ea.. supaya xde y salah faham... 

1st of all secara peribadi bagi aku tu masalah y sgt kecil. Boleh selesai dgn budi bicara dan xperlu kot keluarkan statement nonsense kat FB. (khas utk aku plak tu, agak²la kalau aku y engkau maksudkan? ke aku je perasan? ngeee~ tula post kat FB, sape nk perasan die punye pasal la kan.. so sekarang aku dah terperasan.. salah siapa? ) pikir²kanlah.... 

Kalau aku, punyala fikir berjuta² kali nak post status mcm tu.. bukan apa, takut orang chop aku seorang y emosional. Padahal, xde benda pun nak serabut²... atau FB diwujudkan sebagai medium meluahkan perasaan?!! humm...

Aku dapat detect masalah individu² ni berdasarkan printscreen FB tu & beberapa message antara kami. Bahan bukti kat message lagilah pjg lebar. xlarat nk printscreen.. sentap sgt hati bila baca. S.A.B.A.R je penawarnya....

1) Mungkin mereka bermasalahnya bila beranggapan orang lama (iaitu aku) cuba memecah-belahkan kelab (dulu xke aku turut membangunkan kelab, xke bodoh aku nak sia²kan usaha aku dulu? memang kelautan lah statment FB individu berkenaan..) 

2) Mungkin mereka bermasalahnya bila beranggapan orang lama (iaitu aku) cuba menggagalkan usaha murni / cuba merampas tahta? ingat aku ni GK (gila kuasa) sangat ke? hadap sgt ke pangkat y manusia bagi ni? 500% aku xfaham kenapa individu² berkenaan rasa sgt terancam dgn kewujudan aku? sumpah xde niat nak datang balik / nak come back ke ape... and buat kerja 'buang' orang mcm y dia nyatakan kt printscreen FB tu.. sumpah wallahi...

3) Individu ni cakap aku seorang y unmatured. Masa tu aku memang sedih giler dgn kenyataan dia kat FB tu. tapi aku banyak sabar. Aku sabar. Allah tahu aku sabar. Aku sikit pun xmelatah dgn statement dia tu. Biarlah Allah tahu apa y terbuku kat lubuk hati aku ni. Allah itu Maha Mengetahui.. Biar aku buruk di mata manusia, tidak dihadapannya. Wallahualam..

4) Pastu cakap lagi aku ni xpikir panjang bile buat keputusan... suka hati je nak stereotype aku ni jenis y macam tu, y macam ni.. kau lahirkan aku ke? kau kenal aku 100% ke?.. xkan... huhuhuhukhukhuk~

Tujuan aku panjang lebar karang entry ni bukan niat nak cari masalah dgn individu² berkenaan lagi. Aku cuma sharing apa telah berlaku dlm hidup aku. Andai individu² berkenaan terbaca entry aku ni, aku harap korang xcepat melatah. Aku dah maafkan korang, dan aku tahu, aku mungkin ada salah y aku xsedari dgn korang, so aku juga mohon diampunkan segalanya. Cukuplah apa y telah terjadi. Aku nak korang faham aku bukan seperti y korang sangkakan. Aku suka kedamaian dan ketenangan.

Sekian.
putripuzzle : let me be me

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana menyokong blog ini.
Keep in touch ya..
:)