Salam..
Semalam terjolok 'sarang tebuan' da.. humm.. felt sorry to my self. Nasib la awak cool je even 'tebuan' tu sengat awak berkali². masih blh dtg office dan post entry ni. ngeee~
Alhamdulillah.
putripuzzle : let me be me
Showing posts with label akibat bila suka mencari kesalahan orang lain. Show all posts
Showing posts with label akibat bila suka mencari kesalahan orang lain. Show all posts
26 September 2012
24 September 2012
Status FB yg Nonsense !!!
Salam all..
Hari ni, alhamdulillah.. setelah selesai semua kerja kat office, masih ada masa berbaki; so tetiba terus rajin la plak nk clean up CPU, kekemas dokumen, fail n folder² dlm PC ni an. dan kemudian terjumpa la print screen fb 'brainstroming' aku dulu, bulan 3/2012.. 'brainstroming' la sgt.. hihihi~ melayan emosi orang je sebenarnye. Setelah sekian masa berdiam diri, hari ni terpanggil² la plak utk respon tentang status Fb y bg aku sgt nonsense. Minta maafla kat empunya status if anda terperasan entry ni. Jangan marah taw.. ni sebagai iktibar bersama aje.
Ini antara luahan peribadi individu y salah faham dgn aku....
#jangan memain dgn aku, siap print screen bahan bukti lagi tu... hahahaha
Tapi aku rasa aku sgt cool time tu. sbb xde sbb utk aku melatah xtentu arah pun. Lagipun aku mengambil sikap y sgt rasional dan sgt berhati² dlm menjawab semua masalah salah faham antara aku dan beberapa individu y lain. Alhamdulillah, aku dapat bersabar tanpa mengeluarkan kata² y xbaik kpd individu² berkenaan dan masih dapat bersabar bila diri disalahertikan. humm.. aku xrasa semua org blh behave mcm aku dalam situasi masa tu. hakhakahak.. nk riak la plak.. astaghfirullahalazim...
Sebelum aku nak hurai lagi panjang, aku bagi sinopsis isu 'brainstroming' tu dulu ea.. supaya xde y salah faham...
1st of all secara peribadi bagi aku tu masalah y sgt kecil. Boleh selesai dgn budi bicara dan xperlu kot keluarkan statement nonsense kat FB. (khas utk aku plak tu, agak²la kalau aku y engkau maksudkan? ke aku je perasan? ngeee~ tula post kat FB, sape nk perasan die punye pasal la kan.. so sekarang aku dah terperasan.. salah siapa? ) pikir²kanlah....
Kalau aku, punyala fikir berjuta² kali nak post status mcm tu.. bukan apa, takut orang chop aku seorang y emosional. Padahal, xde benda pun nak serabut²... atau FB diwujudkan sebagai medium meluahkan perasaan?!! humm...
Aku dapat detect masalah individu² ni berdasarkan printscreen FB tu & beberapa message antara kami. Bahan bukti kat message lagilah pjg lebar. xlarat nk printscreen.. sentap sgt hati bila baca. S.A.B.A.R je penawarnya....
1) Mungkin mereka bermasalahnya bila beranggapan orang lama (iaitu aku) cuba memecah-belahkan kelab (dulu xke aku turut membangunkan kelab, xke bodoh aku nak sia²kan usaha aku dulu? memang kelautan lah statment FB individu berkenaan..)
2) Mungkin mereka bermasalahnya bila beranggapan orang lama (iaitu aku) cuba menggagalkan usaha murni / cuba merampas tahta? ingat aku ni GK (gila kuasa) sangat ke? hadap sgt ke pangkat y manusia bagi ni? 500% aku xfaham kenapa individu² berkenaan rasa sgt terancam dgn kewujudan aku? sumpah xde niat nak datang balik / nak come back ke ape... and buat kerja 'buang' orang mcm y dia nyatakan kt printscreen FB tu.. sumpah wallahi...
3) Individu ni cakap aku seorang y unmatured. Masa tu aku memang sedih giler dgn kenyataan dia kat FB tu. tapi aku banyak sabar. Aku sabar. Allah tahu aku sabar. Aku sikit pun xmelatah dgn statement dia tu. Biarlah Allah tahu apa y terbuku kat lubuk hati aku ni. Allah itu Maha Mengetahui.. Biar aku buruk di mata manusia, tidak dihadapannya. Wallahualam..
4) Pastu cakap lagi aku ni xpikir panjang bile buat keputusan... suka hati je nak stereotype aku ni jenis y macam tu, y macam ni.. kau lahirkan aku ke? kau kenal aku 100% ke?.. xkan... huhuhuhukhukhuk~
Tujuan aku panjang lebar karang entry ni bukan niat nak cari masalah dgn individu² berkenaan lagi. Aku cuma sharing apa telah berlaku dlm hidup aku. Andai individu² berkenaan terbaca entry aku ni, aku harap korang xcepat melatah. Aku dah maafkan korang, dan aku tahu, aku mungkin ada salah y aku xsedari dgn korang, so aku juga mohon diampunkan segalanya. Cukuplah apa y telah terjadi. Aku nak korang faham aku bukan seperti y korang sangkakan. Aku suka kedamaian dan ketenangan.
Sekian.
putripuzzle : let me be me
13 March 2012
Akibat Bila Suka Mencari Kesalahan Orang Lain
Akibat Bila Suka Mencari Kesalahan Orang Lain- Semakin hari, semakin banyaknya hari yang berlaku di dalam masyarakat kita hari ini yang suka mencari kesalahan, kesilapan, keburukan dan kelemahan orang lain. Kelihatan ianya sudah menjadi sketsa dan agenda harian kita hari ini dan hari-hari yang seterusnya untuk terus menuding jari demi mengali kekhilafan yang ada pada diri seseorang.
Adakah drama yang berlaku harus di teruskan di dalam episod akan datang. Kerana ini bukan setakat di dalam kehidupan biasa yang kita lihat ianya terjadi, seakan-akan di dalam arena politik juga sudah menjadi mazhab utama mencari kesalahan orang lain demi memonopoli tunggak kejayaan pemerintahan. Adakah ini di katakan kemajuan yang kita banggakan pada mata negara luar selama ini.
Adakah ini semua yang kita pelajari di dalam kemuliaan agama islam kita sendiri. Seolah-olah kita sendiri mengandaikan di mata "si bukan islam" bahawasanya Rasul yang tercinta mengajar kita supaya menjadi sebegini. Akhirnya ianya menjadi songsang sedangkan islam itu suci dan bersih sejak azali.
Memang benar kata anda. Setiap kesalahan yang berlaku haruslah di tegur, setiap kezaliman yang terjadi mesti kita perangi dengan berani. Tapi senario yang berlaku hari ini membuatkan saya pelik melihat kejahilan mereka dalam membezakan di mana maksud kesalahan, apa itu kezaliman. Jangan kita lupa, setiap apa yang kita lihat, tidak akan sama kebenaran dengan apa yang kita fikirkan. Jangan kerana terlalu terikut-ikut dengan agenda orang sekeliling, kezaliman tersebut di tuding semula di padang mahsyar kelak. Kerana yang saya tahu, zalim itu di jatuhkan ke atas seseorang jika menuduh orang yang di tindas dan mereka yang benar-benar tidak bersalah. Anda tahu apa upahnya jika anda menjadi seorang yang zalim?
Secara kesimpulannya, menegur memang di wajibkan ke atas kita sebagai orang islam. Tapi janganlah kerana terlalu mengejar selembar pahala, kita menerima lebih dosa dari pahala. Menegur demi kebaikan, bukannya kerana perasaan. Kerana hasil perkongsian perasaan kebiasaannya akan di dampingi oleh iblis dan syaitan. Sebab itu nenek moyang kita selalu berpesan, "Jangan Terlalu Mengikutkan Perasaan". Akibatnya padah yang kita terima di telapak tangan kita sendiri.
Apa salahnya kita menegur untuk kebaikan bersama, bukan kerana kepentingan nafsu amarah yang tak ke mana.
putripuzzle : let me be me
Subscribe to:
Posts (Atom)
