13 March 2012

Akibat Bila Suka Mencari Kesalahan Orang Lain

Akibat Bila Suka Mencari Kesalahan Orang Lain- Semakin hari, semakin banyaknya hari yang berlaku di dalam masyarakat kita hari ini yang suka mencari kesalahan, kesilapan, keburukan dan kelemahan orang lain. Kelihatan ianya sudah menjadi sketsa dan agenda harian kita hari ini dan hari-hari yang seterusnya untuk terus menuding jari demi mengali kekhilafan yang ada pada diri seseorang.


Adakah drama yang berlaku harus di teruskan di dalam episod akan datang. Kerana ini bukan setakat di dalam kehidupan biasa yang kita lihat ianya terjadi, seakan-akan di dalam arena politik juga sudah menjadi mazhab utama mencari kesalahan orang lain demi memonopoli tunggak kejayaan pemerintahan. Adakah ini di katakan kemajuan yang kita banggakan pada mata negara luar selama ini.

Adakah ini semua yang kita pelajari di dalam kemuliaan agama islam kita sendiri. Seolah-olah kita sendiri mengandaikan di mata "si bukan islam" bahawasanya Rasul yang tercinta mengajar kita supaya menjadi sebegini. Akhirnya ianya menjadi songsang sedangkan islam itu suci dan bersih sejak azali.


Memang benar kata anda. Setiap kesalahan yang berlaku haruslah di tegur, setiap kezaliman yang terjadi mesti kita perangi dengan berani. Tapi senario yang berlaku hari ini membuatkan saya pelik melihat kejahilan mereka dalam membezakan di mana maksud kesalahan, apa itu kezaliman. Jangan kita lupa, setiap apa yang kita lihat, tidak akan sama kebenaran dengan apa yang kita fikirkan. Jangan kerana terlalu terikut-ikut dengan agenda orang sekeliling, kezaliman tersebut di tuding semula di padang mahsyar kelak. Kerana yang saya tahu, zalim itu di jatuhkan ke atas seseorang jika menuduh orang yang di tindas dan mereka yang benar-benar tidak bersalah. Anda tahu apa upahnya jika anda menjadi seorang yang zalim?

Secara kesimpulannya, menegur memang di wajibkan ke atas kita sebagai orang islam. Tapi janganlah kerana terlalu mengejar selembar pahala, kita menerima lebih dosa dari pahala. Menegur demi kebaikan, bukannya kerana perasaan. Kerana hasil perkongsian perasaan kebiasaannya akan di dampingi oleh iblis dan syaitan. Sebab itu nenek moyang kita selalu berpesan, "Jangan Terlalu Mengikutkan Perasaan". Akibatnya padah yang kita terima di telapak tangan kita sendiri.

Apa salahnya kita menegur untuk kebaikan bersama, bukan kerana kepentingan nafsu amarah yang tak ke mana.

putripuzzle : let me be me

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana menyokong blog ini.
Keep in touch ya..
:)