Appoitment dengan Dr. Zulfadli di Klinik Pergigigan, Hospital Ampang pukul 8.00 pagi pada 17 Disember 2013. 2 minit je dari office aku. Lega tak payah pergi cabut gigi jejauh. Untung gakla kerja dalam hospital ni. Alhamdulillah.
Gigi graham bongsu atas dan bawah sebelah kiri |
Alkisah tersebutlah kisah gigi ronggak penyakit banyak, aku pun tak tahan kesudahannya ke doktor gigi la kita tamatkan riwayatnya. Mula-mula pegi check-up gigi. Doktor kata dua batang gigi graham aku kena let go. Kena buat minor operation. Bahasa pergigian mos kalau tak silap. Aku tanya kalau tak cabut tak boleh ke.. doktor kata gigi tu tak da fungsi pun dan akan ganggu gigi yang lain. Nanti gusi rosak pula. Jadi aku pun ok la, setuju. Doktor bagi baca agreement cabut gigi. Banyak guna terms yang aku tak faham tapi doktor dah jelaskan sebelum dia suruh aku sign surat tu.
Ini pengalaman pertama aku cabut gigi graham bongsu. Sakit dan takut aku tu bukan kepalanglah. Terketar-ketar satu badan masa doktor tengah buat kerja tu. Sampai boleh terpikir mati doktor kerjakan gigi aku ni. Suntik bius dekat 7 suntikan. Atas bawah tepi semua kena. Seram- Terasa masa doktorr korek gigi nak bagi keluar tu. pheww- Nasib baik doktor lelaki, kalau doktor perempuan macm mana gayanya ye. Larat ke nak cabut gigi graham yang akar empat ni.
Proses cabut gigi graham berjalan lancar. Selamat dua batang gigi graham aku arwah. Dah siap-siap nak balik misi bagi gigi aku yang doktor cabut tadi. Buat kenang-kenangan katanya. Harap janganla kena mos lagi lepas ni. Aku baru ingat nak buat braces kat gigi. Ntahla. Keberanian tu kejap ada kejap tak da. huhuhuu-
Sebelum bagi doktor bagi list ubat untuk ambil di farmasi dan lagi satu appointment cabut gigi graham bongsu yang ketiga di sebelah atas kanan. Tak abis lagi azab cabut gigi aku ni. phew~
Sekian.
let me be me
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana menyokong blog ini.
Keep in touch ya..
:)