02 March 2013

Selamat Tinggal BPTV

28 Feb 2013, Selamat tinggal Bahagian Teknik Dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia. Setelah berkhidmat selama 3 tahun 5 bulan, kini masanya aku membuka lembaran baru di Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Terima kasih tak terhingga kepada semua rakan-rakan sekerja terutama my bos, En. Mohd Idris Bin Hj. Salam yang bertanggungjawab menyelia kerja aku dan memberi aku banyak pengalaman dalam menjalankan tugas semasa di BPTV.

with Cik Lavendar yang senget sometimes
my gosip gilrs next table team

Genap usia kandungan 7 bulan, aku meninggalkan warga BPTV. Segala salah silap mohon diampunkan. Yang terlebih mohon dihalalkan, yang terkurang mohon diabaikan. Aamiin. heee~ Terima kasih kerana sudi mengadakan majlis makan-makan untuk meraikan perpisahan kita. Memori di BPTV akan selamanya menjadi kenangan yang mematang diri dan berharga.

Ok. Tak sempat nak pau korang hadiah baby. haa- Apa pun, terima kasih atas sumbangan pasu bunga from Miri, set hygine baby, set tilam baby dan beg baby. paling utama set pinggan mangkuk hadiah daripada bos Deris. Wah, terharu. Terima kasih daun keladi semua sekali. Alhamdulillah. Panjang umur, kita jumpa lagi. InshaaAllah.

Sekian.
let me be me

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana menyokong blog ini.
Keep in touch ya..
:)