22 July 2011

Sabar Aniz !!

Ya Allah.. hanya engkau je y mengetahui ape y terjadi kat aku. Kenapalah mereka ni buta dalam celik. Aku xkisah pun nak buat keje ni semua.. ye mmg semua ni keje aku.. jadi aku buat je semuanye.

Persoalannya, kenapa semuanya mengharap hanya pada aku untuk menmbereskan semua keje ni? y lain xwujud ke? mungkinkah aku patut bersyukur kerana lebih diberi kepercayaan dan lebih boleh diharap berbanding y lain~ y ternyata lembab dan kaki ponteng keje. huh!! terserlah kepakaranmu lah wahai rakan² sekerja y berkenaan. so xpayah la nak jadi heroin sangat konon² balik² keje berlambak atas meja kau !! keje ko y aku cover dah selamat lagi mau bising !! itu dah satu hal.. Satu hal lagi, dah keje ko, ko buat jelah. xpayah nk bising² sampai nk memekak satu ofc mengalahkan 'mama' plak.

Aku sekarang ni dah malas nk care~ sangat xheran pun kalo aku buat keje ko semua. yelakan, sebab mmg aku ditakdirkan untuk cover keje kau. Bos kau pun rela cover 'cuti' ko dan handover semua keje ko kat aku. Nampak sangat aku ni sangat berguna. so betterlah ko balik kampung cepat sikit. ade ke xde ke macam sama aje !! Aku rela xde rakan sekerja dari ade rakan sekerja mcm ko. ops~ sori. terover sbb tersakit hati, tertekanan perasaan sgt kot!!~ Aku harap ko faham sperti mana aku cuba faham keadaan ko. huhuhu...

Setiap kali nk outstation, most of the related things aku je settlekan, ko ade? ko xde beb. blik kampung honeymoon. Outreach, 1M1S nih.. ape sumbangan ko? besar sgt ke? pikir²lah. setakat wat claim (aku y photostat claim tu ko xpikir), setakat faks surat y xberape tu? (aku faks lagi banyak la wei), setakat photostat tu? huh~ aku pun sediakan bahan.. sijil² peserta outreach lagi.. ko ade buat? xde an. stiap zon purata 300 lebih sijil aku cop tau. Tag peserta outreach lg. xde memekak kat ko pun. ni baru ade rase nak luahkan dgn niat terbuka sikit mata ko tuh. Jgn ingat aku keje makan gaji buta je. hum..

Maafla, bukan nak berkira wat keje semua ni, aku cuma sgt terkilan bile dapat tau ko xnak pergi post mortem outreach! Kononnya ko dah settle wat claim so ko xnk pergi. Seolah² banyak sangat la keje ko y dah berjaya disetllekan. huh. statement org tidak bertanggungjwb beb. Terpulanglah kat ko. Aku xde hak nk halang  ko, aku kuli batak je kat sini.

Sedarlah wahai rakan sekerja wei. tolongla jgn selfish sgt mcm ko sorg je ade cuti,mc dan 'cuti'~ orang lain pun family jauh jugak, xde pun ketara sgt mcm ko. Nak cuti boleh tapi xpyh la sampai org lain jd kambing hitam ko. Kalo ko baca entry aku ni, sedar la wei. ko pun xnak kan aku or org lain buat hal y tidak adil ni pada ko? Aku nak tegur face to face dgn ko, blh je. tapi aku xnak. sbb biar la aku tegur ko dgn cara aku. Aku xnk cari pasal or bergaduh dgn ko sbb kita ni bukan budak kecik lagi. dah besar panjang pun.. sendiri blh berfikir dgn baik. sebagai seorg kawan, jadi aku ade hak tegur ko. so fikir² lah teguran aku ni.

Maafkan aku andai y berkenaan terasa, aku dah luahkan semuanya kat sini.

Over all.. Ye keje tetap keje. Kerjalah dengan ikhlas kerana kerja y ikhlas tu akan menambahkan pahala dan mendekatkan kita dgn pencipta. Bukankah kerja itu sebahagian dari ibadah? Jadi hargailah ape y ada dan bersyukur. Alhamdulillah, tetap ade keje utk mendapatkan rezeki y halal. Alhamdulillah sangat beb. terima kasih jugak kat ko dgn pengalaman ni.. Pengalaman mematangkan diri.

putripuzzle : let me be me

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana menyokong blog ini.
Keep in touch ya..
:)