14 July 2014

Iftar di KL Tower

on top view
Alhamdulillah, sampai juga aku ke KL Tower buat kali keduanya.. Ini yang pertama. Kali ni, pergi berdua dengan Cik Aina. Buddy datang ambil dengan hubby dia aka skuad aku juga.. Iftar di KL tower pun atas kemurahan hati my skuad owner Edaran Express yang menaja buffet kami. Alhamdulillah. Semoga bertambah lagi rezeki ko lepas ni Mus. kot ko baca ye.
 
resit aka tag untuk setiap seorang
Malam tu skuad yang turun 14 orang (full strenght 29 orang) bersama pasangan masing-masing dan anak-anak mereka kecuali aku. Lone ranger dengan Aina aje. Alhamdulillah aku nak tabik spring kat Cik Aina aku tu, sebab dia well behave. Terbaik. Alhamdulillah. Poyo kan puji anak sendiri tapi lantak lah aku nak puji jugak sebab nak hargai well behave dia. Nanti besar bila dia baca ni, mesti dia terharu. kan~ heee-

Alhamdulillah, semalam Aina (setahun dua bulan) tak buat perangai hodoh, Aina tak kacau aku makan, Aina tak menjerit-jerit, tak bebal depan orang dan suka senyum ramah mesra dengan kawan-kawan ibu dia ni. Aku pas pas je Aina bagi hero-hero skuad aku yang tak da anak lagi/bujang dukung Aina bila dia dah penat jalan. Tu pun masa nak balik dah dekat kul 11 malam dia dah penat nak jalan. Tak pe Ibu faham Aina. Jadi masa tu aku pun dah penat, mintala tolong kawan-kawan dukungkan Aina sampai ke parking kereta. Alhamdulillah, Semua pun happy. Dorang kata Aina klon aku. yup, of course la. aku ni mak dia. Kan~  

Memang Aina macam ibu dia, suka berjalan dan easy going. Bolehlah bawa Aina jalan selalu. InsyaaAllah. Abi dan Ibu akan usahakan ye sayang. Muuwah!!

me and Aina have fun at KL Tower
Alhamdulillah, Allah knows the best. Dia jauhkan aku suami isteri tapi dia kurniakan aku anak yang baik, yang mudah untuk aku jaga dan didik. InsyaaAllah. harap sampai ke besar Aina jadi anak yang baik dan berjaya dunia dan akhiratnya. Ini doa seorang ibu. InsyaaAllah InsyaaAllah InsyaaAllah.

antara yang hadir
Skuad aku yang havoc habis. Biarpun gila-gila tapi tetap di hati. Aku rasa aku paling tak berjaya dalam mereka semua. Semua pakat ada degree. Aku je tahap diploma. Tapi tak pelah, rezeki masing-masing. ok, ayat sedapkan hati. 

Introduce you my skuad yang hadir pada hari berkenaan-
Dari kiri baris 3 : Abang Azriq (Sarawak), Halim (Sabah), Am (Pahang)
Dari kiri baris 2 : Aiman (KL), Wan (N9), Syazani (Shah Alam), Awe (Kelantan), Wan Akmal@Jambu (Kelantan), Musab&baby Audrey (Muar@UK), Haimi (Sabah), Mat (Pahang), Hafidz (Banting). 
Dari kiri baris 1 : Syu@wan's wife@my buddy (Kelantan@N9), Aku&baby Aina (KL), Puteri@Haimi's wife&baby Dhazfran(Pahang), Dayah@Musab's wife&baby Ambreen (Gombak@UK), Wani@Hafidz's Wife&baby Adam (Banting) dan Maria@Mat's wife (Johor) serta wife jambu dan baby dia dan tunang Aiman, gf Halim.

Mostly sedang bekerja di sekitar Lembah Klang. Sebab tu kita boleh gather gather together. hee~

Sekian dari aku dan kawan-kawan, 
Happy Ramadhan.

#jangan lupa doakan untuk keselamatan dan kemenagan untuk penduduk di gaza dan syiria serta semua umat Islam yang di tindas di seluruh dunia. InsyaaAllah.

4 comments:

  1. cantik view drp kl tower . meriah ramai tu ... semoga Allah melindungi saudara kita di ghaza n syiria .

    ReplyDelete
  2. meriah sis vee.. alhamdulillah rezeki view on top. tula. sedang kita bergembira masih ada yang berduka.. serba salah nak hepi2 sedang mereka di sana menderita.. doa saja penguat dan ingatan kita pada mereka....

    ReplyDelete
  3. Belom ada rezeki naik kl tower.. Semoga kita semua dilindungi Allah Taala.

    Jom join segmen

    ReplyDelete

Terima kasih kerana menyokong blog ini.
Keep in touch ya..
:)