sumber dari google |
Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera..
Sedihnya hari ni. Tengok surat khabar.. tengok blog.. tengok tv, dengar radio.. Semuanya bercerita tentang MH17. Seperti sedia maklum sejumlah 20 mayat mangsa tragedi MH17 telah tiba di KLIA untuk iserahkan kepada keluarga mangsa masing-masing.
Ya Allah, sedih sedih sedih.. Sayu hati ini hanya Allah yang tahu. Sungguh keluarga mangsa tragedi ini sedang diuji. Seluruh rakyat Malaysia sedang diuji. Sedarlah kita semua bahawa mati itu paling dekat dengan kita. Marilah kita muhasabah diri masing-masing sebelum kita kembali padaNya. Allahuakhbar. #selfreminder
Sumber dari Google. Klik untuk imej yang lebih jelas |
Tadi kat office ada masa berkumpul ramai-ramai untuk tafakur. Seminit mengenangkan tragedi itu pun dah sangat menyayat hati. Bayangkanlah perasaan keluarga mangsa dan orang yang terdekat dengan mereka. Allahuakbar. Semoga semuanya tabah dengan ujian ini. Semoga mayat mereka selamat dikebumikan.
Sayang Malaysia.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan.
Sekian.
let me be me
takziah dan Al-Fatihah juga.. tq sudi jenguk dan komen di blog kak Alycia ;)
ReplyDeletesalam takziah kepada keluarga mangsa dan al-fatihah bagi jenazah mangsa nahas yang beragama Islam... semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman serta soleh dan solehah...
ReplyDeleteTulah siang td ms kerja xterasa sgt..blk tgk awani mmg bgenang gak lahh..al-fatihah
ReplyDelete