20 August 2014

Aku dan Impian #2 Perniagaan


Assalamaualaikum
dan Selamat Sejahtera..
sumber dari google
 Hari ini dan selamanya impian aku nak jadi businesswoman. Aku suka tengok kawan-kawan berniaga.. Tengok saudara-mara berniaga. Sungguh mereka giat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW. 

Rasulullah SAW pernah bersabda dalam satu hadis bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Background family mak aku pun semua jenis suka berniaga. Adik-beradik mak aku ada 13 orang.. 10/13 daripada mereka semua berniaga. Kebanyakannya buat direct selling kat pasar-pasar malam, bazar, buka gerai depan rumah dan jualan kecil-kecil dengan kawan-kawan. Ada di Klang, Pahang, dan Perak. Mereka berniaga makanan, ayam proses, daging lembu, ikan fresh yang ditangkap sendiri, kedai makan, menjahit, buat kuih-muih dan pelbagai lagi jenis perniagaan yang memang memerlukan kudrat dan kemahiran sendiri. Aku respect mereka. 

sumber dari google
Awal mula, masa aku kecil-kecil dulu memang tengok makcik pakcik aku susah. Anak pula ramai. Tapi berkat usaha mereka alhamdulillah telah membuahkan hasil. Rumah mereka sekarang semuanya besar-besar. boleh parking 4-6 buah lori kat tapak rumah. Bayangkanlah. Anak-anak mereka pula ada yang ikut berniaga dan ada yang sudah berjaya dengan kerjaya masing-masing. Seronok tengok. 

Berbeza jika dibandingkan dengan family aku, ayah kakitangan kerajaan, Ayah aku memang tak pandai berniaga dan tak tahu berniaga dan mak pula suri rumah. Mak pandai cari duit sendiri dengan mengambil upah menjahit dan jual kuih-muih. Bisnes on off. Itulah mak aku. Bila lapang baru dia buat kerja cari duit. As hobi katanya. Lainlah kalau ayah aku suka berniaga juga. Mungkin family aku pun giat berniaga. huuu- Dalam family aku, mak, kakak dan aku je yang ke arah perniagaan. Mereka yang lain dengan dunia masing-masing. Heee-

Aku dah mula start enjin dengan jual pre-loved. Sekarang tinggal nak masuk gear kumpul idea dan material untuk perniagaan online secara sambilan dan kecil-kecilan. InshaaAllah akan diusahakan. Semoga Allah kuatkan semangat aku ini dan berterusan bertenaga dan cepat mendapat inspirasi untuk terus in & on busines.
Sebab aku minat berniaga dan berpendapat dengan perniagaan kita boleh dapatkan hidup yang lebih baik dengan izinNya. InshaaAllah. Janji kena berusaha, istiqomah, jujur dan berterusan. Barulah dilimpahkan rezeki dan ada pelanggan tetap. Sokongan hubby sangat diperlukan. Semoga dia support impian aku as dia dulu pun pernah giat berniaga direct selling macam-macam jenis. Pak mentua aku pun rajin berniaga masa zaman mudanya. Harap anaknya pun ikut sama. Aamiin.

Sekian.
let me be me

3 comments:

  1. semoga dipermudahkan aneez..kalau dah ada latar belakang berniaga camni pasti boleh..Insyaa Allah..:)

    ReplyDelete
  2. insyaa Allah semoga dipermudah kan.. :) bekerja dengan meniaga lbih berkat kalau kene ngan cara nya dan ikut syariah..insyaa Allah.. :)

    ReplyDelete
  3. inshaaAllah.. TQ ananjingga dan aty fared... :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana menyokong blog ini.
Keep in touch ya..
:)