10 May 2014

Selamat Hari Lahir Anak Ibu #1

SELAMAT HARI LAHIR NUR AINA NASUHA
UMUR SETAHUN
Adik ipar sponsered kek. Tk Kak Ya.
Alhamdulillah, dapat buat majlis kesyukuran, makan-makan sikit sempena hari lahir Aina. Sebenarnya tak rancang nak buat semuanya kebetulan. Apa pun Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Jemputan hanya keluarga terdekat yang berada di kampung hubby (Selama,Perak).  
 

Menu utama ialah laksa. Requested by my hubby. Dia yang mengidam nak makan laksa maknya. Alhamdulillah mak mertua layankan tekak anaknya. Tak dinafikan laksa mak mertua aku ni memang antara yang terbaik di dunia. hehe over- Makan kudap-kudap yang lain tu simple-simple je. Mostly makanan yang budak-budak suka makan. Lupa nak tangkap gambar anak-anak buah kat kampung. Perut lapar sangat apa pun tak ingat lah. hehehe-

Antara saudara-mara yang datang...
Terima kasih datang memeriahkan majlis kami. Alhamdulillah.



Pak Lang mengetuai bacaan doa selamat majlis kesyukuran ini. Majlis ini juga sempena hari lahir bapa mertua aku yang jatuh pada 5 Mei 2014. Baguskan 2 in 1. hee-


Ini birthday girl yang aktif lain macam pada hari tersebut. Mentang-mentang dah setahun habis satu rumah ditawafnya. Mesra alam pula dengan semua orang, sendeng sana sendeng sini. Manja sangat Aina oi~ Apa pun anak, ibu doakan anak ibu Nur Aina Nasuha ini menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat. Aamiin.

Sekian.
let me be me

2 comments:

  1. alahai..comel je dia. happy belated birthday Aina Nasuha(sedap nama dia). tak ada hadiah lah nak bagi. hehe.

    p/s : erk. mengidam laksa pula. ^^

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. thank amy j !!!:)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana menyokong blog ini.
Keep in touch ya..
:)