Tak dapat bayangkan jika dirimu jauh dariku. Bersyukur ku masih ada kamu di sisiku.
Alhamdulillah.
Di setiap doa ku paut rasa syukur ku hanya padaMu kerana menganugerahkan aku mak dan ayah yang berkorban masa, wang dan tenaga membesarkan ku. Alhamdulillah.
Kepada mak dan ayah yang selalu di ingatan, Angah sayang mak dan ayah. Mak dan ayah lah ratu dan raja di hati Angah. Maafkan silap kata, kasar bahasa dan kurang sopan Angah kepada mak dan ayah. Sungguh Angah tidak sempurna untuk menjadi anak yang solehah tapi Angah berjanji akan cuba sedayanya. InshaaAllah.
Walaupun setiap hari kita bersama tapi Angah tetap akan selalu merindukan mak dan ayah selamanya tanpa jemu. Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibu bapaku. Tempatkanlah mereka di syurga firdausiMu. Jadikanlah kami anak-anak yang soleh dan solehah. Aamiin.
Sekian.
let me be me
betul tu aneez..setiap hari adalah buat ibu ddan bapa..perkongsian yang baik..
ReplyDeleteaminnnn. huhu
ReplyDeletesyg mak & abah...
ReplyDeleteaamiin.