26 May 2014

Resepi Spaghetti Bolognese

#bilacikanizmasak

Resepi yang aku masak sempena sambutan ulang tahun mak yang ke 52tahun.
Alhamdulillah sedap dan sangat simple.

Bahan-bahan (sajian untuk 5-7 orang)
1 bungkus spaghetti (rebus dengan secubit garam dan sedikit minyak sehingga lembut)
1 tin prego tradisional (kecil)
1 bungkus daging cincang (basuh sedikit dan toskan airnya)
1 biji lobak merah (dipotong dadu)
1 biji tomato (dipotong dadu)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 biji bawang putih (dipotong dadu)
10 biji cendawan shitake (dipotong kecil)
2 sudu besar cili sos
garam dan perasa secukup rasa

Cara-cara memasak sos spaghetti
  1. tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu 
  2. kemudian masukkan semua bahan yang dipotong dadu, tumis sehingga layu
  3. kemudian masukan cendawan shitake, goreng bersama sehingga layu
  4. masukkan daging cincang ke dalam bahan yang ditumis, goreng daging sehingga keperangan
  5. masukkan prego, renehkan selama 7 minit
  6. siap untuk dihidang bersama spaghetti yang sudah siap direbus.
Mudahkan?~
Selamat mencuba.

Sekian.
let me be me

6 comments:

Terima kasih kerana menyokong blog ini.
Keep in touch ya..
:)