06 May 2014

Bila Cik Aina jatuh katil

humm.. malam tadi Aina jatuh katil. Bila Aina jatuh katil yang paling panik adalah neneknya (mak aku). Paniknya bukan main lagi.. Habis aku kena lecture. Tiap kali pun macam tu. Masalahnya benda nak jadi, bukan aku minta tapi tetap kena lecture dekat 2 jam juga. Haihlaa.... yang Aina pun satu, apa sai la tidoq buaih sangat. guling-guling sampai jatuh katil.. Penat ibu tadah telinga dengar nenek marah ibu tau. Ibu tak bersalah. hek! Nasib baik Aina tak apa-apa. Alhamdulillah. Yela juga, nenek risau keselamatan cucu kesayangannya. Sapa tak sayang cucu, sapa tak sayang anak. Aku pun cuak juga masa Aina jatuh, cepat-cepat aku angkat dia. Aina nangis tak lama, mungkin tak sakit sangat la kan. Harap tak ada  kesan sampingan apa-apa. Waallahualam.

Sayang Cik Aina. Mwah <3 p="">
Sekian.
let me be me

8 comments:

  1. haha..tidur guling guling..ngee kena perhati betul lepas ni ^^ aktif

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula tu.. padahal baru tengok dia atas katil elok kat tengah2, alih2 gedebuk jatuh.. hai la anak.. heee

      Delete
  2. alololo.. ciannyer dia.
    Masa anak akak kecik dulu kami memang takde katil hihihi.. kalau jatuh pun, jatuh dari tilam 5 inci jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak dah bising suruh tido kat bawah. kat bawah pulak sempit. nak bentang toto pun xmuat. ape pun kena pertimbangkan jugakla idea tido bawah ni. sementara aina nak besar...

      Delete
  3. princess pun dulu penah jatuh.tp kita sampai skrg x bgtau suami kita.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hui... samalah ni.. nasib baik dok pjj dgn hubby. kalau hubby tau ni dia org no. 2 yang panik. lagi penat kena tadah telinga.

      Delete
  4. alaa..sian budak jatuh katil ni, pandai plak buat muka comellll..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muka budak jatuh katil bukan macam ni awk. Ni muka budak tgh bsantai. Muka budak jatuh katil xsempat nak ambil. Ibu dia xigt nk capai apa dh.. Hehe

      Delete

Terima kasih kerana menyokong blog ini.
Keep in touch ya..
:)