02 April 2012

Bahaya Rokok dan Akibat Merokok

klik pada gambar untuk visual yg lebih jelas
BAHAYA MEROKOK

Merokok membawa penyakit. Tembakau merupakan faktor risiko untuk sekurang-kurangnya 25 jenis penyakit. Antaranya seperti berikut :-
  1. Kanser pundi kencing
  2. Kanser perut
  3. Kanser usus dan rahim
  4. Kanser mulut
  5. Kanser Esofagus
  6. Kanser tekak
  7. Kanser pankrias
  8. Kanser payudara
  9. Kanser paru-paru
  10. Penyakit saluran pernafasan kronik
  11. Strok
  12. Kereputan tulang (osteoporosis)
  13. Penyakit jantung
  14. Kemandulan
  15. Putus haid awal
  16. Melahirkan bayi yang cacat
  17. Keguguran bayi
  18. Mati pucuk
  19. Bronkitis
  20. Batuk
  21. Penyakit ulser peptik
  22. Emfisima
  23. Otot lemah
  24. Penyakit gusi
  25. Kerosakan mata
MEROKOK SECARA PASIF

Walaupun anda tidak merokok, anda masih boleh menyedut asap rokok daripada perokok. Ini dipanggil merokok secara pasif ('passive smoking').

Berbanding dengan asap aliran ('mainstream smoke'), asap aliran sisi yang keluar dari puntung rokok ('mainstream smoke') mengandungi :

2 kali lebih banyak nikotin
5 kali lebih banyak karbon monoksida
50 kali lebih banyak kimia yang menyebabkan barah
3 kali lebih banyak tar

KESAN-KESAN MEROKOK SECARA PASIF
  1. Meningkatkan risiko kanser paru-paru dan penyakit jantung
  2. Masalah pernafasan termasuk radang paru-paru dan bronkitis
  3. Sakit atau pedih mata
  4. Bersin dan batuk-batuk
  5. Sakit kerongkong
  6. Sakit kepala
PEROKOK PASIF DAN RISIKO PENYAKIT

Dibandingkan dengan yang tidak terdedah dengan asap rokok pasif, perokok pasif mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengidap pelbagai jenis penyakit

Penyakit jantung    -    30%
Kanser                  -    25%   

KESAN ASAP ROKOK PASIF KEPADA IBU HAMIL DAN JANIN YANG DIKANDUNG
  1. Keguguran janin
  2. Tumbesaran janin terencat - 30% lebih tinggi
  3. Kematian janin dalam kandungan
  4. Pendarahan dari uri (abruption placenta)
  5. Kurang berat badan - 20 hingga 30%
KESAN ASAP ROKOK PASIF KEPADA BAYI
  1. Masalah dan penyakit pernafasan
  2. Perkembangan kecerdasan otot terjejas
  3. Jangkitan telinga
  4. Leukeamia
  5. Kanser otak 22%
  6. Lelah - meningkat simptom lelah
  7. Sindrom kematian secara mengejut
**banyak bahaya dan akibat merokok tapi masih ada yang taat pada rokok. Semoga mereka yg terjebak tu dapat kesedaran sebelum terlambat.

sumber : laman web kementerian kesihatan.
putripuzzle : let me be me

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana menyokong blog ini.
Keep in touch ya..
:)