05 April 2012

Jom mulakan diet seimbang

Berkobar-kobar semangat aku nak dapatkan berat badan macam kat u dulu. 48kg. now dah 52kg ok. BMI=21.93. Orang kata/tengok dah ok, tapi aku rasa dah gemuk sebab banyak baju dah xmuat. Sebab tu lah nak jugak² hilangkan berat badan yang lebih 4kg tu. Tapi main focus aku tersasar sikit. Bukan sebab nak muatkan baju yang dah xmuat tu tapi sebab nak kahwin, aci x? ngee~ mestilah nak look stunning n perfect (berangan aje). Biar sederhana dan yang paling penting, bakal husband happy je bila pandang aku. hihi, gatal di situ~ and 2nd, of course for good health.. I love being active too. 

Semalam dah brainwash diri sendiri. Jangan malas, biar mimpi sampai ke bintang. ngeee~ hehehe.. terus dapat bakar 300kalori. Hari ni continue work out kat gym lagi. huhuhu.. Berikut adalah spesifikasi sendiri utk diet sendiri. aci x? hehehe - - - > sehari mesti bakar 300kalori. ambil less than 1440kalori sehari, banyakkan minum air kosong, makan buah²an dan sayur²an, no/less sugar, no/less kabohidrat like rice/bread n etc. Syukur juga aku bukan seorang yang suka makan sesadap, errrgh, yela tu.~ sgt berangan.. haha..

Ok, 1st of all mesti tau kira kalori, then baru la boleh atur makan ikut tenaga yang kita perlukan. Berikut adalah sumber y kedapatan di google search.

Kaedah pengiraan kalori makanan 

Daily Energy Requirement = berat(kg) * 30 kalori
contoh: berat seseorang 45kg.  Kiraannya ialah 45kg * 30 = 1350 kalori setiap hari
kalau kita hendak mengurangkan 1 kg dalam masa seminggu maka kita perlulah mengurangkan 1kg dari kiraan kalori.

contohnya 45kg - 1kg = 44 kg
pengambilan kalori yang perlu diambil ialah 44 *30 = 1320 kalori setiap hari.
baki 30 kalori lagi (1350-1320 kalori) kita akan tolak dari lemak-lemak yang terkumpul dalam badan kita.

*********************************************

Ok, jom kira kalori makan aku plak.

target 48kg. so 48 *30 = 1440kalori.
so Cik Aniz, awak kene makan 1440kalori je sehari. watch out ok. jgn tersasar ke laut sudah. igt, mimpi biar sampai ke bintang. huh~ (tersangat addicted dgn lagu mimpi biar sampai ke bintang lettew) hihi..

ok. cakap banyak xguna, tembak xkena~ now, excercise begin!!! 
putripuzzle : let me be me

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana menyokong blog ini.
Keep in touch ya..
:)