15 October 2018
10 October 2018
Resepi Popcorn Karamel
BAHAN-BAHAN POPCORN :
1/3 cawan jagung popcorn
1 sudu besar mentega
2 1/2 sudu besar minyak masak
BAHAN-BAHAN CARAMEL :
1/3 cawan gula castor/gula pasir
1 sudu besar mentega
CARA MEMASAK:
1. Keluarkan periuk bertutup yang sederhana besar saiznya. Jangan guna periuk kecil. Tak muat popcorn nak mengembang nanti. Panaskan minyak dan mentega dengan api sederhana. Api jangan terlalu besar, nanti popcorn hangit.
2. Bila minyak dan mentega dah panas, masukkan satu biji jagung dalam periuk dan tunggu sampai dia bunyi 'pop'. Bila dah dengar bunyi 'pop' tu, jagung tadi dah kembang. Jadi, bolehlah masukkan semua jagung tadi dalam periuk. Kacau rata bagi semua kena minyak dan mentega tadi.
3. Tutupkan periuk dengan penutup dia. Pastikan api sederhana kecil. Dan tunggu jagung dalam tu meletup-letup bunyinya. Jangan buka penutup periuk sebab jika buka, popcorn akan bersembur keluar. Tunggu sampai habis 'meletup' dalam tu, sekali sekala, goyang dan goncangkan periuk manja-manja supaya semua jagung dapat 'meletup' dengan sempurna. Tunggu sampai dah tak ada bunyi 'pop' baru buka dan tengok kejadiannya. Api jangan lupa tutup.
4. Dalam kuali lain, masukkan gula pasir. Panaskan dengan api sederhana. Tunggu sampai gula mencair dan jadi caramel tetapi jangan sampai hangit sebab bila salut dengan popcorn, ia akan menjadi pahit. Agak-agak gula tadi dah jadi warna perang-perang coklat, masukkan mentega. Kacau sampai mentega cair.
5. Tutup api. Masukkan popcorn yang dah siap tadi dalam kuali, dan kacau sehingga rata.
6. Bila dah rata semuanya, pindahkan popcorn bercaramel tadi dalam dulang untuk disejukkan. Sambil-sambil tu boleh lerai-leraikan popcorn yang melekat. Dah sejuk, boleh simpan dalam bekas kedap udara dan bolehlah makan sambil tengok drama kegemaran.
Info RASA:
Semasa menyejukkan popcorn, dulang boleh dilapik menggunakan ‘baking paper’ bagi memudahkan popcorn sejuk serta tidak melekat pada dulang.
Kredit : Nurul Hidayah Zakaria & Karangkraf
14 September 2018
Kelahiran Anak Ketiga
Alhamdulillah..
Pada tarikh 20 Mei 2018 (Ahad) ibu selamat bersalin anak yang ketiga.
Nama diberi, Nur Aimi Natasha binti Mohd Hafiz. Bersalin di Hospital Serdang, Selangor secara normal dengan berat 3.65 kg. Terima kasih abi temankan ibu. tak pernah tak temankan ibu bersalin. You always be there for me. One of my strenght. 💓
Nur - Cahaya
Aimi - kesayangan/yang layak untuk dicintai
Natasha - Kesejahteraan/Kekuatan
Tak semua dapat peluang suami temankan masa isteri bersalin, jadi bersyukur. Walau pjj dgn suami masa mengandungkan Aina dan Aisha, ibu diberi peluang tu. Suami tak temankan tak bermakna suami tak sayang ye. Perancangan Allah sebaiknya.
Nur - Cahaya
Aimi - kesayangan/yang layak untuk dicintai
Natasha - Kesejahteraan/Kekuatan
Tak semua dapat peluang suami temankan masa isteri bersalin, jadi bersyukur. Walau pjj dgn suami masa mengandungkan Aina dan Aisha, ibu diberi peluang tu. Suami tak temankan tak bermakna suami tak sayang ye. Perancangan Allah sebaiknya.
Kelahiran kali ini istimewa dari yang pertama dan kedua kerana ibu dapat pengalaman bersalin di dalam bilik pembedahan. Ibu hampir bersalin ceaser sebab bukaan yang lambat ditambah bacaan ctg tak cantik dan baby Aimi hampir lemas.
Doktor cakap ibu kena lalui proses kelahiran secara pembedahan. Ibu redha.
Bila abi datang, abi mcam tak percaya, "perlu kena bedah ke sayang..?" ibu cakap dengan abi, "doktor cakap kena bedah, macam tu la nampaknya. Ye, rezeki baby lain-lain. kita redha ya..."
Mula-mula ibu takut, tapi positif. Orang lain ceaser, berjaya, elok, baik saja. Aku inshaaAllah mampu. Redha.
Jururawat hulur persalinan untuk ke bilik bedah. Ok, tukar.
Masa depan pintu pembedahan ibu rasa senak perut yang amat macam dah nak terberak sangat. Doktor terus cek lagi bukaan. Allah maha pengasih lagi maha pengetahui, rahim ibu dapat kembang dengan jayanya, dari 6cm terus ke 10cm, tak sampai 5 minit..
Rezeki- ibu dapat bersalin secara normal.
Terima kasih Allah.
![]() |
| Nur Aimi Natasha binti Mohd Hafiz |
Subscribe to:
Posts (Atom)


