21 November 2010

Takoyaki !!

 -Takoyaki -
Hari ni tetiba je teringin nak makan takoyaki. dah lama ek tak makan. hmm~
try search kat internet 'how to make Takoyaki'. ni result nye.

Bahannya
250 gm Tepung Takoyaki
750 ml Air
2 biji Telur
Octopus [amik janggut/kaki potong kecik2,rebus & toskan]blh diganti dgn udang
Daun bawang
Bertis beras
Sedikit Minyak [utk sapu pada pencetak takoyaki]
Nouri serbuk [rumpai laut yg balut sushi]
Halia jeruk
Ikan tongkol parut yg kering
Mayonis
Sos takoyaki

Caranya
1.Bancuh tepung dan air hingga rata [nak mudah blend je cepat sebati]
2.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau lagi.
3.Tapiskan adunan supaya tiada ketulan tepung.
4.Siap adunan,sediakan bahan isi takoyaki [sotong/udang,daun bawang,nouri,bertis beras dan sewaktunya]
5.Setelah itu panaskan dapur takoyaki dan sapu minyak.
6.Apabila dapurnya panas,masuk adunan dlm setiap acuannya dan masukkan sotong dan bahan isian takoyaki.
7.Setelah bhgn tepi tepung kelihatan agak masak,guna lidi/chopstik utk terbalikkan.
8.Biar seketika lagi.
9.Angkat dan hidang bersama mayonis,sos akoyaki dan ikan tongkol parut.
10.Siap utk dimakan.

**Gantian Tepung Takoyaki
250 gm Tepung
1/2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil garam
pati rebusan ikan/pati ikan bilis

macam mudah je. hehe.. xpela, ada peluang nanti nak cuba la resepi ni. InsyaAllah.
putripuzzle : let me be me

3 comments:

Terima kasih kerana menyokong blog ini.
Keep in touch ya..
:)