28 October 2010

Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul


Malam tadi ku baca buku ni.. Buku hasil penulisan Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin, dan di terbitkan oleh Telaga Biru Sdn. Bhd. Disarankan kepada semua bloggers agar mendapatkan buku ini di pasaran sebab ia sesuai utk semua. RM12 sahaja. Wajar jika dijadikan koleksi di perpustakaan mini anda. 

Mengajar landasan benar dalam hubungan yang halal. Mengenal hakikat cinta dsb. Tersentuh dengan pekerti budiman dan akhlak baik y diterapkan melalui kehidupan seharian; sentiasa memuliakan orang lain, menjaga hati dan perasaan serta bersikap bertolak-ansur antara satu sama lain. Setiap perbuatan dikaitan dengan peribadi Rasulullah saw. Sesungguhnya Allah swt telah memberi kita sumber sebagai teladan. Sama-samalah kita meneladi peribadi Rasulullah saw. 

Sesungguhnya diri ini sungguh alpa dengan nikmat duniawi. 

Ya Allah, ampunkanlah dosa² ku. Berikanlah aku hidayah dan kekuatan utk berdiri di landasan y benar. Temukanlah aku dengan seseorang y dapat membimbing dan mendidikku ke jalan y kau redhai. Ya Allah, sesungguhnya, hanya kepadaMu aku memohon petunjuk dan keberkatan di dunia dan akhirat. Ameen..

putripuzzle : let me be me

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana menyokong blog ini.
Keep in touch ya..
:)