24 October 2010

Memori Belajar Agama

Masa tu darjah dua kalo tak silap. ade sorang ustaz tu, garang nak mampus. Tapi bagus la.. Aku berterima kasih kat dia. Sebab dia lah aku selalu ingat dan tak jadi nak malas² dalam solat. Antara yang di ajar dulu moral dan hikmah hormat orang tua, menutup aurat baik lelaki mahupun perempuan, cara solat yang betul dll. hmm, alangkah bagus kalau aku dapat ingat balik nama dan rupa parasnya. hmm~ 

Ada suatu hari, kitorg ramai² beratur dan panggil kawan sekolah ku, nama dia Iqbal si Zirafah sebab leher dia panjang sangat. Dia tak nak datang surau belajar sebab dia dah buat dosa iaitu memakai seluar pendek sampai nampak lutut masa main bola. Ustaz rotan die 3 kali atas kesalahan tu. huh, ramai gak la yang kene hukum / rotan. yang perempuan kena rotan sebab tak pakai tudung dan pelbagai lagi kesalahan. Kalo lah pendidikan macam ni masih diteruskan dikawasan² perumahan, insyaAllah terpelihara akhlak remaja kita.

Ada satu peristiwa, time kecil². biasala ejek mengejek time tu memang trend.. nak nak ejek nama bapak kan.. bapak aku nama Jaafar, so budak² rakan sebaya aku ni dengan suka hati ejek aku Jaafar On. Sakit hati aku tuhan jela tau.. tapi xpela, dorang sebok ejek bapak aku Jaafar On, aku layankan aje.. cuma mampu berkata dengan sinis jela. "Memang bapak aku Jaafar On, bapak ko ape?! Off kot".. hak7x. pastu malas da nak layan dedorang tu. Pembuli aku insan yang lemah..


Ustaz selalu cakap, "banyakkan bersabar atas ujian yang Allah berikan". Alhamdulillah, setakat ni aku banyak bersabar dengan kawan² yang selalu menguris hati dan perasaan ku. Lagipun, Ustaz cakap tak baik  membalas perbuatan jahat mereka. Jika kita berlaku seperti mana mereka lakukan terhadap kita, kita tak ubah seperti mereka.. sama jahat.. Aku tak nak jadi jahat. Nak mantain baik (baiklah sangat - sesedang jugak, hee~) so aku hanya mampu berdiam, bersabar dan abaikannya~ 

Alhamdulillah la jugak, dah besar² ni, dah lama aku tak amalkan teknik menjerit kat telinga orang. penah gak lah beberapa kali nak applikasikan teknik tu, nasib baik masih berlembut hati. kepada mereka² di luar sana, ingatlah    kehidupan ini memerlukan kita bertolak-ansur, jika tidak ada nilai tu maka manusia akan sentiasa bermusuhan. Kita tak dapat nak puaskan hati semua orang, jadi terimalah orang sekeliling kita dengan seadanya. Janganlah memulaukan/mengata/mengeji dia kerana kekurangan atau kelebihan dirinya berbanding kita.

Wallahualam.

putripuzzle : let me be me

2 comments:

Terima kasih kerana menyokong blog ini.
Keep in touch ya..
:)