02 August 2019

Balik Kampung Raya Pertama di Sungai Petani, Kedah.

Tahun 2019, keluarga kecil aku beraya di Sungai Petani. Kami pilih tema mustard, brown untuk raya pertama. Baju raya aku tempah kat Sakinah Collection. Jimat dan jahitan kemas. Aku suka, boleh repeat lagi order lepas ni.


Tangkap gambar kat taman depan rumah, kawan ayah yg deko. memang kreatif pak cik tu.


Sweet couple sangat


Acah-acah bersemut


saja nak renyih lebih


Family Potrait for Raya 2019


My pakwe forever


Bucuk macham Aimi ngam 1 tahun

Hari raya pertama, kami pergi tangkap gambar kat kedai, 1st time experience. Boria kami satu family pakai warna kuning. Warna-warni baju raya banyak family pun datang nak bergambar keluarga. Meriah pagi raya dekat kedai gambar. Kedai tu tak best sebab service tak memuaskan. 

Lepas tu terus serang ke rumah Tok Su di Bedong. Then, lepak chill kat rumah. 

23 July 2019

Rezeki dari langit


Kek Starbucks

Perantaraannya dari adik bongsu, Fuad. Enam potong kek dari Starbucks. Kenyang aku makan kek minggu tersebut. Suka wei. Sedaaap 💗


 Jagung Manis Pasar Malam Desa Serdang

Favourite sangat. 
Hubby memang tau la fav aku ni, mesti beli tiap kali ke pasar malam. Thank you abg.


Sushi King

Bila adik si Fuad tu dok sini, memang ada je makanan dia bawa balik. Alhamdulillah. Semoga bertambah-tambah rezeki ko Ad.


Whittaker's Almond Gold

Ole-ole Langkawi dari seorang ustaz. Thank you ustaz ingat nak bagi kat saya. Orang lain semua kena bayar ni sebab rajin mengirim so bayar la kan. hahaha 👍

24 June 2019

Selesai duit tabung RM5 aku

Mukadimah dulu..

Pagi Isnin yang mengecewakan.. patutnya hari ni aku kena happy, ceria sebab birthday suami tercinta. Tapi bertukar jadi mendung dengan tiba-tiba.. 

Kebetulan sama birthday dengan bos aku kat office, so pagi ni ada la celebration sikit. Masa tengah best-best makan-makan breakfast McChicken tetiba handphone berbunyi.. ada orang nak hantar kek. haa lah haa lah aku ada order kek untuk sambut birthday suami aku malam nanti. 

So aku kalut la nak cari wallet nak ambil duit. yang tukang hantar tu kata tak da duit kecil, aku pun cuba nak sediakan duit cukup-cukup sebab aku ada RM50 saja. Disebabkan aku memang ada simpan tabung RM5 kat office, aku pun niat nak tukar lah duit dalam tu. 

tabung aku
Tetiba tengok-tengok duit RM5 aku hilang woi.. #@%$%@^ sebelum tu, dah mengucap panjang. betul ke ni duit tabung aku lesap gitu.. padahal Jumaat tu dok susun tengok ada ja. Siapa punya kerja mencuri ni???! Sedih tu tak kata la, dah menangis dalam hati adududududududu

Simpan dalam laci peribadi
Terus aku masuk bilik bos, cakap duit aku hilang. So aku decide buat report polis. Jumlah duit yang hilang tu aku tak pasti tapi duit tu adalah tebal dekat 1cm. Boleh cecah RM300 wei, setengah tahun punya simpanan. ok aku kena redha pun.

Laci makanan
humm bukan rezeki aku, bukan juga rezeki pencuri tu ya. Aku tak halal kan kalau dia mencuri untuk diri dia nak makan sedap-sedap atau beli benda ntah pape. kalau masuk kat tabung masjid tak pa la juga hergh~

Bekas biru tu, untuk simpan duit syiling.
Duit syiling pun hilang, mangkuk hayun sangat~
Actually, hari Jumaat lagi aku dah perasan duit aku macam susut, so aku terus kumpul susun duit tu dan ikat. Jadi aku boleh agak la ketebalan duit aku tu berapa dan senang nak perasan kalau-kalau duit aku susut lagi lepas ni. Tapi tak sangka dia lesap terus seketul tinggal getah ikat duit tu saja atas meja aku. Aku sanggup tak pakai duit RM5, simpan nak tabung. Pencuri ni sangat biadap.

Aku dah perasan kunci laci selalu tak ditempat yang selalu aku simpan kunci. Aku ingat aku kunci, tapi tetiba kunci tu kat tempat laci. Nampak sangat pencuri ni dah lama buat kerja mencuri kat tempat aku. Patutlah dok menyusut tak penuh-penuh. Tak kesian langsung pencuri ni kat aku. 

Aku tak nak tuduh siapa-siapa. Aku buat report polis, polis kuat mengatakan orang dalam office aku punya kerja sebab office aku tak boleh masuk sesuka hati. Tapi macam yang aku bagitau tadi, tak boleh nak tuduh sesiapa. Aku dok perasan cleaner sebab aku isi duit dlm tabung time pepagi buta, orang tak mai lagi aku dah sumbat duit dalam tabung dan masa tu cleaner tengah sibuk vacum karpet. Apa pun, wallahualam ya.

Yela mak-mak  mana sempat nak selak beg duit kat rumah pun. Sibuk bersilat dekat dapur, dengan anak-anak lagi.. Sebab tu aku tabung kat office, ingatkan selamat rupanya ada pencuri kat sini. hergh~

Forensik dari PDRM
Polis datang juga office buat pengesanan cap jari, tapi masalahnya aku dah pegang banyak kali tabung tu. heee~ Polis pun kata 50-50 untuk dapatkan cap jari pencuri. Aku ok, redho cam biasa. haa apa lagi aku boleh buat. Nak dapat balik duit tu, ntahlah inshaaAllah.

Moralnya, janganlah buat kerja mencuri. Berdosa wei. Bnayak lagi kerja@usaha boleh dilakukan untuk dapatkan duit. Bukan mencuri caranya. Kalau duit korang yang kena curi, apa yang korang rasa?!

Aku pun kena lebih perhatian dengan keadaan sekeliling. Tak semua orang kita boleh percaya lagi-lagi bab duit. Kalau bab duit, dengan kawan, keluarga pun boleh jadi musuh tau.

Sekian.