24 June 2019

Selesai duit tabung RM5 aku

Mukadimah dulu..

Pagi Isnin yang mengecewakan.. patutnya hari ni aku kena happy, ceria sebab birthday suami tercinta. Tapi bertukar jadi mendung dengan tiba-tiba.. 

Kebetulan sama birthday dengan bos aku kat office, so pagi ni ada la celebration sikit. Masa tengah best-best makan-makan breakfast McChicken tetiba handphone berbunyi.. ada orang nak hantar kek. haa lah haa lah aku ada order kek untuk sambut birthday suami aku malam nanti. 

So aku kalut la nak cari wallet nak ambil duit. yang tukang hantar tu kata tak da duit kecil, aku pun cuba nak sediakan duit cukup-cukup sebab aku ada RM50 saja. Disebabkan aku memang ada simpan tabung RM5 kat office, aku pun niat nak tukar lah duit dalam tu. 

tabung aku
Tetiba tengok-tengok duit RM5 aku hilang woi.. #@%$%@^ sebelum tu, dah mengucap panjang. betul ke ni duit tabung aku lesap gitu.. padahal Jumaat tu dok susun tengok ada ja. Siapa punya kerja mencuri ni???! Sedih tu tak kata la, dah menangis dalam hati adududududududu

Simpan dalam laci peribadi
Terus aku masuk bilik bos, cakap duit aku hilang. So aku decide buat report polis. Jumlah duit yang hilang tu aku tak pasti tapi duit tu adalah tebal dekat 1cm. Boleh cecah RM300 wei, setengah tahun punya simpanan. ok aku kena redha pun.

Laci makanan
humm bukan rezeki aku, bukan juga rezeki pencuri tu ya. Aku tak halal kan kalau dia mencuri untuk diri dia nak makan sedap-sedap atau beli benda ntah pape. kalau masuk kat tabung masjid tak pa la juga hergh~

Bekas biru tu, untuk simpan duit syiling.
Duit syiling pun hilang, mangkuk hayun sangat~
Actually, hari Jumaat lagi aku dah perasan duit aku macam susut, so aku terus kumpul susun duit tu dan ikat. Jadi aku boleh agak la ketebalan duit aku tu berapa dan senang nak perasan kalau-kalau duit aku susut lagi lepas ni. Tapi tak sangka dia lesap terus seketul tinggal getah ikat duit tu saja atas meja aku. Aku sanggup tak pakai duit RM5, simpan nak tabung. Pencuri ni sangat biadap.

Aku dah perasan kunci laci selalu tak ditempat yang selalu aku simpan kunci. Aku ingat aku kunci, tapi tetiba kunci tu kat tempat laci. Nampak sangat pencuri ni dah lama buat kerja mencuri kat tempat aku. Patutlah dok menyusut tak penuh-penuh. Tak kesian langsung pencuri ni kat aku. 

Aku tak nak tuduh siapa-siapa. Aku buat report polis, polis kuat mengatakan orang dalam office aku punya kerja sebab office aku tak boleh masuk sesuka hati. Tapi macam yang aku bagitau tadi, tak boleh nak tuduh sesiapa. Aku dok perasan cleaner sebab aku isi duit dlm tabung time pepagi buta, orang tak mai lagi aku dah sumbat duit dalam tabung dan masa tu cleaner tengah sibuk vacum karpet. Apa pun, wallahualam ya.

Yela mak-mak  mana sempat nak selak beg duit kat rumah pun. Sibuk bersilat dekat dapur, dengan anak-anak lagi.. Sebab tu aku tabung kat office, ingatkan selamat rupanya ada pencuri kat sini. hergh~

Forensik dari PDRM
Polis datang juga office buat pengesanan cap jari, tapi masalahnya aku dah pegang banyak kali tabung tu. heee~ Polis pun kata 50-50 untuk dapatkan cap jari pencuri. Aku ok, redho cam biasa. haa apa lagi aku boleh buat. Nak dapat balik duit tu, ntahlah inshaaAllah.

Moralnya, janganlah buat kerja mencuri. Berdosa wei. Bnayak lagi kerja@usaha boleh dilakukan untuk dapatkan duit. Bukan mencuri caranya. Kalau duit korang yang kena curi, apa yang korang rasa?!

Aku pun kena lebih perhatian dengan keadaan sekeliling. Tak semua orang kita boleh percaya lagi-lagi bab duit. Kalau bab duit, dengan kawan, keluarga pun boleh jadi musuh tau.

Sekian.

4 comments:

  1. Allahuakbar. Nak simpan duit bukan senang. semoga pencuri itu mendapat hidayah dan pulangkan kembali kepada yang hak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula pasal..tapi macam xde rezeki nak dapat balik. dah lama lesap pun. kita redha dah. apa pun, terima kasih ya atas doa yagng baik tu. :)

      Delete
  2. alahai kesiannya. tapi memang kerja orang dalam punlah kan. kalau orang luar takde nya dia nak letak baik-baik. Mesti jenis selongkar kaw-kaw punya.

    anyway salam kenal

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal sheila..

      tula penyamun sangat.. harap penyamun ni kembali ke pangkal jalan.. buat juga nanti kena tangkap pandan muka..

      Delete

Terima kasih kerana menyokong blog ini.
Keep in touch ya..
:)