28 July 2026

Half Maraton wanita purba

 Assalamalaikum.. 

Setelah sekian lama bersawang blog aku, saja kembali mencoret di sini. Oh dunia maya ku. Rasa macam kembali ke kampung halaman ya. 

Alhamdulillah masih bernyawa di usia ini. Banyak kisah untuk dicerita tapi tula... Bertenang. haa

Untuk kisah hari ni, aku nak bagitau dunia yang aku on the way ke Cabaran 21 km Half Maraton gaiss.. Aku rasa ini takdir-Nya. Pengalaman untuk dicipta. Aku mula aktif berlari dari zaman universiti 2005, stop kejap masa bekerja 2008, sambung berlari semula sebelum PKP 2019 dengan niat nak kurus dan sertai virtual run BookDoc & Starva, semakin menjadi-jadi selepas bersalin anak ketiga. Nak dapatkan BMI normal balik tak mudah. Setelah tercapai BMI, mengandung pula anak ke-4. Itulah realiti kehidupan hehehe. Tak boleh tengok orang segak, terus ada je yang dengki. kah5x


Persediaan ke HM 8 Ogos 2026 (Sabtu). Kalut la aku training masa sendiri. Gigih buat leg workout. Aku paling takut injured masa HM nanti. Doakan aku dapat menyelesaikan misi 21 km ya. Kalau korang ada tips nak kongsi dengan aku yang newbie dalam event run ni, share dalam komen. Terima kasih.

26 June 2023

Cara Pasang MF DESIGN Big 6 Chest Drawer

 


20 September 2022 punya barang. Order kat shopee saja. 
Gigih aku beli pasang sendiri kabinet laci ni. Kalau beli bodo kat kedai mau RM500-RM700. 
Yang azabnya bab nak pasang la pulak. Jadi tepuk dada tanya selera na.




Barang sampai dalam keadaan baik dan agak cepat juga. Ok ni specification dia; 

Specifications: 
-6 Drawer:L1200 x W400 x H800 MM
-SOLID PARTICLE BOARD
-Modern & Simple Design
-Sturdy & Durable

Aku tak pandai nak buat, tapi aku buat juga la.. manual dia ntah kat mana.. Manual ada pun macam tak boleh pakai.. Jadinya aku buat hentam saja la labu asal bercantum semua palet dan skru ni..



Buka kotak terus mengeluh wei.. berjaya pasang ke tak ni.. 


Mula2 senang aku pasang tiang kiri kanan dan reel laci dulu..





Sakit tangan pasang.. kalau ada sarung tangan baik korang pakai..
video aku ni versi amatur. yang mana sempat ja..





Puas hati bila dah tegak frame. Nampak la usaha gigih aku berhasil. Pasang dari pagi ke tengah hari baru siap.. dalam 3 jam juga la aku main puzzle ni.. haa



Tadaaaa... dah siap gaiss... puas hati sangat. 
Chest drawer ni memang cantik tapi harapnya material dia dapat tahan lama la.. 

Ok. Simpan sini untuk rujukan masa depan. 
Jika gigih tu sampai akan aku repeat beli dan pasang lagi ya.

Sekian, terima kasih.

19 May 2022

A Day at the Crystal Crown Hotel

We are having a fun family time at the Cystal Crown Hotel. It's just a fool of me because I just noticed the hotel is a quarantine spot for COVID-19 patients. 
 
Oh no, hahaha.. 
 
But everything is fine. The hotel's hygiene is at the top, so no worries. We were all doing fine staying at the hotel and after checking out.


Sisters, quality time.








SWIMMING POOL SESSION






while waiting for the kids to finish their things.









OK, let's go to the next destination.
 

18 March 2021

Salam Syaaban 1442H

Assalamualaikum. Salam mula post untuk tahun 2021. Tiga bulan dah berlalu.. Salam bulan Syaaban.. Salam menjemput Ramadhan. Hari ni sebenarnya banyak kerja nak buat kat office, tapi kenapa tetiba rasa nak jenguk blog yang dah bersawang ni. 


Alhamdulillah, segala nikmat yang Allah swt berikan utk aku. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Tolong doakan ayah aku.. Encik Jaafar sihat sembuh segala penyakitnya dan kembali cergas, ceria seperti dahulu. Aamiin.

11 September 2020

DROPSHIP SABELLA 💘

 Assalamualakum guys..

Pernah dengar iklan baju Sabella Sabella tak kat radio.. Sinar ada.. Kat highway pun meriah dengan Sabella punya billboard.  👍

Barang baik tau. Kami jual barang baik jer.. 😄











Brand baju muslimah tak payah gosok no.1 di Malaysia guys. Alhamdulillah rezeki ditemukan dengan team Sabella. Sekarang Niz open kawan-kawan yang nak join dropship sama-sama jana pendapatan sampingan 👇👇👇👇

DROPSHIP SABELLA

DROPSHIP SABELLA

DROPSHIP SABELLA

Syarat nak join dropship team Sabella.by_Aibella senang saja. Just beli baju Sabela minimun dua pasang dah boleh join team kami tau. Senang ja kan. 👍

Berita baik, sekarang tengah ada promosi terbaru 👇👇👇 Boleh try cuba dan grab promosi ini untuk jadi sebahagian dari team kami.💕

29 January 2020

Darjah satu dah anak kami

Puteri sulung kami dah darjah satu. 

Cepatnya anak ibu membesar dengan jayanya. Ibu doakan anak ibu Nur Aina Nasuha berjaya dunia akhirat, jadi orang baik-baik dan berguna kepada agama, bangsa dan negar. 

Besar harapan ibu untuk kakak Aina. Ibu abi sayang kakak.

Ceria je anak nak pergi school. 1st day, perangai tu elok sangat. haa


Nama Aina dalam tulisan cina. 
Makna dia Ai: beautiful, Na: wonderful.


sempat lagi buka camera tangkap gambar dalam kelas pun.

persembahan kakak-kakan senior



guru besar cakap cina, sesekali cakap bm and bi. okla tu, buat2 faham la ye. hah

SJKC Serdang Baru 2





Leong Zhi Qing@Sasa, Keith and Aina. Geng rehat hari pertama Aina.



Sekian, memori kakak Aina di hari pertama persekolahan. Semoga kakak Aina boleh pergi dengan sekolah ni. Fighting anak ibu 👍💚