05 February 2015

Bila anak kesayangan demam


Cik Aina demam dari semalam lagi. Tapi budak ni baik sangat. Ok sapa lagi nak puji anak kita kalau tak sendiri-sendiri kan.. hee. Alhamdulillah, like biasa Cik Aina tak susah ibu jaga lagipun jarang demam. Walaupun demam tak merengek sampai ibu tak boleh handle. Still can coop with. 

Sambil ibu demah Aina sambil ibu dodoikan dengan berlagu laillahaillah muhammadur rasulullah.. Aina ikut ibu berlagu. Terkumat-kamit dia ngikut. Comel aje. Geram ibu tengok Aina tau. Happy-


Dua hari ni sukalah pengasuh Aina sebab nenek yang jaga Aina kat rumah sementara Aina demam ni. Nenek tak sampai hati nak hantar Aina kat pengasuh. Sayang cucu. Aina behave ye. Ibu doakan Aina cepat sembuh. Walau jasad ibu kat office, hati dan ingatan ibu pada Aina. Macam tu rasanya jadi ibu yang bekerja. Ingat anak, ingat rumahtangga. Ok. sndiri yang nak kerja. Bertabahlah- 

Seingat aku, sepanjang besarkan Aina setiap kali Aina demam, doktor akan bagi ubat antibiotik tapi tak pernah sekali pun Aina minum ubat antibiotik tu. Harap Aina ok jela. Ibu dia rajin sangat nak bagi makan ubat. Lagipun Aina ikut mood bila makan ubat.

Bila Aina demam ibu akan bagi sirap dan demah air sejuk banyak-banyak kat Aina. Supaya hilang panas. Pakai Sinus dari Attitude Therapy untuk sembuhkan selsema. Selsema Aina pun dah kurang. Pastu bagi Aina makan ais krim vanila untuk ubat batuk. Tengok batuk pun dah kurang. Wallahualam.

Macam-macam ragam bila anak kita tak sihat. Masing-masing ada cara tersendiri merawat anak-anak kan. Apa pun caranya, kita sebagai ibu bapa mesti nak berikan yang terbaik untuk mereka. Kongsikan cara ibu-ibu merawat anak yang demam ye. Boleh kita tukar-tukar ilmu di sini.

2 comments:

Terima kasih kerana menyokong blog ini.
Keep in touch ya..
:)