22 May 2011

Mencari Kesempurnaan Makhluk

“Jika kau berusaha mencari kesempurnaan yang ada pada makhluk, pasti semakin banyak kekurangannya yang akan kau temui”

Tidak ada manusia yang sempurna. Kesempurnaan hanyalah milik Allah. Kekurangan adalah sifat makhluk. Kitalah makhluk. Maka kita perlu menerima bahawa kita banyak kekurangan. Tak mampu kita menjadi sempurna untuk orang lain dan kita juga tak boleh mengharap kesempurnaan orang lain. Jika kita merasakan bahwa kita sudah sempurna, selamanya kita takkan pernah memperbaiki kekurangan sendiri atau menerima kekurangan orang lain. Rasulullah adalah makhluk terbaik yang Allah ciptakan. Namun, baginda sendiri tidak pernah merendahkan orang lain dan takabbur dengan kehebatan yang dianugerahkan Allah.

Bersyukurlah dengan apa yang Allah berikan kepada kita dan terimalah kekurangan orang lain. Berfikirlah untuk menampung kekurangan-kekurangan tersebut, bukan menidakkannya.

** ingatkan diri sendiri juga.... sendiri pun ada kekurangan diri sendiri.. So xpayah la nak komplen n tuding² jari kat org. sesama la muhasabah diri utk jadi lebih baik dari hari sebelumnya. Kurangkan bercakap ttg kekurangan org lain kerana kita pun xsuke kan org bercakap ttg kekurangan kite.. kan.

Wallahualam (Sesungguhnya Allah swt itu lebih mengetahui segala²nya)

putripuzzle : let me be me

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana menyokong blog ini.
Keep in touch ya..
:)