06 July 2010

Pembikinan Puding Roti Karamel.yummy..

Salam sejahtera dan selamat pagi..

Hari yang ceria.. ok.. hari ni jom ku nak share resepi Puding Roti Karamel.. one of my favourite desert.. yummy~ hehe.. Actually ni 1st time aku hand's on buat puding ni.. after dah passed teori n tengok mak buat.. So confident la nak buat puding ni dgn sendirinya dan dengan gembiranya pada hari Jumaat lepas (2 Julai 2010) aku pun buat la puding ni kat rumah nenek. Senang aloh je nak buat rupenye. Alhamdulillah la hasilnya enak dimakan sehingga menjilat jari.. ekeekeke.. xsangka aku..edak kene booo jela dgn nenek.. dahla kacau nenek time masak.. huuu..nasible nenek very the supporting.. hee... sayang nenek.. Ok jom tengok bahan²nya dan cara pembuatannya..

Bahan² Puding Roti Karamel (ni utk 4org makan kot, sbb loyang tu kecik je, xsempat nak sukat berapa ukurannya. hee..)

5 keping roti (ku guna roti High5)
2 sudu gula (sudu makan tu je)
1/2 tin susu creamer
2 biji telur

*semua bahan di atas dikisar separuh halus dan dituang ke dalam loyang.

*untuk buat karamel - 4 sudu gula dan sedikit air secukup rasa dipanaskan kemudian dituang dan diratakan ke dalam loyang. Ketepikan loyang, tunggu sampai karamel tu agak² mengeras.


*bahan yang dikisar dimasukkan dan diratakan ke dalam loyang yang telah diratakan dengan karamel terlebih dahulu sebentar tadi.



*adunan di dalam loyang di kukus selama 45 minit. tunggu sehingga masak :)


Puding Roti Karamel yang telah siap. Tunggu time nak ngap je.. huhu.. yummy~


Dah selesai puding roti karamel ni dgn nenek,mak ngah,yaya,acik siti,zira dan pak cik².. huhu.. best ek bagi orang makan masakan kita.. baru la tau nikmat memasak.. hehe.. esoknya plak masak nasi goreng masin.. resepi campak² je.. kurang masin lagi.. tp bolehla nenek cakap.. hehe..

putripuzzle : let me be me

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana menyokong blog ini.
Keep in touch ya..
:)